Wednesday, February 17, 2010

Krabi 3 : Hatyai - Krabi

Aku pernah terbaca dalam travellers' blog yang semua bas Hatyai-Phuket akan lalu Krabi. Ye tak ye juga. Memang la Route 4 lalu Krabi. Tapi kalau bas tu gi Surat Thani kat blah pantai Timur? Itu bukan Route 4. Tapi still leg sampai Phuket kan? Aku pun terus ke kaunter bas gi Phuket.

"Kabi?" tanya aku kat sorang pekerja situ yang tercongok depan kaunter. "Yes. Kabi. Here". Oi mak. Selamat dia tak cakap Siam ngan aku. Maybe dia tau aku orang luar sebab beg aku galas ngan betapa bangangnya aku gi tanya destinasi kat kaunter yang memang menjual tiket ke destinasi yang aku nak pergi. Hehe.

Nyonya jual tiket tu pun tekan-tekan kalkulator. 169 baht. Great. "What time bus go?" aku tanya lelaki yang tercongok depan kaunter tu. "11.30". Ko jangan macam-macam. Aku turun tren pun 11.30. "Err.. Now is what time?" aku tanya dia balik. Erk. 11.10 pagi. Lupa lak aku. Sini tolak sejam. Tadi aku sampai jam 10.30 waktu Siam. Nasib baik aku tak memalukan diri.



Bas Hatyai - Phuket sedang menunggu penumpang.


Aku pun bercadang untuk tukar duit lagi. Aku tanya budak pompUan Siam jual air tu mana nak tukar duit. Dia suruh sorang mamat tu tunjuk kat aku. Seberang nun je. Ceh.

Sampai kedai separuh restoran Islam separuh kaunter tiket Buddha tu, dengan konfiden aku serah RM240. "1 ringgit 9 Baht, OK". Barua. Rugi RM14 nampaknya. Lantak lah. Aku pun terus naik bas.

Bas nya tak macam bas Malaysia. Bas dia macam bas sekolah atau bas kilang yang ada air cond je. Tu pun air cond ala kadar. Krem lutut aku macam ni.



Bas yang aku naik. Kalau ikut kelas, ini kelas 3.


Elok bas gerak, masuk Route 4 (Phetkassem) yang bagi depa kira highway Bangkok - Malaysia la, aku pun tertidor. Lebih kurang jalan lama Ipoh KL je. Cuma lebih rata dan selesa.

Aku terjaga bila bas tu berenti di sebuah persinggahan. Wow. Aku teruja bila celik je mata aku nampak tulisan jawi lagi besar dari tulisan Siam.

Aku pun ambik beg, ambik baju sehelai, terus ke arah papan tanda jawi tu. "bilik air laki-laki" tulisnya. Zas. Tukar baju. Beli green tea botol 20 baht, naik bas balik, ambik perfume CKfree aku tu, sembur. Semerbak kejap. Ada la yang curi-curi pandang, dan ada la yang pandang tak berkelip tengok aku. Ada aku kisah? Matilar kau di situ.



Tempat rehat di Trang.


Sepanjang jalan, aku diam je. Mata takleh pejam dah. Tiba-tiba aku dengar nada dering lagu Siam. Mamat muka arab dengan beg besar sebelah aku menjawab panggilan. Prok prek prok prek dia bersembang dalam bahasa Siam. Thats it lah. Aku ingat traveller gak.

Aku pun cuba-cuba tidur. Memang la aku tertidur. Bila aku terjaga, aku jenguk luar. Bas tengah lalu simpang ke Ko Lanta. Ah. Dekat dah ni.


Simpang ke Ko Lanta.

Tapi lama jugak la sebelum aku nampak singn tulis "Krabi 41". What? 41km lagi? Damn. Tapi syukur la kan. At least 240 km telah berlalu.

Lepas je bas tu lintas airport Krabi, aku dah rengsa. Mamat sebelah aku tengok aku rengsa terus pindah seat sebelah yang dah kosong dua-dua. Lantak kau lah.

Kemudian konduktor terus datang kat aku sambil cakap Siam. Thats it lah. Aku angguk-angguk je. Galas beg dan berdiri sekali dengan beberapa orang kat dalam bas tu yang dah berdiri.

Bas tu tak belok pun ke simpang masuk ke Krabi. Dia berhenti kat jalan besar Route 4 tu. Haram jadah. Semua yang nak ke Krabi, turun situ. Perfect.


Di tepi ini lah aku diturunkan. Alamak. Kat mana la ni? Kelihatan Bangla warga Siam yang akan bawak aku japgi pegi pekan Krabi.

Jalan menuju ke pekan Krabi.

No comments:

Post a Comment