Friday, January 27, 2012

Menikmati Sebahagian Keindahan Perak Sepanjang 428 km

Ahad lepas, aku dijemput untuk tengok kawan aku berlumba cub-cross di Kenering. Jaraknya 107 km dari rumah aku. Kemudian, hari Isnin berikutnya, aku ke sana lagi, untuk tengok si pelumba idola kaki motorcross di Malaysia. James Robo. Si Robo ni sebenarnya bukan profesional pun. Dia expatriate di Malaysia yang seperti jugak kawan aku, hanya mempunyai hobi dalam sukan ni. Yang aku nak tengok bukan demer-demer sebenarnya. Aku cuma nak tengok keindahan negeri Perak yang aku sayangi dalam keseluruhan 428 km perjalanan.











Gurindam Ke Batu Pahat

Sapa kata saya tak sayang kamu,
Bukan mudah untuk bertamu,
Sanggup mencuba tanpa jemu,
Walau langsung tidak bertemu.

Sapa kata gua tak sayang lu,
Hilang segan sembang bertalu,
Sampai aku rasa tak malu,
Cuma engkau lihat gambar kemalu.

Sapa kata I tak sayang you,
Because you the only Melayu,
Berkulit mulus berwajah ayu,
But I je yang bodoh kayu.

Sapa kata abang tak sayang adik,
Cuma abang yang kurang cerdik,
Bagi nombor adik tak ketik,
Entah suka entahkan getik.

Sapa kata aku tak sayang kau,
Sinar matamu aku terpukau,
Tapi fikiranmu tidak ku jangkau,
Engkau ikut suka hati engkau.

Sapa kata cheq tak sayang hang,
Dari Ipoh kita sama datang,
Tunggu FB Chat pagi dan petang,
La ni hang pi mana dah hilang.

Sapa kata kanda tak sayang dinda,
Menumpu dinda melebih bonda,
Kerna kau dara bukanlah janda,
Tapi itu sebahagian petanda.

Sapa kata wo tak sayang ni,
Jangan tuduh aku itu ini,
Diriku belum engkau kenali,
Hidup sendiri aku jalani.

Sapa kata saya tak sayang kamu,
Biarlah ke sudah tidak bertemu,
Aku pun manusia kenal erti jemu,
Aku cari wang, kau teruskan cari ilmu.