Wednesday, February 17, 2010

Krabi 4 : Route 4 Krabi - Pekan Krabi

Elok je aku turun bas, mamat-mamat pakai vest hijau bertulis taxi pun serbu aku. Aik. Aku kat Thailand ke kat Bangladesh? Semua muka Bangla.

"Krabi Town" aku bagitau dia. Takde choice. Bas ni berhenti luar. "Town? Ok. Ok." sambil dia tergesa-gesa nak ke motor. "Wait!" aku sergah dia sambil tunjuk rokok yang aku baru pasang. "Yes. Yes" dia pun tunjuk rokok kat tangan dia. "Tomorrow I want to go Phi Phi. Take me to place near boat to Phi Phi" ujar aku yang dah terpaksa berbahasa Inggeris tunggang langgang kat Siam ni.

Mamat muka bangla tu agak kebingungan. Tapi kelihatan gigih untuk memenuhi kehendak aku. habis rokok, kami pun gerak. 10 meter dari situ, dia pun membelok kiri. Tu dia stesen bas Krabi depan mata. Hantu siam betul la. Kalau aku tau baik aku gi situ ambik pikap naik ramai-ramai.


Laa. gambar ni lagi..



Ini pun sambungan jalan ke Krabi. Selepas melintasi kawasan di gambar atas.

Mamat tu terus bawak aku kat satu travel agency bernama Siam Saithong Travel Agency. Lokasi dia kat atas bukit lepas jalan lalu tepi sungai Krabi, belah kiri.

Aku disambut oleh seorang gadis yang mahir berbahasa Inggeris. Great. Great. Greaaaatttt! Aku pun meluahkan plan aku, siap cakap aku datang sorang saja nak survey, naik keretapi, jalan2, budget travel, bla, bla, bla.

Aku dapat tiket ke Phi Phi pergi balik, penginapan malam ni, ngan malam lusa, free pick-up ke jeti esok pagi, dengan harga 1400 baht. Yes! Yes, yes, yess!


Aku terima nikahnya 1400 Baht tunai.. Choi !


Penginapan aku bilik yg luas, air panas, air cond, berharga rm 35 satu malam. J.P. Mansion.

Aku tanya penginapan kat Phi Phi. Dia takleh uruskan. Katanya harga turun naik dalam satu hari. Itu kena buat kat sana. Hmm. Ok lah.

Mamat muka bangla tadi terus bawak aku ke J.P. Mansion. Tak jauh. Lebih kurang 700 meter je dari situ dan 100 meter dari traffic light beruk. Aku gelar traffic light beruk sebab lampu isyarat dia dipegang oleh patung beruk. Haha. Kreatif la.

Inilah traffic light beruk yang dimaksudkan.


Aku disambut owner J.P. Mansion tu. Oh ini mansion dia. 2 unit kedai 3 tingkat dari beberapa deret kedai situ.

Rupanya menakutkan gak. Rambutnya panjang paras bahu, bermisai, berjanggut. Memandangkan semua penginap kat situ mat saleh serabai, bantai je lah. Tapi aku berdosa la anggap dia macam-macam. Orangnya baik. Namanya, lupa. Malas aku nak tanya lagi. Kecik hati dia kang. Haha.

Aku bayar kat mamat motor tadi 100 baht. Tambangnya 70 baht je. Aku buat isyarat keep the change buat beli rokok. Dia suka.

Ini ruang lobi JP Mansion. Penginapan aku malam ni.


Inilah bilik aku untuk malam ni kat mansion sangkut backpackers ni. Tapi luas. Selesa dan menghadap jalan.


Aku naik ke bilik, tinggalkan beg dan terus keluar menuju ke pasar yang aku teruja nak pergi masa teksi motor aku lalu situ tadi.


Pekan Krabi yang turut bersih macm Hat Yai. Ini adalah Maharaj Road.

No comments:

Post a Comment