Wednesday, February 17, 2010

Krabi 2 : Hello Thailand

Aku tak tau kena buat apa lepas ni. Tren dah masuk stesen. Keegoan aku menyusahkan aku balik. Takpe, aku ikut je apa orang lain buat. Elok tren berhenti aku siap-siap nak turun galas beg. Kemudian ada polis gemuk suruh semua turun settle imigresen. Matilar. Dorang lagi buduh dari aku.

"Bang, naik balik kat mana nanti?" aku ambik kesempatan bertanya. "Sini jugak. Tapi kejap lagi. Lambat sikit." jawab polis tu. Bagus.

Aku pun turun, ikut buntut orang-orang yang sama-sama turun. Nasib baik ada imigresen Siam tunjuk laluan sambil sorang tu dengan pakaian preman agih-agih borang masuk Siam. Yang pakai pasport je isi. Yang pakai border pass tak payah. Aik. Nasib baik aku nak gi jauh.

Semua penumpang diminta turun untuk 'border clearance'.


Stesen keretapi Padang Besar dimana acara kerat tren sedang dilakukan di ujung sana.


Kasi borang tapi tak ada pen. Nak mintak segan pulak. Siam berpakaian preman tu muka dia bengis. Tapi tau cakap Melayu. Aku pun selamba je mintak pen. "Pi cop pasport kat Malaysia sana dulu. Sat lagi isi". Teng teng tenggg. Kan dah kena.

Aku pun buat muka selamba je bila akak imigresen tu selak-selak pasport aku. Taktau nak cop kat mana. Semua pun kosong. Wakaka. Setel. Tak sampai seminit. Lepas tu baru pegi kaunter Siam. Siam berpakaian preman tu follow je. Aih. Gabra pulak. Ah. Bukan ada pa pun dalam beg aku. "Ha.. Isi borang.. Pen? Tunggu depa.." sambil suruh aku tunggu mamat sorang tu yang dok ralit isi.

Habis isi terus aku pergi beratur. Masa beratur sorang kakitangan imigresen Siam jenguk borang aku. "Where u stay.. Put there.." sambil tunjuk borang aku yang ruang alamat tempat tinggal di Thailand tu aku biarkan kosong.

"No boojing. I dont know what will be the address." jawab aku selamba. "Where you stay? Where city?" tanya dia dengan nada ganas. "Hatyai la.." aku mula jawab dengan nada ganas jugak. "Put Hatyai." jawab dia dengan baik. Tau pun takut. Aku pun tulis Hatyai.

Wah. Yang tukang cop pasport dia muka lagi la menjeruk. Aku pun balas ngan muka cuka masa dia scan muka. Layak la ngan muka kau. Setel. 2 minit. Beg aku langsung depa tak pandang. Aik. Senang nya masuk Siam? Aku terus ke platform.

Tiba-tiba, aku didatangi Siam berpakaian preman tadi. Dia lagi? "Atas ada kedai. Pi la kopi ka, teh ka, lagi 40 minit. Lama." ujarnya. "Ya ka? Cantekk." aku menjawab dan terus blah ke atas. Sempat la aku melantak kat situ.

Dalam pukul 10.45, tren pun sampai. La.. 3 gerabak je? Dari 15 gerabak tadi? 1 air cond, 1 bilik tidur, 1 kelas 2. Dekat jam 11, tren tu bergerak dengan kepala keretapi Siam.

Pemandangan suasana negara luar pagar sempadan dari tren.


Lanskap Siam lain macam. Tak ada lagi sawah padi. Banyak hutan getah. Dan keretapi tu asik hon je. Tak sampai 100 meter, hon. Memekak je.

Tiba-tiba ada akak bertudung bawak duit ngan kalkulator berjalan dari penumpang ke penumpang. Ah. Money changer bergerak. Sampai kat aku aku tanya untuk RM250 dapat berapa. Dia kata RM1 sama dengan 9.6 baht. Jadinya 2400 baht. Ah RM250 je la. Aku tak yakin dengan rate tu.

Rupa-rupanya banyak giler lintasan keretapi tak berpagar kat Thailand. Patut la asik hon je. Menakutkan.

Sampai Hatyai dalam pukul 11.30. Platform berapa aku taktau. Yang pasti, takde jejantas. Cuma ada satu ruang untuk lintas atas rel dari platform ke platform. Nampaknya di Siam, keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Bukan pihak pemerintah. Haha. Bagus gak. At least takde la orang Siam jadi macam orang Malaysia yang berlebih-lebih manja dia.

Aku keluar je stesen berebut rebut aku ditegur teksi-teksi motor dorang. Aku buat macam orang sana je. Buat tak dengar, pandang depan, macam sure je mana aku nak melangkah. Wow. Hatyai bersih. 10 kali ganda lagi bersih dari KL. Atau 20 kali ganda lagi bersih dari Penang. Sampai nak buang puntung rokok pun aku takut. Tapi takde pulak aku nampak tong sampah tepi-tepi jalan. Nampak sangat hasil penduduk yang diajar supaya sendiri mau ingat, dengan penduduk yang hari-hari kena kasi ingat.

Bandar Hat Yai bersih melampau. Sampai aku nak buang puntung rokok pun segan silu.


Dah takde idea mana aku nak menapak, aku singgah sebuah kedai jual kasut bila aku nampak sorang pompuan 40an bermuka Cina kat situ.

"Where is the bus station to Krabi?" tanya aku dengan penuh sopan. Sambil sengih kerang busuk, dia menunjukkan kepalanya kemudian membuat isyarat "tiada". Oh. Takde otak rupanya. Oh bukan. Dia tak paham la tu. Aiyo. Welcome to Thailand.

Aku pasti. Aku dah kenal sikit Thailand sekarang. Aku pun tak akan buang masa. Aku terus ke selonggok teksi motor dekat dengan pasar buah. Habis semua tanya aku dalam bahasa Siam. Aku cool je. Kemudian aku mengeluarkan butiran perkataan aku. "Bus Kabi?". Haha. Keadaan diam seketika. "Yes. Bus. Kabi." Terus sorang tu offer nak bawak aku.
Great!

Aku pun naik atas motor dia. Menunggu dia offer helmet untuk aku. Malangnya, lepas dia pakai helmet, terus dia pulas minyak. Thats it. Keselamatan empunya teksi lebih penting dari penumpang.

Nasib baik aku tak jalan. Kalau tak telur aku pun bengkak besar buah kelapa. Memanglah jauh terminal bas tu.

Sampai terminal bas. Aku terus jalan masuk meninggalkan ulat-ulat kat pagar terminal. Aku pun tengok kaunter satu demi satu. Lepas tu aku pandang bas satu per satu. Mana ada bas gi Krabi! Cilakak!


Stesen Bas Hat Yai. Yang baju putih tu pilot bas yang aku akan naik.

No comments:

Post a Comment