Thursday, February 14, 2013

Kinta Riverfront Semakin Popular

Jika anda ke Ipoh, ni nak khabor. Terdapat tarikan baru yang semakin popular di kalangan warga Ipoh mengambil angin malam dengan priopcas iaitu di KINTA RIVERFRONT yang terletak di tebingan kiri dan kanan Sungai Kinta berhampiran Taman DR Seenivasagam.

Kinta Riverfront dibangunkan atas Corporate Social Responsibility oleh pemaju hartanah terkemuka Ipoh, MHSB yang membangunkan Kinta Riverfront Hotel and Suites di kawasan tersebut.

Kinta Riverfront walaubagaimanapun, pada masa ini boleh dikatakan separa siap kerana hanya kurang separuh dari keseluruhan premis yang dibina, yang telah beroperasi.

Namun, ia menerima kunjungan ribuan orang saban malam yang menjadikan aktiviti menghirup udara limbah Sungai Kinta sebagai trend baru.

Selain menghirup bau limbah, umat-umat kafir juga bolehlah menghirup arak di bistro-bistro yang tersedia. Setakat ini, hanya ada The Sands di tebing barat dan Kongsi di tebing timur. Selain itu juga, pengunjung boleh menjejaki warisan sejarah Ipoh dengan kelak terbukanya Muzium Bijih Timah yang turut memiliki model melombong kaedah palong dengan saiz sebenar. 

Tidak lupa juga, kawasan ini telah menggantikan kawasan taman di Stesen Keretapi Ipoh yang sedang dalam ubahsuai, oleh golongan para cikcuran.

Kala senja

Kala malam.

Kala jengking

Anak muda main muzik suka-suka

Menjadi penghibur di kala duka

Menteri Kewangan II, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni pun layan basking.

Lokasinya tu. Macam mana lak aku leh tak perasan macam bendera Siam.

Istimewa Hari Kekasih : Break One Thousand


Bayangkan. Tak payah selami. Bayangkan saja sudah cukup. Jika diselami, bertambah sakit hati pada kisah yang kita tak ada saham pun dalam hal tersebut.

Bayangkan anda mempunyai anak perempuan. OK dah. Bayangkan seorang penyanyi veteran yang mempunyai anak perempuan. Dapat bayang? Bagus.

Si anak ditatang, diajar, dibesarkan melalui zaman jerih perit yang tak terbayangkan, sehingga si anak diduga menjadi pewaris pembela keluarga dengan aset rupa dan suara dijulang untuk disah perlakukan dengan nilai di persada industri yang glamour, akhirnya si anak memilih untuk mengikut rasa cinta hati keinginan remajanya yang ketegar, berbanding kehendak orang tuanya yang berkeringat darah menaikkan nama si anak. Perjuangan belum selesai le tu.

Bermula dengan kesusahan dalam hidup sehingga hari raya pun terpaksa tutup pintu rumah sekedapnya bagi menyorokkan keluarga dan rumah yang tidak berpersiapan apa-apa dek kerana masalah kewangan yang kronik, si bapa mula mencari tangga-tangga yang ada untuk mendaki semula gunung kekayaan.

Setelah sunyi dari masyarakat dek kebangsatan hidupnya, nama si bapa mula dikenali semula pada tahun 2006. Tetapi bukan di bidang suara. Tetapi di bidang Multi-Level-Marketing atau dengan kata sedapnya, MLM.

Nama si bapa di jaja di merata-rata sebagai tokoh berjaya dalam sebuah syarikat MLM yang berjaya mencedok jutaan ringgit wang orang ramai yang terpesona dengan skim tersebut.

Pada masa yang sama ketika itu, si anak perempuan ini, yang rakan sebayanya masih berbaju sekolah kain turqoise,menghisap rokok di belakang tembok selepas waktu sekolah, telah dikerah merakam album. Boleh tahan. Suaranya sedap. Kemudian anaknya bukan sahaja disokong, malah ditopang dengan tiang letrik hat yang batu tu untuk mencari peluang semerata mungkin sampailah anaknya memasuki pertandingan nyanyian Satu Dalam Sejuta. Selepas itu, kembang ayu ini semakin mewangi. Tetapi panas tidak berpanjangan. Bayangkan awan yang sedang bergerak laju. Lalu mendung.

Kebersamaan mereka tiba-tiba dimandrem oleh seorang yang seperti munculnya di persada seni lakon ibarat hanya untuk diperkatakan hubungannya dengan si penyanyi yang empunya cerita ni.

Susuknya dalam lakonan dan kehidupannya di alam maya disynchronizekan. Hasilnya, dia lupa bahawa masyarakat tidak boleh menerima sama sekali corak kebiadapan yang berelemen kebinatangan. Kecaman demi kecaman dilempar kepada si biadap di Twitter, Facebook, Myspace, Tagged, Faceparty dan E-Kawan.. Si biadap terpinga-pinga. Biadap sangat ke tu? Kata dia. Mungkin juga. Siapa sangka?

Babak mengerikan kemudian muncul lagi. Krisis anak beranak memuncak. Si anak gayanya telah benci bau ayahnya yang selalu tercium jika dia ke mana-mana. Si anak berkeras dengan berunjuk rasa bahawasanya dia mencintai si biadap. Si biadap tak salah. Si biadap cuma berkomunikasi cara moden katakau. Jika itu dinilai biadap, maafkanlah. Mungkin juga. Siapa sangka?

Si anak melarikan diri sejauh 400km. Sebab ditemui di Kemaman selepas seminggu. Si anak dedikasikan video untuk balaknya dan ayahnya yang diluah mati bapak, ditelan pun mati bapak. Mak ok je. Mak dia lah.

Sedu sedan syahdu syahdan. Jelas kelihatan keterlanjuran seorang gadis sunti berusia 22 tahun (kalau zaman dulu dah 5 anak).  Bukan keterlanjurannya melarikan diri. Tetapi keterlanjurannya memanfaatkan Youtube. 

Pemirsa. Persoalannya, ini semua apa-apaan? Mau nyanyi ya nyanyi. Mau main sinetron ya coba kalo bisa.
Toh nyanyi pake gabung sinetron disebar lewat Youtube, yang sudah tentu ditonton gratis lewat internet. Internet telah merobah wacana informasi itu sampe pada dibikin gratis. Ga kek jadul pake koran, majalah segala yang butuh duit untuk dibaca. Terus? Gimana? Mau belok kiri apa kanan? Terus!

TETAPI! Adakah ini hanyalah gimik album terbaru? Atau mungkin saja filem terbaru? Terbitan si bapak yang bijaksana sini situ?  Filem apa? Break One Thousand ?


Boleh jawab macamtu? Maka, jangan menyibuk untuk sogok khalayak dengan kisah tak diundang ini.

Pembaca sekalian, apa harus dikatakan lagi. Antara permata dan kaca.......... lupa lah lirik lagu KRU tu. Jika kita tidak suka kisah mereka, kita gelengkanlah saja kepala. Suruh geleng, geleng. Kita tidak wajar beremosi menanggapi hal yang dalam kain walaupun empunya kain sendiri yang selak luas-luas. Kerana kita tidak mahu suatu hari nanti, kain kita pulak dibukak luas-luas. Kalau orang lain bukak kan boleh jugak masuk mahkamah tangguh 66 kali. Kalau dibukak diri sendiri tanpa disedari? Mandi.

Nah hidangan hari ini. Si anak, penyanyi tersohor di sepertujuh dunia. Kau kira la China penduduk banyak mana, dan lagu hits pertamanya ketika pelancaran album tersebut di Hotel Pan Pacific di tahun 2005  :


 

.
.
video copyright myartis 2004-2008
.



Wednesday, February 13, 2013

MESTI BACA : SEJARAH HARI VALENTINE


Hari St. Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine mula dijadikan cuti umum setiap 14 Februari untuk memperingati dua paderi besar Kristian yang 'mati syahid' bernama St. Valentine yang dihukum mati oleh Maharaja Rom Claudius II pada tahun 269.

Hari Peringatan St. Valentine dimulakan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 , tetapi digugurkan dari cuti umum dalam Kalendar Saint Roman Katolik pada tahun 1969 oleh Pope Paul VI mungkin kerana elemen sambutan yang sudah lari dari tujuan asal.

Hari yang dikenang sebagai pengorbanan demi agama telah menjadi lambang cinta sesama manusia. Kemerapuan ini dikatakan bermula sejak sajak pertama tulisan Geoffrey Chaucer pada perkahwinan Raja Richard dan Anne of Bohemia pada tahun 1381 dan menjadi popular selepas sebuah institusi kehakiman yang menguruskan jenayah kekerasan terhadap wanita di Paris mengadakan ritual kasih sayang pada 14.02.1400.

Ia kemudian terus dipopularkan oleh William Shakespeare menerusi naskah Hamlet. Bagi penganut kristian Ortodoks, Hari St. Valentine bukanlah hari berkasih sayang melainkan hari mengenang pengorbanan Saint Valentino untuk agama Kristian itu sendiri.

Oleh kerana penganut Kristian negara ini menganuti Kristian dari dakwah gerakan Evangelicalisme yang bermula 280 tahun lalu, Hari St. Valentine tidak lebih dari hari memperingati kekasih yang telah dimulakan 600 tahun yang lalu dan tidak untuk memperingati St. Valentino yang 'mati syahid', 1700 tahun lalu.

Perlu diingat bahawa Rasulullah SAW dilahirkan pada tahun 571. maka St. Valentino adalah pembawa syiar agama Allah pada masa itu kerana ajaran tauhid dari Nabi Isa melalui Injil masih belum ditakrifkan sebagai ditamatkan oleh himpunan kitab terdahulu yang diperlengkapkan oleh Al Quran kitab akhir zaman yang diturunkan kepada Nabi Muhammad pada tahun 611.

Polemik yang timbul masa ini ialah soal akidah umat Islam yang menyambut Hari Kekasih ini. Soal akidah, bukanlah bermula di internet melainkan bermula dari ibu bapa dan pendidik sendiri.

Menurut Islam, meraikan perayaan agama lain melalui ritual-ritualnya telah dilihat sebagai gugur akidah. Seperti sekiranya seorang Kristian yang mengangkat kavadi di hari Thaipusam. Pastilah akidah Kristiannya dipersoal oleh pihak gereja. Tidak dapat tidak, merayakan Hari Valentine sebagai Hari Kekasih tidak lebih dari mengikuti langkah menggolongkan diri dikalangan Kristian hasil Evangelisme.

Pun begitu, ini bukanlah lesen besar untuk kita menyebarkan tanpa rasa sensitif tentang haramnya menyambut Hari Valentine ini. Barat mencipta Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, mengikut kesesuaian waktu.

Namun oleh kerana sejarah Hari Kekasih bermula sejak 600 tahun dahulu bertarikh 14 Februari, maka mereka mengekalkan bukan sahaja tarikh tersebut malah nama sambutan hari tersebut, Hari St. Valentine.

Jika banyak negara memilih untuk mengadakan Hari Ibu berbeza-beza tarikhnya, contohnya Indonesia menyambutnya pada 22 Disember, mengapa kita tidak mampu mengadakan sambutan Hari Kasih Sayang pada tarikh yang lain?

Kedua-dua pihak, baik Kristian mahupun Muslim di negara ini seharusnya berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang saling mengguris perasaan pihak yang lain berhubung perayaan agama masing-masing, kerana banyak perkara sebenarnya tidak terkandung dalam pemikiran itu lagi. Lagi pula ketahuilah bahawa Kerana Allah Lebih Mengetahui.

Cukuplah untuk Kristian merayakan perayaan mereka sendiri tanpa gangguan dan Muslim pula merayakan perayaan mereka sendiri tanpa gangguan.

Sekian untuk makluman.

Keironian Hari Ini - Bos Masuk ICU

Ironi sekali. Ketika dalam bas Plusliner menghala ke Putrajaya habis cuti Raya Cina hat baru-baru ni, aku pun layan Twitter kat telefon yang dijimat-jimatkan bateri. Nama pun Blackberry. Tweet aku kira-kira 10.50 malam yang menjelaskan kelegaan aku setelah 4 jam menempuh perjalanan Ipoh - Putrajaya dengan highway sangkut-sangkut, dibalas si kawan seperti di bawah :


Apa kelebihannya diblog print screen di atas? Ia sebenarnya, ada, pada, print screen di bawah pula.  Setibanya aku di rumah menaiki bas 104 + 601 yang membawa aku sorang je ke Presint 5, aku pun on la Unifi. Terus on laptop dan mengkelebet Facebook. Alangkah terkejutnya bila membaca status bini bos aku. Aku rasa bersalah. Tapi... salah bukan milik kita..

Walaupun aku kadang-kadang bengang dengan bos aku. Terutamanya isu-isu penilaian markah yang tak patut aku sebutkan di sini, aku sebenarnya sayang kat orang tua ni. Aku respek dia sebagai bos dan kadang-kadang aku buat macam kawan, malah bapak di tempat kerja. Si isteri pulak, kawan aku. Maka, bersamalah kita berdoa agar bos aku kembali sihat dan bertugas seperti sedia kala.