Thursday, May 31, 2012

'Bath Salts' Dadah Sintetik Baru Paling Merbahaya

" Eh, comelnya budak ni. Rasa macam nak gigit je pipi dia. " Itu kot yang biasa kita dengar. Tapi kalau camni, camne lah pulak? " Eh, comelnya orang tua ni. Rasa nak kunyah je muka dia. "

Agaknya itulah yang difikirkan oleh Rudy Eugene yang ditembak mati di Miami seminggu lepas selepas didapati sedang dalam keadaan berbogel, mengunyah muka seorang gelandangan bernama Ronald Poppo di tepi sebatang lebuhraya yang sibuk di tengah hari rembang.

Rudy Eugene akhirnya ditembak mati oleh polis ketika sedang menikmati muka Poppo, sementara muka Poppo telah lunyai dan hilang 80% daging akibat di baham Eugene.

Poppo kini sedang bertarung nyawa di hospital dan doktor berusaha membentuk semula wajahnya dan keadaannya dilaporkan kembali stabil selepas tenat minggu lalu.

Eugene dikatakan sedang di bawah pengaruh 'Bath Salts' sejenis dadah sintetik terbaru yang membuatkan penggunanya berimaginasi luar kawalan, berbogel dan menyerang mangsa-mangsa dengan agresif seperti pemangsa kelaparan.

Rudy Eugene

 Ronald Poppo

Selepas Eugene ditembak mati


Muka Poppo yang hancur dimamah Eugene