Wednesday, February 17, 2010

Krabi 6 : Sepagi Di Krabi Untuk Ke Ko Phi Phi

Selamat Pagi Krabi..


Aku terbangun awal. Sebab tidor awal kan. Jam aku pukul 7.30. Waktu Siam baru 6.30. Lagi 2 jam aku akan diangkut ke jeti. Aku mandi-mandi terus turun. Alamak. Pintu keluar berkunci. Hah. Patutlah owner dia bagi 2 kunci semalam. Kata dia, 1 for room and 1 for back door. Aku pun keluar ikut pintu belakang, lalu kat lorong simen yang berlimbah. Eww. Nasib baik air laundry bukan air taik. Sampai langkau belok kanan untuk ke lorong utama, aku terpandang jalan belakang tempat tidur aku yang riuh dan sesak. Aku pun belok kiri. Mak ai. Pasar Besar Krabi. Lagi besar dari pasar Kramat yang baru tu.

Memang dalam itinerari aku nak tengok pasar pagi. Ambik kau, belakang JP Mansion je pasar nyer.


Tu dia. 7.01 pagi waktu Siam. Orang dah ramai.


Kat deret kedai belakang penginapan aku yang menghadap pasar tu, aku nampak gerai rempah akak-akak bertudung.

Aku singgah situ terus buat isyarat menyuap ke mulut sambil sebut "muslim...muslim".
Akak tu tunjuk arah pasar sambil tersengih menampakkan gigi brace nya. "Dalam tu? Eh.. Inside?" aku tanya lagi. Dia tetap dengan respon seperti tadi. Menunjuk arah pasar sambil tersengih. Lantak kau lah.

Kat dalam tu memang banyak gerai orang Islam. Cuma hidangan dia langsung tak menepati citarasa sarapan aku.

Aku ambik la nasik putih sebungkus, gulai nangka ayam sebungkus, ngan ikan bilis gaul sayur apa ntah sebungkus. 30 baht.

Elok aku duduk kat bangku ngan meja panjang ala kantin sekolah tu, sorang awek bertudung tegur aku dalam bahasa Siam. Oh. Jual air yer. Aku bangun, tunjuk jag plastik berisi teh susu, tunjuk flask ais. Ok. Dapatlah teh ais. Aku makan separuh je nasik tu. Tak kena langsung ngan selera aku. Terus aku balik ke penginapan.

Ini la teknik pembungkusan laju yang akak tu dah expert. Sebungkus 10 Baht.


Ini la sarapan yang langsung tak kena ngan tekak aku. Kesian akak yang jual tu. Mesti ia sedih tegok aku makan separuh je. Ada dia kesah. Yang penting dia dah dapat 30 Baht harga nasi ngn dua lauk tu. Air teh ais tu 12 Baht.


Tu dia, makin lama makin ramai orang kerumun pasar.


Awek Siam tukang sapu tempat aku menginap tu dah bukak pintu depan. Aku buat isyarat tunjuk lengan tanya jam pukul berapa. Dia pun tunjuk henset dia. 7.30 pagi.

Aku pun gi ambik beg, turun dan lepak kat lobi. Tetiba dia datang kat aku tunjuk luar. Aku angguk. Aku tau dia nak sapu sampah. Sebab tu dia suruh aku dok kat corridoor.

Dia menghampiri aku. "I dont know to speak English or Thai with you. You look like local peple." katanya. "Haha. English. English. I'm Malaysian." jawab aku sambil beralih tempat keluar. "Ohh. Maleisha..." jawabnya sambil tersengih dan sambung menyapu.

Jam dah dekat 8.15 pagi. Aku makin rengsa bila ada pikap datang ambik orang kat hotel depan tempat menginap aku. Bila la free transport ke jeti nak datang ambik aku ni?

"Err.. Yesterday, when I book for this place, the travel agency said, there will be free transport for the passenger pier to phi phi.." aku tanya awek Siam yang tengah sapu tu. Nampaknya dia blur. Tiba-tiba ada lelaki umur 30an menjerit ke arah kami dari tepi jalan. "Phi Phi. Phi Phi. 9 o clock!". Aku angkat tangan. Dia buat isyarat suruh pergi kat van yang parking seberang jalan tu. Oih. Kelas. Van yer. Omputeh pun naik pikap je.

Dalam hening pagi, pemandu van yang kutip aku untuk ke jeti tu pun menguasai jalan macam ayahnda dia punya lak jalan ni. Ini Jalan Krabi - Ao Nang. Route 4034.


Dalam van tu ada 3 omputeh. Driver tu suruh aku duduk depan. Dan terus dia jalan. Sampai ke Jalan Krabi Ao Nang dia berhenti depan sebuah lagi hotel. Kemudian dia keluar ke hotel tu, dan balik ke van, terus ke pengkalan feri.

Menurut awek travel agency semalam, semua yang nak ke Phi Phi kena naik kat pengkalan baru tu. Dalam hutan bakau kekdahnya. 3 km dari town. Baru je kuatkuasa. Oh. Nampaknya travelers blog dlm internet banyak yang dah outdated.

Masuk je terminal feri tu aku terus tengok slip bayaran aku. Andaman Wave Master. Aha. Ada kaunternya depan mata aku. Tapi tak ada orang. Tiba-tiba kat kaunter sebelah, awek yang tengah menguruskan 2 mat saleh, cakap Siam ngan aku semacam arahan je. "Sorry, I dont speak Thai, what did you say just now". Tu dia. Tiba-tiba aku jadi temper.

"Bring that receipt, take your ticket inside" jawabnya. Oh. Begitu. "Thanks" jawab aku sambil buat isyarat wai. Eh. Geli geleman lak wai-wai ni. Awek tu pun wai balik kat aku.

Memang wajib kalau orang wai kita wai balik kat dia. Saja aku test tadi. Takmau la dia kecik hati bila aku sergah dia bercakap Siam ngan aku. Tai aku dah letih nak buat muka tak paham. Kalau orang tu tak wai balik, consider kuajaq. Wai tu ala-ala tangan bertemu di paras dada la. Ala-ala tok pek kong. Tapi tak bercolok.

Masuk je jeti, akan berhadaplah kita dengan kiosk-kiosk agensi pelancongan dan kaunter-kaunter syarikat feri. Feri ke bot?


Lepas lalu lorong depan trave agency tu, terus belok arah kaunter tiket. Tambang dia berbeza-beza ikut caj agensi pelancongan. Kalau terus walk in ke situ, 300 Baht. Kalau pakai agensi, 350 Baht. Takpe, free transport ke jeti ni yang penting pun. Ceruk Tok Kun pun tak ceruk camni.


Aku terus ke kaunter tiket. Tunjuk resit pergi dengan resit balik. Awek yang jaga tiket tu pun bagi tiket pergi balik. Aku terus masuk ke pengkalan. Feri sedang menunggu.
Buat pertama kali aku ternampak satu keluarga India berbahasa Tamil masuk feri dan berbisik-bisik sesama mereka. Kalau kat Malaysia, tau tau je lah.

Jalan menuju tambatan feri. Feri ke bot? Lantak kau lah. Laluan ni bukan senget kena tsunami dulu yer. Aku yang dah senget time ni.


Ni jadual bot. Bot? Feri lahh!!


Yang ini tingkat atas bot tu. Kalau kat sini kita panggil feri la kan? Aper bot pulak.


Yang ni tempat duduk tingkat bawah.Bot ade tempat duduk bawah ngan atas ke? Dah tentu la nama dia feri kan?


Dekat-dekat pukul 9 pagi waktu Siam, feri dah penuh. Separuh mat saleh. Tu dia. In fact sebelah aku 2 budak pompuan omputeh. Aku pulak salah pilih tingkap. Menghadap timur. Matilar kena panah matahari dua jam ni. Tapi ada yang menariknya.

Dek sisi bot aku tu agak luas. Datang dua awek omputeh duduk tepi tu. Betul betul tepi tingkap aku. Kalau takde cermin tu, aku tiup rambut dorang pun leh goyang helai rambut blonde depa. Sambil duduk depa tanggalkan pakaian sampai tinggal 2 pieces je. Kemudia saling sapu sunblock. Kemudian depa bukak coli, sapu kat puyudara depa. Depa tau aku dok curi-curi pandang. Tapi depa selamba je. Hampeh. Sampai Ko Phi Phi pukul 11.30.



Ni la dua omputeh yang galak menyapu losen di puyudara mereka. I sapu you, you sapu me. Lesbian sangat.


Kelihatan Ko Phi Phi Leh yang akan menjadi penghujung kembara aku sebelum itinerari aku berpatah balik untuk jalan pulang.


Akhirnya aku sampai ke Phi Phi Island. Pulau yang aku selalu dok dengar selama ni. Tapi sebaik saja aku turun feri otak aku dah celaru. "Ni hang datang sini nak buat apa sebenarnya? Sekarang nak buat apa? Hotel tak booking apa tak prepare." kata otak aku. Lalu aku jawab "Sukahati aku la. Aku yang kasi oksigen kat kau tau. Baik kau diam." Haha.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment