Tuesday, February 16, 2010

Krabi 1 : Proses Keluar Sempadan


Aku gerak dari rumah jam 12 malam sebaik saja tarikh bertukar ke 12 Feb 2010. Aku call adik aku tanya dia balik bila. Kata dia pagi Sabtu. Bye lah. Kalau awal boleh gak aku pesan sesapa suruh bagi keter kat dia. Bukan apa. Aku baru isi minyak RM50 RON97 sebelum tu. Takde aku percaya nyer ngan dorang tu. Haha. So aku decide untuk letak keter kat Ipoh Railway Station je.
Bagi mengelakkan disaman, aku park kat tempat kakitangan. Selamba kodok je. Wiper aku kasi tegak. Sebab kereta kat situ semua wiper tegak. Haha.

jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Ramai apek dan nyonya menunggu anak-anak pulang beraya. Tren aku dijadualkan lambat 22 minit. Mungkin alang-alang dah lambat, tren aku sampai lewat 15 minit dari waktu yang dah lewat 22 minit tu. Bagus KTMB ni.

Naik je tren, aku terus tidor kat seat bukan hak aku. Seat aku ada akak tu duduk. Dia mintak tukar ngan aku sebab katanya, laki dok ngan laki. Pompuan dok ngan pompuan. Ye lah. Sebelum tertidur sempat gak aku carut brader sebelah aku yang telurnya besar buah kelapa. Kalau tak takkan duduk sampai masuk ke seat aku pehanya. Patut la akak tu lari. Hampeh.

Agak lama aku tidor, tren berhenti agak lama sampai aku tersedar. Ingatkan dah sampai Kedah ke. Kuala Kangsar je? Cilakak. Baru pukul 3 pagi.

Bila tren bergerak, aku sambung tidur. Bila aku jaga, tren dah kat Bukit Mertajam. Tukar kepala ke belakang. Aku lepak isap rokok. Brader telur besar masih tak turun lagi. "Abang turun mana?" aku saja tanya. "Arau". Thats it. Aku terus cari seat lain. Sambung tidur.

Aku sedar je keretapi tengah berenti dan matahari dah memancar. Aku dah kat Alor Star. 8.20 pagi.

Aku dah takleh tido dah. Gabra sebab pasport aku tak pernah bercop 2 tahun. Haha.

Tren sampai Padang Besar pukul 9.45. Sempoi. Konon sampai Hatyai 10.30. Kat Padang Baesar je wajib berhenti sejam. Dia nak kerat tren. Bawak gerabak yang ke Hatyai je. Jadi pukul berapa nak sampai Hatyai?? Rosak itenerari aku. Bedebah.

Memula ke Imigresen Malaysia. Cop Pasport "Keluar".

Kemudian serah borang ketibaan ke kaunter Imigresen Thai. Tiada beg diperiksa. Cuma sila pastikan muka anda tepat pada kamera scanner muka tu. Kalau tak kena maki.

Akhirnya, Welcome To Thailand. Layak duduk sebulan.

No comments:

Post a Comment