Friday, October 19, 2012

Imej Lembah Klang Waktu Malam Dari Angkasa Lepas

Sepuluh tahun dulu aku memang gila mencari gambar-gambar dari satelit. Tentulah untuk kawasan-kawasan yang aku tinggal. Pekejadah aku nak tengok kawasan-kawasan yang tak berkaitan. Kurang lima tahun lepas, muncul Google Maps yang menjadikan aku muak melihat imej satelit sehinggakan pokok ciku depan rumah aku dan garis-garis kuning sebelum bonggol di depan rumah aku jelas kelihatan. Walaupun pokok ciku tu dah 5 tahun kojol dan ditebang.

Cuma apa yang aku masih tergila-gila nak tengok ialah gambar satelit waktu malam. Memang aku pernah la tengok Lembah Klang waktu malam masa naik kapaterobang. Tapi ini imej dari satelit. Tercari-cari gak lah.

Akhirnya, malam tadi, seperti biasa selepas aku mengelewor di dunia Youtube, (biasalah internet laju katakan.. dimulakan  di sesuatu laman, di sudahi entah di mana-mana tak ada kena mengena...)

Akhirnya, aku menjumpai imej-imej satelit waktu malam yang sangat baru buat bola mata aku. Pemandangan malam dari angkasa cukup indah. Lebih indah bila menatap tanah air sendiri di waktu malam dari angkasa.

Ini imej bertarikh 29.10.2011 pada jam kira-kira 11.45 malam dari ketinggian kira-kira 400km yang memperlihatkan kemeriahan Laut Cina Selatan dengan kapal-kapal nelayan. Imej dirakam oleh kru Ekspedisi 29 dari International Space Station atau nama glemernya, ISS.

Imej ini pula dirakamkan pada 21.08.2011 kira-kira jam 3.15 pagi dari ketinggian hampir 400km yang menampakkan petir di Selat Melaka dirakamkan oleh kru Ekspedisi 28 dari ISS. 



Imej ini pula imej yang paling aku suka! Sebab imej inilah yang membuatkan aku sedar bahawa cahaya putih lampu jalan di Putrajaya memberi impak tersendiri apabila dilihat dari angkasa. Ini ditambah pula dengan suluhan cahaya putih spotlight ke angkasa di Presint 3 berhadapan Istana Kehakiman dan di Presint 4 yang menyuluh setiap 4 menara Kementerian bagi menyerlahkan ketampakan bangunan tersebut pada waktu malam memberikan identiti tersendiri untuk Putrajaya saat dilihat dari International Space Station. Imej ini diambil jam 5.00 pagi pada 26.11.2010 dari ketinggian 352 km.

Image courtesy of the Image Science & Analysis Laboratory, NASA Johnson Space Center
Image 1 :ISS029-E-37103
Image 2 :ISS028-E-29803
Image 3 :ISS026-E-5328