Friday, March 19, 2010

Greet Wilders On Preaching New Culture

"...will not prosecute politician Geert Wilders [personal website, in Dutch] for his video and printed statements against the Quran and Islam ..."

"According to Wilders, the truth about Islam must be made known, even if it is painful and unpleasant for certain people,"


Thursday, March 18, 2010

TV3 Kena Saman 10 Juta Oleh Pencipta Drama.

Pengurusan kes saman penerbit drama 25 Jun
18/03/2010 3:13pm


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Kes saman fitnah RM10 juta seorang penerbit drama televisyen terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) atas dakwaan menyiarkan perkataan fitnah mengenainya dalam rancangan hiburan “Melodi”, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Jun ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas berjumpa peguam Bernard Liew Kin Jong mewakili Jurey Latiff Mohd Rosli dan Ricky Wong bagi TV3.

Liew memberitahu wartawan bahawa mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak menyerahkan isu-isu yang dipersetujui dan ikatan nas undang-undang untuk dibicarakan kepada mahkamah.

Jurey Latiff yang juga Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, dalam samannya yang difailkan pada 13 Jan 2009, mendakwa rancangan Melodi yang disiarkan di TV3 pada 21 Sept 2008 pada 12.30 tengah hari dengan pengacaranya Nas Ahmad telah menyiarkan perkataan fitnah mengenainya.

Menurutnya perkataan fitnah itu bermaksud beliau adalah seorang yang tidak bermoral, suami dan bapa yang tidak jujur dan tidak bermoral dan suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, mengabaikan isteri dan anak kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis sebaya dengan anak sulungnya. - Bernama

Hebatnya produser drama ini berbuat drama tanpa skrip untuk tayangan umum kan. Tahukah belio bahawa mamat yang kena kokak buaya A Formosa masa dia main golf haritu kat resort tu sampai berdarah, bernanah, luka badan, luka hati, luka jiwa segala, cuma dapat pampasan RM43,000 je yang difikir wajar oleh Mahkamah. Cantikkah muka engkau untuk menyaman RM10 juta? Banyak sangat berdrama sampai lupa dunia sebenar. Wakaka.