Friday, February 19, 2010

Krabi 9 : Meninggalkan Ko Phi Phi Leh Dan Selipar

Setengah jam aku kat Maya Bay, aku rasa macam dah sehari suntuk. Dengan rokok tertinggal dalam beg. Thats it lah. Takpe. At least aku tak terbabit mengotori kawasan ni dengan 'garbage'. Yer puntung rokok consider garbage la kalau ikut arahan pihak berkuaa yang terpampang tu.

Yang menjadikan aku rasa macam lama gila ialah, aku duduk je. Tak buat apa. Terkesima. Terkesumadewi segala. Mamat Israel sorang dan Norway sorang tu asyik dok feeling-feeling Richard dan Francoise dalam cerita The Beach. Si Israel muka jambu tatu penuh tu aku rasa macam sesuatuh je. Sebab kawan-kawan dia dok ejek dia "ladyboy" ngan "Francoise". Lantak dia. Couple Denmark tu dok feeling-feeling baring peluk bagai. Ye la, bila keindahan alam bertemu dengan perasaan, jawapannya jiwang karat.

Aku pun pergi mengganggu mamat Norway dan mamat Israel tu dan duduk dekat-dekat dengan depa. "Is our boat already there?" aku tanya depa sambil melihat puluh-puluh bot yang menunggu kira-kira 50 meter dari pantai. Air surut dengan rendah sekali. Memang bulan Februari terkenal dengan air surut melampau. Takut gak la kan kot-kot nak tsunami ke. Tapi nasib baik ilmu aku mencukupi.

"I don't know. But I keep looking on the incoming boats. I think our boat is not coming yet..." jawab mamat Norway tu. Kemudian couple Denmark tu pun datang lepak. Maka berlonggok la kami berlima. Mereka sibuk bercerita tentang travel masing-masing. Couple Denmark tu nak pergi Kelantan. Boleh dia kata Kelantan pun dalam Thailand. Adeh.

Tiba-tiba diorang gatal tanya aku tentang travel aku. " I'm out of my office on Thursday evening and will be back into my office on Wednesday morning." jawab aku. Mereka semua terkesima. Ye lah. Bangsa depa sanggup berhenti kerja, travel berbulan-bulan kemudian balik, cari kerja lain.

Mamat Norway tu pun cerita la jugak tentang di negara dia, ada yang saja buat pasal dengan majikan dengan harapan kena buang kerja, dan kerajaan depa akan bagi pampasan. Duit pampasan tu depa pi travel pusing dunia. Oh. Macam tu yer. Jangan-jangan dia yang buat macam tu.

"I hope that the boat will come back safely. My bag was on it and my passport too." aku mengeluh sambil memandang ke laut. "Hey, you should keep your pasport in a safety box at your room and I heard that we should not bring it anywhere for safety measure." sergah mamat Norway yang banyak cakap tu.

"Yeah. But I just arrived on Phi Phi and take this boat without having the chance to go to the place i supposed to stay that I'd booked just now." jawab aku. Mereka pun buat muka 'whateva'. Dorang mana paham benda yang lain sikit dari apa yang dorang dok buat.

Kemudian aku bangun dan redah air. Cari bot yang tadi bawak Yahudi mabuk laut tu balik. Diorang berempat pun ikut. Memang bot tu dah lama ada situ. Nampak benor mamat Norway tu menipu. Konon keep looking on incoming boats katenye.

Beg aku masih selamat tersarung dengan plastik hitam. Aku rabat naik bot. Ambik rokok, pasang, hisap sepuas-puasnya. Semua barang aku dalam dalam beg. Termasuk Nokia E71 habih bateri tu.

Kemudian, mamat bot tu pun tolak bot ready nak keluar. Sebelum keluar, dia bawak kaki-kaki snorkeling empat ekor tu ke gua tepi tu yang bertemu laut. Diorang pun pergi snorkeling. Dalam kebosanan, aku mua nak bersembang dengan mamat bot tu. Memang susah.

"This, handphone, (sambil tunjuk telefon aku), and this is the charger, (sambil aku keluarkan charger telefon)" aku memulakan sembang. Mamat bot tu macam kompius. Kompius perkataan apa pulak ang dia nak kena translate dalam otak.

"Look, this is Malaysia electric plug. Cannot use in Thailand. Is there any shop selling an adaptor at Phi Phi Don?" aku tanya dia butir demi butir. Tapi dia senyum. Garu kepala. " I dont know". Wah senang nya kau jawap. Lahanat.

"What telefon is?" dia tanya sambil perhati telefon aku. "Nokia" jawab aku. "Buy Nokia charger. Got. Got." jawab dia dengan konfiden. "How much?" aku tanya lagi. " About 250 Baht" jawab dia. Omak ekau. Mahalnya. RM25. Nasib la kan. 50 km dari tanah besar."We in Phi Phi Don, you follow me, buy" jawab dia dengan senyuman.

Aku dah mula bersembang dengan mamat bot tu. Malas nak layan omputeh-omputeh tu dah."What is your name?" aku tanya mamat bot tu. "Musa Lim Soleh" jawab nya. Musa Lim? Ohhh. Muslim. Ye la dorang ada nama Islam ngan nama Siam.

"How much the telefon?" Soleh bertanya kat aku sambil tunjuk telefon aku. " About 11,000 Baht." aku jawab dengan matematik mudah sambil melakar dengan jari angka 11,000 atas papan tepi tempat dia duduk. "Waaah. So.. high.." jawabnya terkejut. Kemudian dia mengeluarkan telefon nya yang berjenama LG. "This one.. 300 Baht..Hahaha." ujarnya. Aku pun turut sedekahkan ketawa kat cubaan lawak dia.

Lepastu aku cerita kat dia yang dulu sebelu Pibul Songram melaksanakan proses asimilasi dalam tahun 1930an, semua orang dari Phuket sampai Satun bercakap bahasa Melayu dialek Kedah. Soleh nampak excited. Dia makin dekat. Mungkin ada benda yang dia tak paham. Tourist pulak cerita kat local. Ini sudah terbalik.

Nampak sangat generasi muda Thai yang rupa macam kita, selera macam kita, malah pakaian macam kita, tapi tak boleh berbahasa Melayu ni, tak pernah tahu sejarah depa sendiri.

"In Pattani, Yala, Narathiwat, many people speak Malay." Soleh mula reti berbual. "Yes. But.. people in Patani , Yala, is different. They say that they have their own kingdom. People in Satun saaampai la ke Phuket, they are living in area that under Siam King. So they know that they are in Siam." aku menjawab dengan intonasi sepatah-sepatah dengan dibantu tangan-tangan aku menunjuk sana-sini. End up. Soleh menggaru-garu kepala. Memang clumsy sikit dia ni. Sembang banyak tak guna. Aku nak cepat sampai ke darat, beli selipar, dan adapter, balik penginapan, mandi dan cari landry. Kat sini rata-rata 60 Baht sekilo.

"Are we going to wait for the sunset?" tanya mamat Israel tu kat mamat Norway tu sambil jeling kat Soleh. Sunset? Jangan buat pasal.

Phi Phi punya masa jika perbandingan waktu dan matahari, sama dengan Miri di negara kita. Bulan Februari, matahari terbenam pada pukul 6.38 petang di Miri. Langkawi ( petempatan paling Barat dan paling lewat matahari terbenam di Malaysia) terletak di 99.8 darjah Timur.Phi-Phi pulak 98.6 darjah timur. Beza 1.2 darjah ni membawa maksud 5 minit. Ini kerana satu darjah bezanya 4 minit. Maknanya matahari tenggelam 5 minit lebih lewat dari Langkawi.Masa ni, Langkawi maghrib pukul 7.33. Maknanya Phi Phi maghrib pukul 7.38 petang. Oleh kerana masa tersebut disiamkan, ianya menjadi 6.38 petang.

Yang menjadi kelakarnya bila pertanyaan mamat tu yang aku faham ialah " Jom la berambus ". Tapi aku yakin yang Soleh memahaminya dengan maksud " Boleh tak kita layan sunset". Mendapat la si Soleh matikan bot dalam gelora petang angin Andaman antara Phi Phi Besar dengan Phi Phi Kecik.

Aku tau Soleh tak happy dengan acara layan sunset tu sebab dia buat isyarat tangan macam menelungkup matahari, sambil usha aku dan sengih. Macam suruh matahari tenggelam dalam laut dan-dan tu jugak. Matahari masih ada setengah jengkal dari horizon.

Couple Denmark tu tak melayan karenah orang lain. Mereka hanyut dalam vacation yang depa idam-idamkan la kot nampaknya.

Yang dua ekor yang macam lanun dok hujung bot blah depan tu pulak macam ta sabar-sabar nak ke darat bimbangkan Yahudi mabuk laut kawan dorang sorang lagi.

Maka miscommunication yang serius telah brlaku. Malangnya, aku letih untuk ikut campur. So lantak pi.

Aku dah pening, rengsa, berkaki ayam, dibuai ombak, ditiup angin, badan peluh, muka minyak, bau.. sori.. takde bau...haha.. Aku malas nak bersembang lagi. Aku nak tidur je. Sebab petang tu matahari tak diganggu awan langsung. Bulat. Tenggelam dalam laut perfectly. Hingga bot-bot yang menderu-deru turut matikan enjin. Aku tak ada kamera. Yeah! Perfect! Thanks for making everything so perfect. Perfect lesson. Aku dalam kotak pikiran aku. Lagi empat ekor tu memang faham dah kenoyaan aku.

Sampai darat, aku terus tinggalkan bot, Soleh dan pantai. Hari dah gelap sikit. Aku berkaki ayam mencari kedai jual selipar. Kimak tu. Mahal nak mampos. Sepasang selipar cap Diesel tu la paing murah. 250 Baht. Saiz takde yang kecik. Semuanya besar.

Aku terus pergi ke pondok agensi tadi. Ada dua orang mamat tu je tinggal. Layanan dorang? Macam anak haram. Aku assume dorang ada masalah sediri. Dengan bini ke. Dengan majikan ke. Dengan alam sekitar ke. Yang penting jangan sentuh aku.

"Can you go... alone.." mamat tu sound selamba. Sudah. aku jalan belah sana tak pulak aku redah masa sampai tadi. "Show me. Show me. Where?" aku mintak dia bagi peta. Dia ambik satu risalah peta kawasan tu, tunjuk aku laluan. Aku tangkap beberapa tempat buat kepastian. Raggae Bar, ujung, belok kanan, belah kiri ada takung taik takung taik, lepas tu Valentine House ( malam esoknya ada free barbeque sempena ulangtahun pembukaan ke 19), kemudian belok kiri. Ada empangan belah kiri, terus je dan ada signboard.

"What is the name of the place?" aku tanya mamat tu. " Snow With " jawabnya. Snow White la tu. Sebut pun tak reti. " Can you draw a route map?" aku saja bagi dia kelam kabut. "Take this aaa... Take this.." sambil dia kasi risalah tebal yang dia lukiskan route tadi.." . Hehe. Aku yang kelam kabut sebenarnya.

Aku pun mula berjalan demi jalan, tapak demi tapak, orang demi orang, blonde demi blonde, sampai aku jumpa kedai henset. Aper lagi aku pun tayang-tayang la muka kot pelayan dia nak keluar dari hadangan dalam. Rambutnya rasta. Cakapnya Siam. Hei. Dah lali dah. Aku balas " Any Nokia charger?". "Let me see your phone." katanya. "Wait. Any adapter?" ujar aku sambul bawak keluar charger aku. " Oh. Yes. Yes. " dia pun ambik international adapter dari rak kaca dia. Aku pun try. Ha. Mau. Yes. 80 Baht. aku sambung jalan.

Jauh jugak la rasa macam nak sampai ke hutan maner ntah jalannya. Tapi rumah masih ade la kiri kanan tu. Sampai la laluan jalan simen tu naik tinggi hamat. Lebih 1 : 1 kot pada jarak 10 meter. Pastu melandai sikit. Lepas sebuah premis penginapan yang ada swimming pool depannya, baru tempat aku. Cilakak. Aku dah feeling-feeling gumbira rasa hati. Rupanya bukan yang itu. Dan benar, tempat aku duduk, namanya SNOW WITH.

No comments:

Post a Comment