Saturday, May 1, 2010

Seloka Putus Cinta Luar Tabi'e

Jika tuan berwajah cantik
Pasti menjadi penyeri taman
Jika tuan berwajah itek
Hanyalah dildo jadi peneman

Kecil jangan dipuji puja
Besar jangan seperti belalai
Kecil ditatang penuh manja
Besar mengangkang mencari pembelai

Patah pinggang jalan berlenggang
Bedak seinci bak anak patung
Dari rapat menjadi renggang
Dulu paip kini pembentung

Suara garau seberang jalan
Suaralah benggali memakai serban
Banyak berangkut sepanjang bulan
Banyaklah melukut di tepi jamban

Melambai jantan mencari untung
Peraga pakaian di tepi pintu
Mengapa digali salur pembentung
Bukanlah emas yang kuning itu

Jika lobang sebesar perigi
Kenapa melacur di pinggir kali
Masuk lapan masih nak lagi
Layak buatmu benggali Batang Kali


Mengapa menjahit gaun pengantin
Sedangkan jahitmu buruk sundal

Mengapa diturut kehendak batin
Kelak lobangmu harus disendal

Anaklah ikan kau sauk-sauk
Yang sangat hazab juga kau piap
Jangan digilap wajah yang hauk
Kelak ibarat jalan tak siap

Kalau enggan dipandang hodoh
Jangan onani dengan penyapu
Kalau sudah ditakdirkan bodoh
Hadaplah engkau si jantan penipu

Berhenti rehat semasa menyapu
Terasa gersang digesek tiang
Bukan salah si jantan penipu
Mungkin dirimu yang bodoh piang

Cinta agung ibarat berpuki
Kasih tertumpah tak berbelah bagi
Setelah engkau dia miliki
Kau ingat dia hadap ke tengok kau lagi?

Friday, April 30, 2010

Sumpah! Saya Memang Baik Hati!

Saya seorang tuan rumah yang baik hati. Saya selalu menjaga tutur kata saya. Saya tak suka membuat orang sakit hati dengan saya. Kalau dia sakit hati juga, dia perlulah buat pemindahan hati kerana itu mendakan hatinya telah rosak. Saya sayang kawan-kawan saya. Terutamanya penyewa-penyewa bilik dirumah saya yang saya manjakan hingga berlebih-lebih pulak level kemanjaan tu. Kalau Farmville, ada la level 40 kot. Banyak bukan? Tetapi itu bukan bermakna hati saya boleh disakiti. Kerana saya silent-silent volcano yer. Eruption means end of civilization. Mampu? Berikut adalah alternatif di sebalik gambaran tutur kata yang sopan, kalau-kalau saya berhadapan dengan karenah penyewa-penyewa bilik di rumah saya yang saya sayangi lagi saya manjai:

1. Apabila pintu grill tidak dimangga.
Luahan saya di mulut :
Pintu besi tu mangga tau. Nanti bangla masuk. Kunci rumah area sini banyak yang sama...
Luahan saya di hati :
Hoi.. kau ingat aku ni Ali Baba ke yang berbesar hati menerima bapak penyamun jadi tetamu? Wah.. wah wah.. mentang-mentang harta benda korang semua dalam bilik. Atau korang menanti bangla masuk? Nak cik ndut dengan bangla ke? Korang tuh dah la sukar diramalkan! Sentaplah tenant gini.


2. Apabila lantai kotor dek tapak kaki dari bilik air.
Luahan saya di mulut :
Uih.. bertompok-tompok. Rumah aku ke ... kandang kuda ni?
Luahan saya di hati :
Binatang. Aku baru mop kelmarin. Dah la malas nak mop. Buat kotor pulak. Aku ni tuan rumah ke? Atau pembantu rumah warga tempatan? Kang aku bancuh milo pakai air mop, merasa la korang julap versi lantai. Bela babi pun tak susah macam ni. Jap.. pernah ke aku bela babi? Astaga.


3. Apabila selipar dipakai di dalam rumah.
Luahan saya di mulut :
Eh.. Dah bersih dah... Tak payahlah pakai selipar..
Luahan saya di hati :
Woi! Tak sekolah ke! Ko ingat ini dangau tunggu durian? Pakai selipar pi sana, pi sini. Habih satu rumah kau sebarkan bakteria, kuman, virus, racun. Eii.. Keturunan wali-wali agung pun tak berlapik kaki dalam rumah. Atau kau tahu kau tak diterima bumi? Sebab tu kau takut nak pijak bumi.. Jap.. rumah aku bukan atas tanah. Ah! Apa-apa je lah!


4. Apabila menyaksikan kegiatan berhangkut berleluasa.
Luahan saya di mulut :
Wahh.. meriah....
Luahan saya di hati :
Yang bawak balik entah mana punya gurkha ni apasal? Entahkan penyamun, entahkan kaki pukau. Kalau kaki pakau takpe. Boleh aku urut daun sekali. Nak cikndut pun biarlah dengan steady partner. Kau ingat rumah aku Hotel Ambassador Bukit Bintang ke hapa? Kang kena jerut ke.. kena rodok ke ... sampai berulat dalam bilik tu.... aku gak turun naik mahkamah. kalau insurans boh nama aku takpe la jugak! Choi lah!


5. Apabila ternampak tangan dilap pada langsir.
Luahan saya di mulut :
Haa.. haa... ha... cuba pakai kain buruk kat dapur tu.
Luahan saya di hati :
Hoiiii! Aku beli langsir satu rumah ni RM250 tau tak. Sekali bilik-bilik engkau pun langsir subsidi. Kakak aku buat susah-susah, turun naik Nagoya nak cari fabrik yang cantik, engkau selamba opah engkau je lap tangan. Kalau tangan selalu pegang konek mencikloi memang macam ni ke? Biadap kau ni kan?


6. Apabila pinggan tak basuh bertimbun.
Luahan saya di mulut :
Wah.. pameran pinggan dalam sinki namanya ni.
Luahan saya di hati :
Ni sapa malas benor nak basuh ni? Pi panggil adik akak korang. Biar aku gaji jadi maid. Biar aku tunjukkan karma kemalasan kau tak payah tunggu reincarnation untuk menjadi nyata. Atau pun korang nak aku call mak korang datang basuhkan? Eiii.... Last-last, aku jugak basuh. Eeee.....


7. Apabila sampah tak buang berlonggok
Luahan saya di mulut :
Agaknya, bila la nak ada servis macam kat Presint 14. Bayar RM10 sebulan, sampah angkut depan pintu.
Luahan saya di hati :
Eiii! Hanjeng lah. Apasal rumah aku jadi macam ni. Aku ni duduk dengan orang lumpuh ke? Matilar aku macamni. Atau aku duduk dengan keling botol? Kalau boleh recycle sampah ni jadi makanan, memang ini lah makanan ruji korang gamaknya. Hadoi. Cukup tahun, duduk IJN buat bypass. Kalau aku curah sampah ni depan pintu bilik dorang baru dorang tahu. Tapi... ini rumah aku... Takleh.. takleh...


8. Apabila melihat rumah yang bersepah, berhabuk dan tunggang terbalik setelah pulang dari outstation.
Luahan saya di mulut :
Hadoi la.. Taufan Katrina melanda kah? Mati la Datuk Bandar New Orleans gini.
Luahan saya di hati :
Musibatul-akbar betul la. Muka nak cantik. Bau nak wangi. Sebatu pun dah bau wangi. Kulit nak halus. Tapi boleh duduk dalam tongkang pecah ni? Malangnya aku duduk dengan pondan OKU. Kurang upaya untuk peka terhadap kebersihan sekitar. Budak down syndrome pun reti kemas rumah. Kang aku caj RM100 sorang tiap bulan sebagai upah tanggung kerja orang gaji dalam rumah ni kang, tarik muka. Elok pun tarik.. biar buruk ... seburuk perangai tuh!


Itulah antara luahan terpendam saya. Hajat hati mahu lepaskan. Tapi mak saya pesan. (Flashback ala-ala dalam pilem) " Kalau tak suka seseorang kawan tu, buat-buat je lah suka. Better than quarrel." ujar mak aku yang sebenarnya tak tau pun cakap omputeh. (Flashback End. Fade out to next fade in) Tapi saya nak ingatkan jugak lah. Dalam dunia jenis kita ni, saya sepatutnya telah lama luahkan apa di dalam hati itew. Kerana carutan pedas dan laharan maut kan adalah sebahagian dari Ketamadunan PLU. Kau sentap? Go and commit suicide. Gitewlah ketamadunannya. Tapi hakikatnya, penghuni rumah saya TIDAK memiliki sifat-sifat jahiliah di atas. Sebab itulah saya masih senang hati menerima mereka sebagai housemate. Terima dengan tangan, pintu bilik dan seluar yang terbuka. Mereka semua learned dan enlightened. Walaupun..

PRK Hulu Selangor Dari Kaca Mata Seorang Pondan

Adakah saudari merupakan pengundi di Hulu Selangor?
Tidak. Tidak. Mak pergi sana, mekapkan Rosmah je.

Betul ke ni?
Tak, Mak tipu je. Ada kenduri kahwin lah. Mak kan tukang buat pelamin.

Oh. Maaflah.. Saya nak mencari pengundi Hulu Selangor je.
Mak mengundi Hulu Klang. Boleh la kot..

Tak.. Tak boleh.. Saya sedang mendapatkan pandangan mengenai pilihanraya kecil.
Eh.. Pilihanraya kecil, pilihanraya besar, pilihanraya medium, semua mak boleh jawab uols. Asalkan masuk TV.

Baiklah. Saya ingin bertanya tentang undi pengundi Cina yang jadi kontroversi tu. Boleh tak puan bagi ulasan?
Pertama kali, terima kasih sebab panggil mak puan. Besar sungguh penghargaan itew... Walaupun jelas di mata umum bahawa mak ini seorang pondan juruhias pelamin. Keduanya, mana cameraman uols!

Oh.. Sebentar yer... OK Cameraman standby.. 1..2...3
OK.. Macam ni... You all nak tahu tak sebab apa pengundi Cina tak undi BN? Sebab.... yang you all kecoh-kecoh pasal Zaid Ibrahim kaki botol tu kenapa? Dah sah sah la Cina semua kaki botol yam seng segala. Hidup mereka dengan botol tak boleh dipisahkan. Mati pun tanam arak sekali you all. Marah lah Cina-cina situ bila you all perang dengan Zaid dengan menjaja isu arak. Sentap you all. Diorang sentap. Eh.. jap.. mana handbag mak.. Eh.. tertinggal ke? Mak pergi dulu yer... Nak ambik handbag mak tertinggal... Lain kali kita sembang lagi... nak nombor telefon mak tak? Ye lah kan... kalau nak interviu kat Seri Pentas pasal ni, boleh call mak.... kan nok...?

Chantek ke kau?

Thursday, April 29, 2010

Selamat Menyambut Ulang Tahun Pertama H1N1

Hari ini 29 April. Genap setahun yang lalu, pada hari ini, loceng kecemasan tempat saya bekerja dibunyikan bagi menandakan kami semua perlu bersiap sedia dengan ancaman H1N1. Ada yang panggil Esh Satu Enn Satu. Ada yang panggil Heenee, ada yang panggil Hesh One Enn Satu dan ada yang sebut Hesh Satu Enn One.

Bermula dari tarikh tersebut, saya bekerja 7 hari seminggu bagi menyediakan borang saringan di Lapangan Terbang Antarabangsat KL di Sepang. Sebab apa antara bangsat? Sebab pada suatu hari, semasa saya tiba di Pejabat Kesihatan KLIA, seorang pakcik berbangsa kulit putih dengan selamba telah meludah ke atas jalan yang hampir-hampir mengenai saya. Selain itu, kehuduhan perangai mat-mat saleh yang saya telah saya saksikan di Thailand mahupun di Malayland membuatkan saya memanggil mereka dengan nama Bangsa-T. T itu bermaksud Tongong. Kalau anda nak jadikannya Terbabi atau Terbastard atau Terbarua atau Terpepek pun, silakan. Apa2 saja. Dipendek kan namanya, menjadilah ia perkataan Bangsat. Maka oleh kerana pintu masuk mereka untuk bergerak dari sana ke sini adalah di KLIA, maka di sinilah perantaraan bangsat-bangsat ini melestarikan kembara mereka. Jadi sesuailah dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsat Kuala Lumpur.

Maka sejak 29 April 2009, saya dan compatriot saya telah bekerja 7 hari seminggu kerana bos saya kata " No cuti. Kecuali mak mati atau ayah mati." Wau garangnya. Tapi garang lagi ketentuan Tuhan. Dua bulan kemudian, bapa bos saya dipanggil menemui ilahi ketika perang atas H1N1 belum lagi selesai. Innalillah.

Kami berperang bak soldadu-soldadu Russia menentang Poland. Ada ke? Hantam saja. Akhirnya semboyan penamat dibunyikan pada bulan Oktober. Meriah lah poket, berpadananlah dengan kemeriahan tulang temulang yang bagai dah reput dek kertas, dah lekang dek kertas juga.

Hari ini, 29 April 2010, saya pun mengangkang di ofis menunggu bos saya call untuk jumpa. Mengangkang bukan bererti melacur atau menyerahkan diri untuk memuas nafsu yer. Mengangkang cakap orang Perak, takder kojer la Chor!

Tiba-tiba seorang suster (nurse baju biru muda) yang berjalan dengan sempurna i.e. tidak ngesot, datang mengambil risalah. "Eh.. You inda ambil suntikan H1N1 kah?" tanyanya dalam pelat Sabah. "Tak mau lah sister. Baru baik selsema. Tak ada apa pon.." aku jawab selamba.

"Eh.. rugi kamu tida ambil. Kalau di klinik swasta seratus ringgit sekali cucuk. Pergi lekas. Nanti habis.. First come first serve.. Aku kalau boleh semua anak aku aku mo kasi cucuk.." ujarnya.

"Tapi dulu tahun lepas bulan 6 dah ambik la sister." aku menjawab. " Itu influenza. Bukan H1N1 vaksin. Yang ini H1N1 vaksin." jawabnya.

Aku berfikir untuk kali yang ke satu setengah. Setengah lagi aku fikir fasal perut yang belum breakfast. "Baiklah. Sister, sila layan diri sendiri ya. Saya nak gi inject." jawab aku dan terus naik ke tingkat dua.

Tu dia beratur panjang macam nak masuk AF semuanya. Tapi peserta lelaki kurang. Jadi dapatlah saya golden pass, datang bukak butang, londehkan kolar, tup, siap. Itu saja? La. Senang benor.

Seketika kemudian, seorang petugas menemui saya. "Encik tak ambik ini lagi ke?" sambil menunjukkan sehelai kertas. Memang la tak ambik lagi puki. Kau tak nampak tangan aku kosong takda apa-apa sedang orang lain pegang kertas tu.

"Borang apa pulak ni.." tanya aku. "Ini bukan borang. Ini nombor pegawai kami, Dr. Alias yang menguruskan pemberian vaksin ini." jawabnya.

"Oh... bak sini satu" jawab aku. Aku pun membelek membaca. Benda paling atas ialah "Jika anda ada alahan ubat vaksinasi dan imunisasi, sila hubungi pegawai bertugas." Pergh. Nasib baik aku takde allergy ubat. Kalau tak, memang kes naya.

Lepas tu aku terbaca satu perenggan yang tertulis " Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan dari penggunaan ubat ini sila hubungi Dr. Alias bla bla bla."

Well. Untuk beberapa saat, aku terasa aku tertranspom menjadi seekor tikus putih berwajah comel, sedang berada di sebuah makmal dengan perhatian rapi para saintis yang sedang mencuba satu formula baru. Bak kata cerdik pandai "tikus makmal yang selamat adalah lambang kejayaan umat manusia" . Binatang!

Ungkapan Lama Yang Tidak Lagi Relevan

terdapat banyak ungkapan-ungkapan yang tidak lagi bersesuaian dengan zaman. Justeru, ianya perlu diubah bagi disesuaikan dengan zaman.

Hidup ibarat roda. No way... kalau hidup ibarat roda, cukup tahun saya nak hidup yang baru. Sebab hidup saya yang lama dah haus yer. Merbahayakan pemanduan. Boleh ker? Jadi hidup bukan ibarat roda. Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Hidup jangan dikerusi roda".

Berusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. What? Susah-susah dahulu mana boleh senang-senang kemudian. Kalau kau kayuh basikal dalam laut susah tak? Susah kan? Apa kesenangan yang kau boleh dapat dari mengayuh basikal dalam laut? Kalau kejang OK lagi. Kalau lumpuh? Tak pasal-pasal masuk Bersamamu. Jadi,ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "bersusah-susah dahulu, maka bersusah-susah jugalah kemudian, kau bukan anak sultan".

Jangan mencurah minyak ke api. Kenapa tidak? Kalau api tu segan silu nak membakar sampah, harus tuang minyak. Jadi kalau orang tengah marah menghadap anda dengan attitude sampahnya yang perlu dibakar, maka semburkan sajork dengan kata-kata yang mengguris hati, limpa, buah pinggang, pundi kencing dan juga rektumnya kalau boleh. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Kalau mencurah minyak ke dalam api, biarlah pakai VPower, harganya mahal, pembakarannya berkesan."

Barang yang lepas jangan di kenang. Salah konsep ni. Barang yang lepas la perlu dikenang supaya tak melepas lagi di masa depan. Cuba kau lupakan apa yang menyebabkan kau tertinggal bas semalam, dah tentu esok kau tertinggal bas lagi. Kan? Ungkapan yang sesuai dengan zaman ialah "Barang yang lepas, kalau tak dikenang, kau cubalah kenangkan. Pandai-pandai kau lah.".

Biduk hanyut kiambang bertaut. Salah konsep ni. Lima ratus tahun lepas boleh lah pakai. Sekarang orang tak kenal apa kejadahnya biduk. Kiambang kot kenal la kan. Sebaik-baik penggunaan bahasa mengikut zaman ialah : " Bayi hanyut sampah bertaut". Macam kejam je.

Harapkan pagar, pagar makan padi. Ini lagi salah. mana ada orang nak pagar bendang. Macammana jentera penuai nak lalu. Ini bertentangan dengan konsep yang diamalkan oleh Felcra dan boleh menjejaskan bantuan dari Jabatan Pertanian. Lagipun pagar mana boleh makan padi. Ungkapan mengikut zaman yang sesuai ialah " Harapkan yang atas pagar, yang atas pagar tak keluar mengundi"

Api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Salah ni. Api kecil ialah api jahat. Berapa banyak anak muda yang terbabas ke alam syabu akibat api kecil ini. Api besar pula sepatutnya menjadi kawan yang amat diperlukan. Terutamanya bagi pemilik kedai yang ingin claim insuran. Claim nyawa anak lu orang baru tau. Jadi ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Api kecil atau besar jangan dikawan sebab api itu unsur setan"

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Ini pun tak boleh pakai lagi. Sebab zaman ni mana nak cari nyiru untuk menadah sesuatu yang tak muat tangan. Katakanlah orang nak bagi kita motor sebab " Saya menang moto ", maka adalah sukar untuk diletakkan motor tersebut di atas nyiru yang ditadah. Ungkapan paling sesuai mengikut zaman ialah " Kecil tapak tangan, tairu saya tadahkan".

Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. Yang ini lagi la salah. Sebab apa, budak-budak sekarang asik disuruh cari maklumat dalam internet. Sapa la ajar dorang dalam internet? Mark Zuckerberg pengasas Facebook ke? Kalau nak dipakai ungkapan ni, memang banyak la bunga yang tak jadi kembang. Yang kembang cuma bahagian-bahagian yang boleh kembang je. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Guru hilang waktu mengajar, murid menyetan menjadi-jadi."

Patah tumbuh, hilang berganti. Tidak tepat yer. Bukan semua yang patah itu tumbuh yer. Ambil contoh pensel. Pensel yang dipegang oleh seorang pondan yang patah. Walaupun dia patah, tidak akan tumbuh rahim di celah pundi kencingnya. Begitu juga duit saya yang hilang dulu, sampai ke la tak berganti-ganti. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah " Patah pinggang, perempuan tak jadi ".

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah yang menjadi sebab peningkatan kadar jenayah di negara kita. Sebab apa, ambil contoh anak Lijah bini Suib tu. Baik budaknya. Hormat orang tua, suka senyum. Tapi ke lokap juga. Sebab jual dadah berkati-kati. Inilah padahnya kalau buat jahat jangan sekali. Maka dia buatlah berkali-kali sampai tertangkap. Ungkapan paling sesuai dengan zaman ialah "Buat baik biar menggoda, buat jahat jangan dengan Benggali. ."

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ini yang paling pengotor ni. Pangkal lengan aku takpe. Kena pangkal lengan mamak ambik order tu? Wekk.. Mana ada orang peram pekasam dalam-dalam. Sekarang orang peram lite-lite je. Ye lah.. dulu mana ada Cina jual ikan berhenti depan rumah bunyi hon, siap bagi hutang lagi. Tu pasal orang makan pekasam. Ungkapan paling sesuai untuk zaman ini ialah "Alang-alang menyeluk saku, biar sampai diterajang orang ".

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Ini sangat salah. Kalau orang tua macam mana? Maksud saya, kalau orang tua tu rambut hitam dia cuma dye je. Rambut dia sebenarnya putih. Tapi dia suka calit taik idung merata macam saya. Rambut dah tak sama. Hati pulak yang sama. Macammana tu? Ungkapan yang sesuai untuk zaman ini ialah " Rambut sama atas kepala, otak lain-lain, ada yang otaknya kat lutut"

Begitulah serba sedikit ungkapan yang sudah tidak relevan lagi dengan zaman. Selamat merapu. Jumpa lagi. Babai.

TM Yang Mengecewakan : Lakonan Semula Versi Pondan

Kawan saya kan... sangat-sangat marah... hingga dia mengambil tindakan untuk mendesak saya menarik balik posting Terima Kasih Telekom Malaysia yang ditulis pada 30 Januari 2010.

Ini adalah disebabkan dia mendapat call dari TM yang menyebut bil dia dah mencapai RM438 sedangkan bayaran akhir ialah pada 22 Februari 2010 sebanyak RM360 tanpa apa-apa baki.

Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat dan kecenderungan seksual, selepas membayar, dia telah memohon untuk menukar talian telefon dan perkhidmatan Streamyx ke rumah barunya. Serentak itu juga kata TM, talian telefon kawan saya tu telah digantung sementara perkhidmatan akan disambungkan ke premis baru.

Dia pun kan, bersetujulah dengan penggantungan perkhidmatan tersebut karena dia tidak mungkin gembira jika malaun di rumah lama dia mencucuk telefon ke point di dinding, lalu bersembang ke luar dan dalam negara mengenai luar dan dalam kain serta seluar.

Tapi bagaimanakah orang TM sangat berani menelefon dia menyebut tentang tunggakan bil dan mengugut untuk mengambil tindakan. Dia pun menyinsing lengan hingga ternampak gelang emas paras siku yang tak ada, kecuali kulit lengan yang maha tanned dia.

Dia pun menelefon TM dengan gaya seorang Datin yang gemuk diberi baju Siti Nurhaliza oleh pereka fesyen kesayangannya. Tanpa disangka-sangka seorang pondan yang bekerja dengan TM menjawab panggilan. Maka bermulalah aksi tarik rambut secara virtual.

Dia kawan saya
Hei binatang

Dia orang TM
Sini TM Cyberjaya. Yang kerja semua manusia. Binatang kat zoo la lahanat.

Dia kawan saya

Ah! Tak kira. Engkau call aku pasal bil aku kan. Nih, meh aku bilkan caj hospital kau.

Dia orang TM
Hei.. bapok.. kau kenapa? Dah pakai taknak bayar. Marah-marah kami pulak.

Dia kawan saya
Hei sundal, kau jangan main-main. Bila masa hutang aku sampai RM438 dengan korang? Cekik darah punya syarikat bantuan penuh kerajaan. Bodoh. Bagi aku detail sekarang. Aku nak sekarang.

Dia orang TM
Akak.. makcik... aci.. nyonya.. whatever jenis bapok yang you prefer to be, boleh ke aku tau bil kau kalau kau tak bagi nombor IC? Jangan menunjukkan kebodohan secara terbuka boleh tak?

Dia kawan saya

Mulut longkang besar Pandan Jaya lah kau ni, pondan. Mintak baik-baik tak boleh ke? Kau ni mesti lahir tahun anjing kan. Sebab tu kau kerja jadi hanjeng tukang salak pelanggan. Tuan kau TM net tu bagi telur rebus macam Teresa Kok tak? Heii.. babilahhh!!

Dia orang TM

Ni aku tanya nombor IC... Bagi la nombor IC... Pok pek pok pek macam burit ayam... Kang aku tarik wig tu kang. Suara je dah hazab.. Muka mesti hauk... Kowser...

Dia kawan saya

Hello.. I baru spend RM20K untuk rejuvenation. Kau mampu? Kau kalau kasta kelas Dalit, jangan sekali-sekali berani carut mak. Lagi satu, ini rambut I original yer. Ni nombor IC mak... XXXXXX-XX-XXXX .. Cari lekas lahanat... Pondan sangkak ada hati nak carut mak.

Dia orang TM
Hello.. I sangkak-sangkak pun kasut I Prada occay...


Dia kawan saya
Nok... mak ada Jimmy Choo satu almari...

Dia orang TM
Kesian Jimmy Choo duduk dalam almari...


Dia kawan saya
Kau jangan loyar buruk ye pondan. Cepat check!

Dia orang TM
Dah check la sundal. Datin Separanita binti Separalaki. Kau kan nyah?


Dia kawan saya
Iya. Baru kau tahu aku sapa kan?

Dia orang TM
Ada mak kesah. Puan Sri pun mak carut. Inikan pulak Datin. Entah-entah Datin Sultan Sulu. Very the cheapo you all.

Dia kawan saya
Hey! I punya Datinship, Sultan Brunei bagi tau tak. You jangan ingat I sangkak.

Dia orang TM
Nok.. Kalau kerabat Sultan Brunei bagai, perlu ker nak query bil RM438. Bayar je lah.

Dia kawan saya
Berani kau cakap dengan aku macamni sundal?

Dia orang TM
Nok.. kalau kau Datin ke, Toh Puan ke, talkin kubur nanti sebut nama kau jer Separanita binti emak kau. Kau jangan riak boleh tak. Nama je pondan kaya tapi miskin budi bahasa.

Dia kawan saya
Hei Ustazahidarafik! Kurang ajar kau kan. Budi bahasa budaya mereka! Bukan budaya kita!

Dia orang TM
Kita? Hei ! Mak bukan satu spesies dengan engkau yer. Jangan samakan mak dengan sesuatu yang hukumnya najis berat.


Dia kawan saya
Sangat babi mulut kau. Kau nak kerja ke taknak ha? Dah lah lembab, kurang ajar pulak tu!

Dia orang TM
Hei Pondan Sundal Feeling Chantek, mak dari darjah satu sampai keluar Kolej Kewanitaan dengan segulung ijazah, tidak menggunakan wang engkau, mahupun laki engkau tau tak? Kalau kau rasa mak kurang hajar, spedo la mak belajar lagi. Sampai PhD!

Dia kawan saya
Hei.. sudah! Bagi aku keterangan bil.


Dia orang TM
OK, Separanita, bil engkau bulan dua due bulan tiga RM116, bil kau bulan empat due bulan lima, RM116.

Dia kawan saya
Baru RM232. Mana datang lagi RM206?

Dia orang TM
Nyah, kau ada buat call yer. Tapi kau kata line digantung sekejap. Kami cas la balik dengan yuran imbuhan sebab kau melanggar proses transferasi kami.

Dia kawan saya
Barua!! Aku dah pindah la hanjeng. Rumah baru aku takde line telefon. TM kau lah yang lembab. Kenapa ada call out? Bagi aku cakap dengan boss kau!

Dia orang TM
Bos? Tak payah! Aku belajar tinggi-tinggi bukan untuk serahkan kerja aku kat orang yang bagi aku kerja. Faham?

Dia kawan saya
Hei.. Aku dah setuju perkhidmatan digantungkan masa bulan dua tu. Kenapa talian masih boleh digunakan. Siapa pakai?

Dia orang TM
Toyol engkau pakai kot. Buat call bomoh Siam kau. Mana la mak tahu. Bongok la customer sorang ni.


Dia kawan saya
Mak tak kira. Mak taknak bayar. Itu hari TM cakap bil bulanan mak boleh waived kan sebab servis belum boleh diwujudkan kat rumah baru mak. Kau hanjeng TM, matilah kau disitew melayan panggilan. Kau tak tahu apa.

Dia orang TM
Datin Separanaidu,..


Dia kawan saya
Hei.. Biadap.. Nama aku Separanita!


Dia orang TM
Okei, Datin Separakanina... tulis surat, hantar kat boss I. Dia boleh consider rebate. Kalau kau tadah cipap pelesu kau tu.. Untung-untung dapat free... Jangan tak biasa pulak yer, pelacur.

Dia kawan saya
Kau ni memang out-of-wedlock kind of ladyboy tau! I nak cakap dengan dia. Bagi mak cakap dengan diaaaa !!!!

Dia orang TM
Cantik kah kau ?


Dia kawan saya
Eeeeee!!!! Ahhh....!!! Kau memang sundal! Jaga kau, aku dapat kau, aku tarik halkum kau biar terjojol macam leher onta. Awas!

Lalu Datin Separanita pun menamatkan panggilan. Tetapi dia telah menemui jawapan. Hantar surat dan mohon dihapuskan caj tersebut. Tamatlah kisah pergaduhan Datin Separanita dengan orang TM. Perbualan di atas adalah rekaan semata-mata. Ianya menggambarkan alternate realiti yang ingin diluahkan oleh pondan-pondan yang bekerja dengan TM, namun profesionalisme mereka membataskan. TM jangan saman saya!

Kisah Bangla Ramas Tetek Dalam Komuter

Kisah berlaku dua tahun lepas. Kalau tak silap la. Dalam dua tahun jugak la kalau tak pun setahun. Pedulikan.

Masa tu aku nak gi kerja. Aku ni kan feeling-feeling traveller. Keluar rumah kat Ampang pukul 8.00 pagi, naik Star LRT sampai Bandar Tasik Selatan. Lepas tu naik KTM Komuter sampai Serdang. Lepas tu naik bas Metro 68 sampai ofis.

Gituh.. Mampu ke menghabiskan 2 jam untuk perjalanan sehala. Mendapatlah masuk ofis pukul 10.00 sedangkan aku patut masuk pukul 8.30. Takpe. Budi bicara bos aku sangat boleh dibentuk masa tu. Masa ni tak boleh. Dia dah naik pant.. pangkat. Sori.

Kisahnya masa aku dalam KTM Komuter. Aku ni berdiri la kan. Sebab tempat duduk adalah khusus untuk wanita. Walaupun tak tulis kat situ. Tapi sebagai seorang gentelman... I mean gentlemen, aku tak mau la duduk kan. Bagi la kat wanita dan kekaum yang kurang upaya walaupun aku nampak kaum pendatang berdarah Bangla sedang duduk di sebelah seorang cik adik Melayu kita bertudung.

Tiba-tiba, semasa aku melempar pandangan keluar menikmati keindahan bebangunan kondo yang terletak tepi plaza tol Sg. Besi. Aku terdengar budak perempuan tu berdecit. Bukan berdecit macam tikus mondok Bukit Bintang ye.

Berdecit tu macam... Nck! Bunyi bila lidah dan langit-langit berkerja untuk menunjukkan rasa tak puas hati. Hah. Macam mana tu? Pandai-pandai korang la imaginasikan.

Aku pun pandang budak perempuan tu. Kelihatan dia berganjak sedikit menjauhkan diri dari Bangla disebelahnya. Yang aku geram bila aku nampak tangan kanan bangla yang konon tengah di lekat silang di dada dengan tangan kirinya, sedang meramas tetek awek Melayu di kanan dia. Lagi diramas, lagi bunyi berdecit keluar dan lagi 1 inci budak Melayu tu berganjak.

Komuter telah berhenti di Serdang. Aku meluru kat Bangla tu. Dia pun nak turun ke Serdang. Aku tunjal dahi dia.. " Hoi.. lu jangan main-main. Sini bukan lu punya tempat!" Aku menampar dahi dia.

" Abang.. tara.. tara...". " Babi engkau.. kau jangan.." Aku dah rasa lamas sangat aku dalam tren tu. Bagi mengelakkan aku turun Kajang lepas ni, aku pun turun. Bangla tu pun turun jugak? Ini sudah baik. Aku pun bagi pelempang yang last sekali aku bagi kat Jivindren masa aku Form 3 dulu. Dan aku meninggalkan Bangla tu yang tengah mengusap pipi di platform KTM Serdang.

Aku dah lambat kisahnya. Kalau tak dah sah aku pijak perut dia. Awek tadi? Aku pun tak tau nasib dia. Yang aku heran, apa pasal dia tak menjerit? Sedap ke kena ramas tetek? Berdecit taknak tapi nak ke? Patut la Bangla berani ramas tetek awek Melayu!

Kalau aku lambat pun, takkan nak bagi alasan " Saya pukul bangla ramas tetek budak Melayu". Dah sah bos aku cakap " Banyak la kau punya cereka pilihan. "

Sebabkan masa aku start kereta tadi FBI dengan Fafau tengah sembang pasal Koc Wanita KTM Komuter yang bermula semalam, aku pun taipkan HFC dan hantarkan ke 33399. Diorang baca atau tak, aku tak peduli pon. Sebab sesampainya aku kat ofis 10 minit kemudian, jangan haraplah aku nak dengar radio.

Monday, April 26, 2010

Ia Bukanlah Sains Roket

Ah... sampai dirumah.... Tapi... Arghhh... rumah berhabuk!!! Aper la nak ditunggukan, akak tu pun capai mop, fabuloso. Bukak kipas pada kelajuan heli.... dengan dua kipas siling tergantung kat hall... akak sebelah tu pun mula mengemop lantai...

Petak demi petak dimopnya ikut susunan jubin lantai... Peluh membasahi dahi, leher, ketiak, malah dicelah bulu ari-ari...

45 minit kemudian, siap lah proses mengemop.

Tapi, alangkah rasa nak tendang TV kasi tebalik, akak tu menyimpan bahang hatinya bila melihat anak-anak pak engku di rumah itu memakai selipar dalam rumah dan memungut kotoran di dapur dan di mana-mana jua yang masih ada kotoran, lalu disebarkan dalam rumah.. petak demi petak. Kalau sebab rumah tu berhabuk, jangan la jadi

Sakit pulak hati akak tu bila mendapati lantainya yang dimop itu kembali kusam dalam tempoh 24 jam...

Lebih sakit hati kata akak tu ialah bila dia bukanlah maid dalam rumah tu.. tetapi tuan tanah kedaung.

Sampah berminggu-minggu tak dibuang. Jijik kah? Kalau tubuh badan, semua mau bersih. Tapi kalau atitud kat kebersihan sekitar tak ada, ternyatalah kebersihan diri dan paras rupa hanyalah bertujuan untuk menjaja badan untuk sekelumit nafsu?

Pesan akak sebelah tu, kalau malas mengemop, jangan buat kotor. Kalau malas buang sampah jangan buat sampah. Orang terencat akal pun boleh paham katenyer. "Ia bukanlah sains roket yang rumit" katanya lagi.

Menurutnya, notis bertulis arahan mengosongkan bangunan akan dikeluarkan sekiranya dia mencapai tahap didih.

Katanya lagi, dah la rugi, penat pulak tu! Kesian...