Thursday, December 15, 2011

Tragedi Gunung Sebatang 1996


Sebelum Sunway mengambil alih khazanah alam ini dan menjadikan harta nenek moyang mereka, kawasan ini kami panggil 'Gunung Sebatang'. Kami saban petang menunggang motor melalui celahan kawasan yang kini letaknya taman tema 'The Lost World of Tambun', untuk tiba di 'Gunung Sebatang' ini kerana paya di kaki gunung ini terdapat ikan talapia, haruan dan ikan ubi (belontok) yang besar-besar.

Tetapi, pada suatu hari yang gelap dek mendung yang amat, aku dan 4 kawan aku sedang asyik memancing di paya Gunung Sebatang. Kami ditakdirkan dapat ikan talapia yang besar-besar. Aku masih ingat. Ketika itu bulan Mei 1996. Banyak ikan yang kami dapat tu menghairankan kami. Hampir satu guni! Besar-besar. Hanya ikan talapia sahaja.

Tiba-tiba ada yang berdehem. Yang pasti bukan suara kami. Dan lebih angker, suara itu datang dari seberang paya sebelah depan kami yang merupakan dinding Gunung Datuk yang menegak beratus-ratus meter tingginya. Tiada jalan atau lorong untuk ke sana.

Kami berlima memandang sesama sendiri. Kegembiraan mendapat ikan yang banyak itu terhenti seketika.

"Tak cukup-cukup lagi ke ikan aku bagi? Balik la woi!" tempikan dari arah gunung tu dengan suara kasar lagi garau. Tanpa banyak bunyi, kami bertempiaran lari dengan muka pucat lesi dan tidak lagi kembali ke situ sampai hari ini walaupun kawasan tersebut dah dibangunkan dengan cantik oleh Sunway.

Paling penting, ikan seguni yang kami dapat, kami bawak lari sekali. Hahaha. Apa aku peduli. Tak kan nak sia-sia je duduk situ pancing. Lagipun jin mengamuk tu dah sebut 'aku bagi'. Orang bagi kita ambik je la. Eh, Orang ke? Hahaha.

Wednesday, December 14, 2011

Pak Tam vs Utusan Malaysia.

Alkisah, ada la wartawan Utusan Malaysia yang tenging ni menyebut ' kalau boleh nak paksa semua kakitangan awam yang duduk di kuarters Putrajaya naik basikal ke tempat kerja! Opah engkau! Lalu aku pun melawan pendapat dia tetapi dibuang oleh editor Utusan Malaysia dan tidak diterbitkan. Beginilah surat pembaca yang aku hantar :

Kalau diikutkan hati, mahu sahaja disuruh Zulkifli Jalil, wartawan Utusan Malaysia, tinggal di Putrajaya dengan kuarters yang disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri. Ini kerana dalam laporannya beliau semalam, beliau menyebut bahawa kalau diikutkan hatinya mahu sahaja disuruh semua kakitangan awam di Putrajaya yang mendapat kemudahan kuarters agar berbasikal ke tempat kerja.

Saya adalah di antara penjawat awam yang menikmati kemudahan kuarters di Putrajaya dan ketika ditawarkan kuarters, saya sedia maklum bahawa tawaran tersebut adalah muktamad berdasarkan kesesuaian penggiliran permohonan dan penggiliran pembukaan fasa-fasa baru.

Hasilnya, saya yang bekerja di Kompleks E, mendapat rumah di Presint 5 , betul-betul bertentangan dengan pintu masuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Walaupun jarak terpendek ke pejabat adalah 9 km, laluan yang menempuh banyak lampu isyarat itu lebih merugikan masa perjalanan ke tempat kerja dan adakalanya mengambil masa 30 minit. Itu jika memandu, jika berbasikal bagaimana pula?

Jika berpandukan perkiraan jarak dari Google Maps, jarak 9 km itu adalah bersamaan dari KLCC ke Bukit Indah di Ampang. Jarak dari Bukit Bintang ke Taman Segar di Cheras juga 9 km. Lebuh Ampang ke OUG di Jalan Klang Lama juga 9 km. Mengapa mereka-mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dengan jarak sedemikian tidak pula diseru agar berbasikal juga? Bukankah Kuala Lumpur lebih parah dengan kesesakan?

Saya masih beruntung jika dibandingkan dengan seseorang yang mendiami kuarters Presint 14 dan bekerja di Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 6 dengan jarak 14.3 km sehala. Itu sudah berjarak dari Pasar Seni ke Sunway Pyramid!

Jika penulis melihat andai projek Monorel di Putrajaya yang menelan belanja RM400 juta itu siap satu masa dahulu dan mampu mengatasi kesesakan dan pencemaran, apa bezanya Monorel tersebut dengan perkhidmatan Nadi Putra yang menggunakan bas-bas baru berkuasa gas asli, besar dan selesa beserta penyaman udaranya mengalahkan sesetengah pejabat swasta, dengan hanya tambang 50 sen ke mana-mana destinasi?

Pengangkutan awam Putrajaya tidak mesra pengguna! Presint 5R4 yang hampir 2 tahun di buka hanya disediakan hentian bas dua bulan lalu tetapi di haluan jalan yang tidak dilalui bas. Jika hujan pagi, bersesaklah penumpang di perhentian bas yang memerlukan mereka berlari melintasi jalan apabila bas tiba dan menaiki di dalam hujan. Lebih kasihan saat mereka turun bas ketika hujan lebat di waktu petang. Bukan itu sahaja, di tempat kerja, jika seseorang yang bekerja di Blok-Blok yang menjauhi jalan raya dalam kompleks-kompleks tersebut, mereka perlu berjalan kaki sejauh hampir 600 meter untuk mendapatkan bas di tempat naik dan turun bas. Tiada dosanya mereka naik kereta ke tempat kerja andai beginilah perkhidmatan yang disediakan untuk mereka, walaupun percuma.

Adakah perkhidmatan Monorel , jika seperti tajuk isi rencana wartawan itu terbina, akan bakal merentas Kompleks-Kompleks Kerajaan Persekutuan di Presint 1? Jawapannya tidak. Laluannya dirancang di kawasan lapang yang memisahkan kompleks-kompleks tersebut, yang sebahagiannya kini menjadi medan letak kereta berbayar. Jika siap, berapa pula tambangnya? Jika bas yang tambangnya 50 sen itupun lengang selain pada waktu pagi dan lewat petang, adakah Monorel RM400 juta yang berhenti di luar pagar kompleks-kompleks pejabat ini mendapat sambutan? Jika ianya sebagai satu tarikan pelancong, Perlukah kita membina ikon pelancongan sehingga RM400 juta.

Kita bukan sahaja sepatutnya mengukur baju di badan sendiri malah perlulah melihat apakah sesetengah baju yang telah diukur di badan sendiri itu, sesuai dengan kita. Adakah sesetengah pihak cuba mencuit penjawat awam seolah-olah tidak senang dengan kemudahan yang tersedia untuk penjawat awam.

Tarikh Bayaran Bonus Disember 2011 Dan Jadual Gaji 2012

Tentu ramai kakitangan awam tertanya-tanya adakah bonus setengah gaji yang dijanjikan kerajaan pada Bajet 2012 tempoh hari akan masuk pada 15 Disember 2011 seperti mana bonus setengah gaji pertama untuk Hari Raya kelmarin masuk pada 15 Ogos?

Salah! Ia akan dibayar pada 38 Disember 2011. Hahaha. Padan muka. Kesian. Mati kebulur la kau kat situ.

Haha. OK, OK. Jangan nangis. Pembayaran bonus setengah gaji kali kedua ini akan dibuat bersama-sama pembayaran gaji bulan Disember 2011 yang dipercepatkan kepada 19 Disember 2011 mengikut takwim Akauntan Negara bersempena Hari Krismas pada 25 Disember.

Maka belanjalah bonus dan gaji anda dengan bijak. Kelak kebulur di bulan Januari. Eh! Bulan Januari pun gaji awal sebab Tahun Baru Cina jatuh pada hujung bulan Januari.

Bulan kebulur anda ialah Februari 2012. Bak kata iklan syampu, 2012 dunia berakhir? Siapa tahu? Takyah nak berakhir sangat lah. Kita tengok dulu jadual tarikh bayaran gaji tahun 2012 seperti di bawah :

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2012