Friday, April 1, 2011

Balik Ipoh 1 April 2011

Petang tadi, aku decide untuk balik Ipoh. Kalau dok rumah buat noya je. Dah la sunyi, sepi pulak tu. Dah la sepi, sendiri je pulak. Kesian. Tu la, dulu mak suruh kahwin, aku pulak yang tak reti nak kahwin. Bukan tak reti-reti. Tapi tak reti. Bodoh kan.

Jadi hujung minggu gini, aku pun balik la ke Ipoh supaya dapat berkongsi kebosanan suasana di Ipoh tu dengan kebosanan di Putrajaya. Haha. Binawe je kan. Kekira, bosan kuasa dua lah senang cerita. Kan.

Kekasih hati aku pun sibuk kerja. Bagus, dia sangat rajin. Respek dari aku yang pemalas ni kepadanya sebanyak sepuluh bintang. Aku ni dah la pemalas, banyak bunyi pulak, kan?

Aku pun kena la dok kat rumah ni kan. Sebab mak aku bosan dok rumah kakak aku kan. So dia nak balik tengok pokok bunga dia kan. Jadi aku kan, kena la ada di rumah kan. Jadi tak la bosan. Sebab mak balik, yeh..mak balik yeh.. Hehehe. Gile sawan ke aper aku ni.

Inilah perjalanan ku sebentar tadi kan. Gigih kan.




Akan Datang ! Dokumentari Buatan Sendiri!

video

Mufti Perak Haramkan Poco Poco

Kita datang nak bakor! Bukan nak menari poco-poco! Itulah ungkapan Usop kepada penduduk Kampung Pisang yang asyik menari poco-poco apabila Kak Limah menyanyikan lagu Enjit Enjit Semut saat mereka datang untuk membakar rumah Kak Limah.

Menurut Mufti Perak, poco-poco difatwakan haram. Sekurang-kurangnya untuk negeri Perak yang mempunyai rangkaian taman-taman riadah yang lengkap untuk warga beriadah dan berekreasi.

Aku pun mengkaji rasional pengharaman ini. Bila dikaji balik, Mufti Perak menyebut ianya menyamai upacara pemujaan roh di Jamaica dan turut menyerupai tarian berunsur keagamaan Kristian. Fakta mana dia dapat, aku tak tau.

Tapi, menurut akhbar Indon, tarian tersebut popular di Sulawesi Utara. Ketahuan lo, kalau Sulawesi Utara tu memang mempunyai 70% penduduk Kristian.

Bagi aku, poco-poco memang perlu ditegur. Ini kerana keterkinja-kinjaan anak gadis menari-nari mengikut rentak lagu memang tidak sesuai langsung dengan konsep kemelayuan apatah lagi keislaman. Kalau penari kebudayaan tu lantak demer lah kan. Memang dah status penari.

Ini dengan makcik-makcik bersaiz bantal berseluar ketat bertudung, terkinja-kinja, terkepak-kepak macam ibu ayam hypnotized dek musang yang menyamar sebagai penghibur, menari-nari dengan mencari sensasi di mata kaum lelaki secara terbuka adakalanya menimbulkan rasa pelik dan loya.

Rasanya, gadis-gadis yang menari di disko-disko pun tak kelihatan pelik berbanding makcik-makcik bertudung yang menari poco-poco dikhalayak umum.

Kalau nak sihat tubuh badan, tak payahlah nak menari-nari bagai. Pergi kelas aerobik tertutup pun OK je. Tak pun jogging je 1 km sehari. Poco-poco 100 kali sehari pun badan dok lagu tu jugak.

Kamis, 31/03/2011 19:15 WIB
Poco-poco diharamkan di Perak, Malaysia
BBCIndonesia.com - detikNews

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video penampilan mereka

Banyak warga Malaysia menggemari poco poco dan mempublikasikan video mereka di YouTube

Keputusan Komite Fatwa negara bagian Perak, Malaysia untuk melarang poco-poco memancing reaksi beragam, sebagian menentang tari yang diketahui populer di Sulawesi Utara itu.

Berbagai laporan media Malaysia menyebutkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan poco-poco haram bagi warga Muslim dan keputusan itu akan segera dibukukan. Alasannya, poco-poco mengandung unsur kepercayaan Kristen dan unsur pemujaan roh.

Namun sejumlah politisi Malaysia berpendapatan larangan poco-poco tidak perlu karena hanya sekedar bentuk tari dan olahraga.

Anggota biro politik sentral PAS, partai yang berhaluan Islam, Khalid Samad menyebut keputusan komite fatwa Perak "menggelikan dan sama-sekali tidak bisa diterima."

"Pada dasarnya warga melakukan poco-poco untuk latihan tanpa motif keagamaan," katanya.

Seorang menteri di bawah kantor perdana menteri, Datuk Mashitah Ibrahim mengesampingkan kemungkinan larangan terhadap poco-poco juga diberlakukan secara nasional.

"Tarian ini berbeda-beda di beda tempat. Bahkan lagu-lagunya juga berbeda. Mungkin poco-poco menjadi masalah di Perak, tetapi di negara-negara bagian lain, poco-poco dianggap sebagai bentuk latihan," kata Mashitah Ibrahim seperti dikutip Bernama, Kamis (31/3).

Akan tetapi, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemerintah akan menghormati dan tidak mempersoalkannya.

Thursday, March 31, 2011

Awak Dah Hilang Sabor

Malang nasib bila kita berkawan dengan seorang yang bermuka-muka. Belagak bagus. Belagak cool. Menipu sana dan sini. Mengelakkan orang memaki dia dengan membuat serangan pre-emptive memaki hamun orang lain terlebih dahulu.

Ibarat dialog orang Perak dalam cerita Do Re Mi karya P. Ramlee, "sebelum demer kene kan kiter, bior kiter kenekan demer", begitulah sikap sesetengah mulut besar dalam Facebook yang suka menghentam dengan maki hamun ke atas orang lain setelah menyedari bahawa dengan berbuat demikian, dia mampu menakut-nakutkan orang yang lebih berhak memaki hamun dirinya.

OK. Awak bukan le nak cerita banyak, awak cuma heran ler dengan sesetengah kawan yang muka tebal mengalahkan tayar lori, yang menanggung malu akibat perbuatan sendiri, sampai tergamak nak generalize semua kawan-kawan dia baik yang padanya berstatus celake mahupun yang padanya menjadi tempat bergantung harap, sebagai sama belaka.

OK lah, awak pun tak hadap sangat nak tolerate perangai yang macam ni. Kalau awak pun nak diignorenya, awak akan buat benda yang sama juga.

Wednesday, March 30, 2011

Nadi Cintamu Menghalang Sunyi Dari Membunuhku..Jiwang Tak?

Entry jiwang jap. Boleh la boleh. Suka hati aku la boleh ke tidak kan. Blog aku. Hehe.

Dulu aku tak macamni. Aku boleh jer hidup tanpa bercakap lebih dari sehari. Aku tak kisah pun untuk diam seribu bahasa. Urdu tidak, Zulu pun tidak. Aku tak heran pun bila hati aku cakap, kenapa kau tak berkata-kata hari ini?

Mungkin dulu aku jarang balik Ipoh. Dalam 2 bulan sekali maybe. Tapi sejak mak patah kaki, almost tiap minggu aku balik. Bila balik, aku tak lepaskan peluang lepak. Masa terisi. Jiwa terhibur.

Atau mungkin dulu aku duduk di Ampang. Di tempat tidak pernah sunyi. Selama 7 tahun aku tinggal di Ampang, kebisingan kawasan sekitar membuatkan aku tak kekok untuk 'mensunyikan' diri. Kalau aku sunyi sangat pun, aku akan memandu ke Pandan Jaya dan lepak di kedai burger kawan aku sampai jam 1.00 dan berborak.

Tapi segalanya dah tak sama macam dulu. Hari ni, aku tinggal di Putrajaya. Seawal 9 malam, cengkerik berzikir di tanah dapat aku dengar dari rumah aku tingkat 15 ni. Sorang housemate aku tu memang pendiam sebab ada yang mendiamkan. Sorang lagi hilang entah ke mana. Entah hidup entah tidak. Mesej tak berbalas, Facebook tak update, sewa ... malas nak fikir.

Mujurlah aku ada dia yang sentiasa ada untuk aku. Walaupun buat masa ni, keterbatasan untuk bertemu seringkali menjadi penghalang sebab kerja di bidang yang berbeza, aku bersyukur sebab dia ada untuk membolehkan aku menganggap aku masih belum sunyi sepenuhnya.

Kadang-kadang, bila di Ipoh, aku sedar aku bersikap tak adil kepadanya sebab aku selalu hanyut dalam sembang kedai kopi dengan kawan-kawan. Kami mampu lepak dari jam 9.30 malam sampai 2.30 pagi. (Macam tak biasa je kat QB)

Bila saat dia sibuk dan penat, aku perlu menyedarkan diri aku untuk memahami hakikat bahawa aku perlu memberi dia ruang juga untuk berehat dan melepaskan tekanan kerja dengan bersembang dengan teman-teman serumahnya. Cukuplah denyut nadi cintanya masih membuatkan aku belum mati dalam kesunyian.

Aku mesti akur sebab dia juga sibuk dengan kerjanya. Kerjanya memang memenatkan. Jadi, kesunyian itu terpaksa aku hadapi dengan berani. Berani untuk mengatakan aku tidak sunyi lagi. Tapi kepada siapa hendak aku katakan dalam kesunyian begini?

Ya, kepada dinding si saksi bisu yang hidupnya lebih sunyi dari aku kerana berapa banyak dinding yang ada dalam rumah ni, mereka tidak pernah berkomunikasi. Huhuhu. Giler ke ? Yer, sikit jer.

Sekurang-kurangnya aku belum sunyi sepenuhnya. Terima kasih, cinta.

Tuesday, March 29, 2011

Pemandu Wanita Berbahaya?

Menarik. Semalam Bung Mokhtar, suami si Zizie Ezette (betul ke nama tembam tu), menyebut, pemandu wanita kebanyakan amat berbahaya.

Bukan lah nak carut, tapi aku menyokong 102% apa yang dicetuskan oleh Bung Mokhtar itu.

Ini kerana, sepanjang menjadi pengguna jalan raya selama 15 tahun, memang tidak dapat dinafikan mahupun dinakifan, pemandu wanita amat tidak peduli akan sekelilingnya melainkan apa yang dapat dilihat di cermin sisi dan cermin belakang apabila biji mata mereka sempat untuk menejeling ke alat bantu memandu itu.

Untuk peka kepada 'blind spot' atau titik yang tidak kelihatan pada cermin-cermin tersebut, jangan haraplah.

Selain itu, mereka gemar teragak-agak untuk keluar di persimpangan. Kadang-kadang terus keluar. Kadang-kadang berhenti sejenak untuk berfikir, lalu membuat keputusan yang bukan-bukan seperti contoh, tetap keluar walaupun kenderaan mendatang telah hampir.

Selain itu juga, sesetengah mereka sanggup memandu dengan kelajuan 80km/j di sebuah lebuhraya yang mana 110 km/j juga telah dianggap sebagai perlahan dan tidak relevan. (Kecuali adik aku yang dah pandai bawak 120km/j di highway.)

Selain itu lagi, mereka didapati mudah untuk gagal mentafsir kelajuan kenderaan lain. Hal ini selalunya berlaku semasa mereka cuba memasuki lorong kenderaan laju untuk memotong.

Paling tidak aku gemor ialah, kaum wanita gemar beranggapan bahawa dengan memberi signal, mereka mempunyai hak untuk menukar lorong, tanpa mereka peduli kederaan dilorong tersebut sedang laju atau apa. Ada mak kesah, mak dah bagi signal uol! kata mereka.

Sebab apa aku sokong 102%? Sebab pada bulan Julai 2008 dan Julai 2010, kereta aku dilanggar dari belakang oleh dua orang pemadu wanita di dua tempat berbeza. Detsit!

Bukan teman nak ngata la. Untuk kaum wanita, sila take note lah yer supaya tahap kompetensi anda sekelian menjadi setaraf dengan pemandu lelaki.

Pemandu wanita berbahaya?

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Monday, March 28, 2011

Tak Dapat 5D Mark II, PowerShot A495 Pun Jadilah

Ini merupakan rakaman masa aku balik sensorang dari Ipoh ke KL minggu lepas. Menggunakan Canon Powershot A495 yang berharga RM399 je. Memandangkan buat masa ni memang aku selalu balik ke Ipoh, maka tergamaklah aku sendirian merakam itu dan ini. Ini mungkin juga disebabkan oleh minat fotografi yang semakin kurang dan makin meminati rakaman video. Nasib baik ler tak sempat beli digital kamera mahal-mahal kan. Kalu tidak, bakal jadi memori yang usang bagai bara merah je. Lepas ni aku nak cari jampi mantera bagi membolehkan Canon PowerShot A495 itu disumpah menjadi Canon EOS 5D Mark II. Kelas!