Thursday, July 12, 2012

Kelab Malam Dan Pub Di Ipoh

Saya sering ditanya oleh pengunjung luar ke Ipoh, di manakah tempat perjimbaan di Ipoh. Beginilah yer, tempat perjimbaan di Ipoh agak terpusat di Medan Ipoh Baru, yang boleh dilihat dari lebuhrayau Utara Selatan sebelum simpang keluar Ipoh Selatan, sebelah kiri arah utara. Terdapat jutaan pub di situ dan di bawah ini ialah pub-pub yang direkomendasikan kepada para penjimba-penjimba luar yang singgah ke Ipoh kerana muziknya tidak dipengaruhi elemen kejinjangan. Walaubagaimanapun, saya tidak mengesyorkan aktiviti minum arak kerana ianya salah di sisi agama Islam. Dan saya juga tidak boleh dipertanggungjawabkan andainya pub-pub ini menukar aliran kepada super jinjang selepas artikel ini ditulis.










Wednesday, July 11, 2012

Lawak Dari Putrajaya Holdings.. Terima Kasih

Hentian bas ini dibina selepas hampir 2 tahun saya mendiami kawasan Putrajaya Terselatan ini.

 Cukup moden, stylish dan menepati ciri-ciri hentian bas sebuah negara maju.

 Menunggu bas di sini terasa selamatlah kita dari hujan panas ribut petir.

Tetapi, rupa-rupanya, apabila datangnya hujan di pagi atau petang..

 Penumpang bas tetap akan kebasahan..

Sebab bas lalu di jalan berseberangan..

Apa ni wei? Apa pun tak bleh. Dah banyak kali dah saya kebasahan turun dari bas petang-petang dan naik bas pagi-pagi. Apa ni Putrajaya Holdings.. Apa ni? Lawak edisi masyarakat kuarters kah?

Monday, July 9, 2012

Unifi Membuatkan Segalanya Tersusun Kembali

Selepas 2 tahun 6 bulan mendiami rumah ini, barulah aku tergerak untuk mengalih perabutnya. Bukan sebab aku malas. Tapi sebab masuknya Unifi , sebuah perkhidmatan internet jalur lebau berwayar yang turun membawa masuk zaman TV kabel untuk aku. Maka dengan sajolah, maka dapatlah TV den berjauhan dengan tompek cucuk areal TV di dindiang sanun. Ditambah laie, tompek cucuak telepaon pula berada di dinding yang berseberangan dengan dinding areal TV. 

Satolah kali pertamo disusun pado 25.02.2010 , inilah kali kaduo parabuit sayah disusun semulo. 07.07.2012. Sampah abuk sweep under the sofa banyak nak mampueh! Gitulah penceritaan gaya harini.

SEBELUM :

SESUDAH :





22 Hari Selepas Pemergian Mohd Fadli / Yamasaki Ks

 Post yang ini mungkin terlewat. Mohd Fadli atau @yamasaki180 telah pulang ke rahmat Allah pada 17 Jun 2012 kerana sakit misteri. Dipaparkan ialah gambar arwah yang berada dalam simpanan aku sejak hari pertama kami mengenali satu sama lain pada Gathering Untuk Single 2008 yang dianjurkan melalui g4m pada 28 Jun 2008.

Hari acara Jun 2008 

Selepas acara.

 Beberapa ketika hubungan dipereratkan.

 Lalu kami menjadi sebahagian satu sama lain.

Hingga kami menjadi kawan-kawan yang begitu rapat.

Dengan keselambaan yang tersangat erat.

 Dengan jumlah perkumpulan yang menakutkan ramai orang.

Hingga membuatkan..

 Restoran Hajris Bistro memberi pengiktirafan meja yang selalu panjang..

Segala kenangan diabadikan..

Tetapi tahukah anda bahawa akaun Twitter orang yang telah meninggal dunia sukar ditutup melainkan perlu menghantar surat dan salinan sijil kematian ke ibupejabat Twitter di Amerika Syarikat? Jika tidak ditutup, beginilah jadinya , dipergunakan oleh spam yang tidak bertanggungjawab:

Kisah Jalan Pulangku Ke Pangkuan..

Beginilah perjalanan aku pulang kerjah kalao aku menaiki bas terus 950 ke rumah aku. jarak yang diambil 8.2 km atau 20 minit pergerakan. Sayangnyah bas itu hanya beroperasi di waktu pundek puncak.


Yang di bawah ini puller, sekiranyah saya menaiki bas rutin 600 yang akan mengambil masah selama 50 minit perjalanannyah dengan jarak 19.7km. Mak tok seng! Jauhnya.

Apapun kehendakNya, yang penting, sampai rumahku sorgaku, boleh guling-guling dan berintenifi. Terma baru nampaknya.