Thursday, August 19, 2010

Setiap Insan Menanti Dugaan

Sekian lama menduga pada fikiran yang berbicara dalam sulit, pada angin yang mengutus khabar, pada naluri yang membicarakan sesuatu tanpa kepastian, maka ditemukan jawapan untuk sekajang lontaran persoalan. Terluah dari sebuah wajah yang melindungi semesta kedukaan. Jawapan kini menutup persoalan yang ditari mengikut rentak ragu dan hairan. Yang membuah bicara bernada ihsan, bersulam nada-nada sindiran dan diadun nada-nada cacian. Lalu tercetus sebuah pengembaraan dalam usaha membebaskan sebuah rahsia dari kurungan empunya tajuk bicara.

Kabus geram, amarah, benci, kecewa, letih, jelik dan muak yang melangsiri sebuah kenyataan selama dua baris minggu, sekonyong-konyong hilang dan terciptalah bayu kasih, ihsan, sedih, sayang, ketersentuhan dan simpati dalam cuma separuh malam dan bertiup sayu.

Maka terbitlah hakikat yang mendasari sebuah kisah. Tentang ketentuan dan kedukaan, kecelaruan dan kehampaan, kekuatan dan keredhaan serta kehilangan dan ketegangan. Terkarya seruan buat taulan merenung tauladan.

Tiada yang lebih mulia dari naluri kasih sayang seorang yang dicipta terhadap penciptanya. Namun, dengan kesibukan mewarna nafsu beserta keselesaan untuk berlengah dan kelekaan menghayati hiasan duniawi yang terjamu, sang dicipta hilang kesempatan meluangkan masa bagi menghadirkan penghargaannya terhadap sang pencipta dan membiar detik berlalu menghitung masa.

Namun, kasih sayang sang pencipta tidak pernah pudar ke atas ciptaannya. Kasih sayangnya kukuh dalam genggaman dari saat ia mencipta, hinggalah saat ia melepaskankan untuk ditinggalkan. Adalah sesungguhnya pencipta dan ciptaan itu ditakluk fitrah dan diikat ketetapan. Tetap pergi untuk kembali kepada Yang Maha Mencipta.

Ibarat ledakan tanpa petanda, fikiran menjadi berkecamuk mengenangkan sebuah hakikat tersurat yang muncul tiba-tiba dan merentap lamunan duniawi buat seketika. Suratan yang datang telah menerpa jiwa sebelum jangkaan lalu menampar pipi sebuah wajah yang enggan bersedia. Maka bertamulah rasa sebak, rasa kecewa, rasa hilang, rasa bingung, rasa sepi, rasa putus asa, rasa bersalah, rasa menyesal, rasa patah hati, rasa murung, yang kemudiannya teradun menjadi satu tekanan rasa yang berupaya melukakan minda.

Adunan perasaan yang tepu ini menyebabkan tiada apa yang lebih penting dari keterpaksaan dalam menuruti sebuah desakan emosi yang cukup membingungkan tatkala saat itu jiwa telah terbenam ke dasar kekecewaan yang amat dalam sehingga membuatkan segala dalam genggaman jatuh terlucut di luar kepedulian. Masa adakalanya terhenti, adakalanya berlari. Tiada apa lagi yang dapat digenggam hatta sekelumit keyakinan melainkan kehilanganlah jua pada segalanya.

Setiap kedukaan telah dijanjikan kebahagiaan. Setiap kesakitan adalah dosa yang disucikan. Setiap yang buruk bukanlah pintu kerahmatan. Setiap tapak melangkah telah tersedia satu keputusan.

Tidak mula sesuatu itu jika ia tidak berakhir. Tidak tegak sesuatu itu jika ia tidak tumbang. Tidak wujud sesuatu persoalan itu tanpa dijanjikan jawapan. Tidak wujud kasih sayang itu tanpa dijanjikan sebuah akhiran. Namun segala-galanya tergantung di seutas tali yang mapan. Tali yang tiada awalan tiada akhiran. Itulah peneguh dua ufuk kekuatan. Itulah dipanggil zat Tuhan. Tiada anugerah tanpa permohonan. Pohonlah semudah menadah tangan. Mudah lagi bersaksi iman.

Maka tamatlah karya persoalan yang berkertaskan sebuah tabir persahabatan.Tabir tercipta mendindingi perkasihan dari kemarahan. Telah jelas pada sekumpulan pemikiran tentang sebuah perbedaan. Hilang sebutir berlian tidak terbanding lenyapnya segunung intan.

Semoga keruh kelodak yang terkocak di sungai jiwa diempang kematangan akal untuk berfikir. Semoga tekanan sebuah duka diimbang kerelaan menjadi saksi bagi sebuah ketetapan. Sesungguhnya, bagi setiap batu jemala itu, telah tercipta junjungan dugaan. Hanya masa penetap giliran.

Monday, August 16, 2010

Berbuka Di Senibong, JB

Khamis lepas, 2 Ramadan 1431, tarikh masehi ko cari sendiri, aku pun ditugaskan untuk ke Johor Bahru melaksanakan kerja-kerja Berkhidmat Untuk Negara. Khidmat sangat-sangat. Usai kerja (wah, usai katenye), aku pun menghubungi Azward Azis untuk menumpangkan diri yang hina ini di tanah rantauan. Gitu. Maka, sang pemandu aku pun menghantar aku ke Permas Jaya dan aku pun tiba untuk melawat Azward yang sedang MC. MC dek kerana terlanjut bercuti ker. Kan Johor cuti 1 Ramadan?

Petang tu, aku pun ngajak dia berbuka di Senibong. Wau. Pemandangan JB yang indah dapat aku nikmati dan makanan yang enak dapat aku gelojohi akibat lapar nak mati dek kerja-kerja berkhidmat untuk negara tadinya.

Mencari jalan pakai GPS. Haha. Berkhidmat Untuk Negara, internet bayar sendirik!

Entah siapa la jadi model Senibong berlatar belakangkan Sembawang kat Singapore tu.

Lauk pauk kami hari ini. Siakap 3 rasa (1 feet length yer), sotong goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam. RM 44. Pakej untuk 2 orang.

Pemandangan indah Johor Bahru bertabirkan langit senja dibelakangnya, dan burung bangau di celah-celah kayu apa tu.. tatau wor...

Selepas itu, Ward mencadangkan untuk ke Singapore kejap. MALANGNYA, berlakulah dua kejadian yang tidak diingini. Kisahnya camni.. jap eh.. ada panggilan masuk...... Maaf, tidak dapat diceritakan kisah pertama. Kisah keduanya ialah, penantian Ward di klinik untuk mendapatkan MC yang mengambil masa ibarat dari zaman Nabi Nuh hingga ke zaman Nabi Isa. Maka kami pun bertindak untuk membatalkan hasrat tersebut dan kami terus ke Pandan City untuk mencuci mata, wallet dan tekak.