Thursday, April 18, 2013

Yogyakarta Batal. Ganti Kota Kinabalu !!

Masih ingat tentang rencana petualangan gue ke Yogyakarta pada tanggal 8 Mei? Nampaknya ada perubahan kepada jadual pesawat yang berlepas ke sana seperti emel yang aku dapat dari Air Asia ini.

Dear Valued Guest, 
We regret to inform you that your AirAsia flight has been rescheduled to a new flight timing due to unforeseen circumstances. 
Please Click here to select your preferred flight recovery options if the newly assigned flights are not suitable for you. 
Should you require assistance regarding the above, kindly visit our support channels listed below: 
For any FAQ regarding AirAsia, please visit AskAirAsia
Submit your enquiry via our Online Feedback form
Live Chat (available via AskAirAsia when you login with your AirAsia member ID)
For localised assistance, please check Contact Us page on our website (this does not apply to Malaysia and Singapore) 
We deeply apologize for the inconvenience caused. 
Yours sincerely,
AirAsia

Tanpa berlengah, dek kerana tanpa study yang mendalam tentang Yogyakarta, dek kerana terlalu hampir dengan pasca pilihanraya, aku mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan tersebut melalui opsyen Credit Shell yang diberikan oleh Air Asia. Lalu ke mana saja destinasi gantiannya?

Kota Kinabalu !!

Lagi? Kota Kinabalu adalah destinasi tanpa jemu bagi aku. Korek punya korek punya korek, aku dapati tawaran yang murah bertepatan dengan tarikh hari jadi aku. 23 Jun. Adjust punya adjust, aku mendapat kadar yang sangat handsome lagi jambu. Berlepas ke KK pada tengahari Jumaat dan pulang ke KL pada lewat pagi Isnin, aku memperolehi harga pesawat yang cukup murah. RM138 pergi balik.


Kali ini, buat masa ini, aku ke sana sendirian. Aku merancang untuk bermalam di Kundasang pada malam hari jadi aku itu. Seronok kah? Seorang pengembara tidak merancang keseronokan. Keseronokanlah yang selalu merancang untuk bertemu sang pengembara. Boleh? Haha. Nak ikut, sila beli tiket sendiri. Masih ada promosi buat masa ini.

Kinabalu Mountain Lodge, Kundasang  sepertinya menarik juga.