Saturday, June 15, 2013

Tabiat Belanja Kawan Makan

Membelanja kawan-kawan makan adalah budaya entah mana datang yang telah kita amalkan bagi meraikan gaji pertama. Banyak gaji, besarlah makan. Seperti contoh kawan aku sorang yang membelanja kami makan bukak puasa dulu dengan hidangan di bawah :

Masya Allah. Banyaknya.

 Alhamdulillah..rezeki..

Puyuh... makanan sorga !

Tapi sayang, bila sudah berhenti kerja, tak guna menyesal andai kawan-kawan tak dapat pinjamkan duit. Makan bukan paksaan. Jangan diungkit ya.

Oh ya, hidangan untuk 5 orang di atas berharga RM90 sahaja di :

Maya de Cafe
17 Lengkok Perpaduan
Taman Perpaduan
Ipoh

*wifi rosak*


Friday, June 14, 2013

Kartun Kelantan : Wokyoh , Samad , Said

Kadang-kadang, aku suka tengok kartun Kelantan. Said, Wok Yoh dan Samad. Tergelak lak lak lah bila tengok-tengok bahasa dia uncensor. Tapi bukan bahasa Kelantan. Bahasa apek Cina dalam sketsa ni. Sama ada produser tak sedar atau memang sedar, si apek mencarut 'kanina' bermaksud 'Fuck Your Mum' dalam bahasa Hokkien pada 2:38.


  

Siang Ikan Kembung 5 Saat

(Tiru suara Kak Ton) Lihat Pak Tam potong ni. Cantik tak. Haa.. Mari nak tunjuk cara siang ikan kembung lima saat. Dengan produk Pak Tam ini, di jamin 5 saat tak kurang tak lebih yer. Memang diakui Sirim dan memang Pak Tam sangat-sangat syorkan kepada pengguna produk Pak Tam ni bla bla bla..


Tattadaaa...

Goreng pun sodap.

Thursday, June 13, 2013

Kuetiau Kicap Melayu Ipoh Di Damansara Perdana

Kuetiau Kicap merupakan makanan Cina Ipoh yang hanya sesetengah kedai Melayu yang menjualnya. Itulah the most favorite Ipoh punya cuisine yang I ever like. Mencari the sedapest Kuetiau Kicap buatan orang Melayu di merata KL ini memang agak susah tetapi saya berjaya menjumpainya di Damansara Perdana. Kedai Kopi Hata.

Kuetiau Kicap adalah pakej kuetiau bersama tauge,hirisan daun bawang yang di celur kemudian di sediakan bersama kicap adunan istimewa yang bergaul petis kari yang berkonsentrasi tinggi bersama sup campuran fishball, fishcake dan tauhu kering.

Di samping itu,cili bawang putih yang dijerukkan bersama taburan bawang kering dan lada putih melengkapkan rasanya.

Hidangan ini disertakan dengan sup campuran fishcake dan fishball yang diasingkan dari hidangan dalam pinggan bagi memberi para penikmat Kuetiau Kicap untuk memilih cara menikmatinya.

Ia boleh dimakan secara berasingan dengan sup.

Dengan hirupan minuman menyegarkan.

Atau digaul  kuetiau bersama fishcake.



Untuk menikmatinya, bolehlah ke Kedai Kopi Hata yang terletak di 3-1 Jalan PJU 8/5f, Damansara Perdana.

Wednesday, June 12, 2013

Kisah Bangla Ramas Tetek Menang PRU Blog Ini..

Kiraan undi bagi pilihanraya blog ini masih didominasi oleh KISAH BANGLA RAMAS TETEK DALAM KOMUTER yang membolot 31.67% atau 24,619 bacaan. Ini menunjukkan di ruang menaip enjin carian, perkataan tetek sangat popular saban malam.... malas nak komen. Nanti kena bash.

Kisah ramas tetek ni sebenarnya aku dah nak lupakan. Kerana aku mendapati si gadis melayu gebu putih berseluar jeans biru, berbaju ketat separa lengan dan bertudung ala Nurul Izzah itu hanya mengkoloborasikan lidah dan lelangit untuk menunjukkan protes. Mengapa tidak siku dan lutut? Adakah mereka sebenarnya sepasang kekasih? Tetapi sang kekasihnya ditampar aku. Oh tidak dot kom kot mai.

Ce bace balik. Ce baca balik..

Cap Kaki Tiga 'Diharamkan' Di Indonesia

Cap Kaki Tiga diharamkan lambangnya di Indonesia. Oh kesian. Bagaimanakah boleh jadi demikian? Ini kerana seorang warga England telah mengheret syarikat pengeluar air larutan Cap Kaki Tiga ini kerana lambang Kaki Tiga ini menyamai lambang rasmi negara jajahan Inggeris, Isle of Man.

Oh mai. Taik punya  pasal pun mau gaduh ka ane? Begitulah ayat filem klasik P Ramlee dalam Seniman Bujang Lapok. Tetapi walaupun kelihatan remeh, Cap Kaki Tiga boleh menendang tiga buntut sekaligus kerana dia ada 3 kaki.

Silap haribulan, Cap Kaki Tiga yang sama juga bakal diharamkan di Malaysia kerana masalah lambang. Untung orang gila dari England ini belum berusaha mengheret isu ini ke mahkamah Malaysia.

Rabu, 12/06/2013 01:23 WIB

Logo Cap Kaki Tiga Resmi Milik Negara Koloni Inggris

Prins David Saut - detikNews

Jakarta - Pengadilan Niaga Jakarta Pusat (PN Jakpus) telah memutuskan logo cap kaki tiga adalah milik negara koloni Inggris, Isle Of Man. Sehingga, minuman kemasan cap kaki tiga tidak bisa menggunakan logo berlambang tiga kaki itu.

Hal ini berawal dari seorang warga negara Inggris, Russel Vince, yang menggugat merek logo cap kaki tiga beserta variannya karena menyerupai lambang Isle of Man. Logo pada minuman kemasan tersebut berupa tiga kaki simetris hadap kiri, sementara Isle of Man tiga kaki simetris hadap kanan.

"Majelis hakim mengabulkan sebagian gugatan pihak penggugat setelah mempertimbangkan segala bukti dan saksi
yang ada. Dengan begitu, tergugat harus menaati hukum, yakni dengan menarik seluruh merek dan variannya," ujar majelis hakim Kasianus di PN Jakpus, Jalan Gajah Mada, Jakarta Pusat, Selasa (11/6/2013).

Kasianus menilai logo minuman kemasan cap kaki tiga milik Wen Ken Drug menyerupai logo negara Isle of Man hingga 80 persen. Secara visual logo tersebut sama.

"Tergugat memiliki itikad tidak baik dengan menggunakan logo tersebut, majelis hakim juga meminta agar Tergugat segera melaksanakan putusan ini," ujar Kasianus.

Sementara kuasa hukum Russel, Previany Annisa, tampak puas dengan keputusan majelis hakim. Ia menilai putusan tersebut sebagai bentuk keadilan dan menerima pernyataan hakim.

"Saya senang dan lega dengan putusan ini. Kami masih menunggu langkah pihak tergugat, karena mereka nampaknya melakukan kasasi atas putusan ini," ujar Previany usai sidang.

Perkiraan Previany pun ternyata benar, karena kuasa hukum Wen Ken Drug, Agus Nasrudin, tidak menerima keputusan hakim. "Kami berencana melakukan kasasi dalam 14 hari ke depan," ujar Agus.

Mabul Best Pic 2010

Sana pigi sini pigi, saya ada satu gambar juga yang saya ingat paling cantik. Itu gambar, banyak aman. Banyak hati senang tengo. Itu gambar, dia kurusi sana satu,dia belakang itu laut banyak cantik. Lagi itu laut hujung, ada gunung. Itu warna banyak cantik ayo. Itu jam kadhel ada kalu.. Banyak syok oo..


Mabul facing Sabah mainland.
Gambar-gambar semasa di Mabul :

Mabul Island, Semporna, Sabah




Tuesday, June 11, 2013

PM Thai Sembah Tiarap Depan Puteri Raja



Lihat ini gambar. Bagaimana tradisi dijaga walaupun dunia digegarkan dengan anti-feudal. PM Thailand Yingluck Shinawatra menyembah tiarap ke atas anak Raja Bumibol Adulyadev dalam satu majlis rasmi di Bangkok, Thailand.

Yingluck Shinawatra (Thaiยิ่งลักษณ์ ชินวัตรRTGS: Yinglak Chinnawat,pronounced [jîŋ.lák tɕʰīn.nā.wát]; born 21 June 1967), or nickname Pu (Thaiปู,pronounced [pūː], "crab"),[1] is a Thai businesswoman and politician, member of the Pheu Thai Party, the 28th and current Prime Minister of Thailand following the 2011 general election. Yingluck is Thailand's first female Prime Minister and at 45 is the youngest Prime Minister of Thailand in over 60 years.[2][3] 
Born in Chiang Mai Province into a wealthy family of Chinese descent,[4] Yingluck Shinawatra earned a bachelor's degree from Chiang Mai University and a master's degree from Kentucky State University, both in public administration.[5] She became an executive in the businesses founded by her elder brother, Thaksin Shinawatra, and later became the 

Walaupun Yingluck seorang Cina, bukannya asli Thai, LIHATLAH bagaimana dia sendiri akur tunduk kepada sistem beraja dan tentu sahaja berbangga dengan ketradisian tersebut? Entahler. Mungkin kerana surat khabar Cina pernah dibakar oleh kerajaan Thai pada tahun 1931. Di negara ini, sembah tiarap tidak diperlukan dalam sistem Raja-raja Melayu. Sebab itulah mereka di Malay Peninsular ini biadap agaknya ke atas sebuah ketradisian yang utuh di bumi Malay Peninsula. Dari Temasik ke Ayuthia. 

Penduduk Jalan P9C/1 Putrajaya, Mengecewakan

Selalu sangat entri marah kat Nadi Putra, kali ini entri marah pada penduduk Presint 9 atas bukit atau kawasan apartment kuarters sepanjang Jalan P9C/1.

Sebelum ini bas yang memberi khidmat di kawasan ini ialah bernombor 103. Kemudian ia digabungkan dengan bas 601 yang memberi khidmat kepada penduduk Presint 5 menjadi bas L04. Walaupun perjalanan dari rumah ke Putrajaya Sentral telah bertambah 10 minit akibat bas terpaksa memanjat bukit ke Presint 9 atas bukit ini sebelum membuat u-turn dan turun semula, itu bukan masalahnya.

Masalahnya, penduduk yang terdiri dari kakitangan awam ini sewenang-wenang meletak kenderaan sehingga jalan menjadi sempit dan melambatkan pergerakan bas.

Apalah istimewa kawasan ini sehingga bas mengakseskan laluan sehingga ke pintu lif sedangkan di Presint 5, penumpang yang turun bas basah kehujanan akibat jauhnya teduhan terhampir dari hentian bas. Susur gajah tak dibuat. Kasihan pada ibu-ibu yang membawa anak kecil!

Juga, perlukah berkhidmat di kawasan perumahan yang komunitinya mementingkan diri sendiri sehingga menyukarkan laluan pengangkutan awam. Tidak perlu untuk mengakses kawasan ini seandainya tiada kerjasama dari para penghuni!


Laluan naik turun itu.


Sempit

Meletak kereta sembarangan

Membetulkan parking sehingga bas terpaksa berhenti.

Takde parking? Bohong!



Monday, June 10, 2013

Antara Now You See Me dan After Earth

Blog ini tak pernah buat review filem. Tebiat kah. Tapi penting untuk blog ini bercerita tentang dua filem bertempoh tayang serentak ini.

Jun ini saya pergi  menonton 2 filem di panggung wayang. Satunya yang tajuk gempak cerita hampeh dan satu lagi tajuk hampeh cerita gempak.

NOW YOU SEE ME

Filem ni aku baca komen-komen di Twitter seperti bagus. Lalu aku pun pergi menonton di Alamanda Putrajaya 7 Jun lepas. Filem ini tidak perlu aksi spektakular melainkan mengajak penonton memikirkan pola penceritaannya. Babak demi babak dirungkai sehingga penonton tidak mendapat jawapan melainkan pada 10 minit terakhir filem berdurasi 1 jam 55 minit ini. Kesan dari itu, penonton terus berfikir sebab demi sebab walaupun sesudah tamat wayang. 

Filem mengisahkan seorang penyiasat FBI yang ditugaskan mematahkan penipuan demi penipuan oleh empat orang pesilap mata The Horsemen yang telah 'mencuri' jutaan dollar dari sebuah bank, seorang usahawan dan sebuah lori kebal membawa wang tanpa mengambil wang tersebut. Seorang pesilap mata ternama membantu penyiasat ini dengan kesombongannya dalam mencari kemungkinan wujudnya ahli The Horsemen ke lima. Akhirnya setelah misi 'tiga rompakan' itu selesai, The Horsemen kelima diketahui adalah penyiasat FBI tersebut yang merupakan mastermind The Horsemen. Mengapakah dan bagaimanakah ianya berlaku? Tontonlah sendiri. Tiketnya tak mahal.

Bintang : 4.5/5


AFTER EARTH

Sempat menjadi trending di Twitter, After Earth memanggil saya untuk menonton jalan ceritanya di pawagam. Sekali lagi saya ke Alamanada Putrajaya pada 9 Jun untuk menyaksikan filem yang mendengar tajuknya pastilah terasa kehebatan sains fiksyen filem tersebut bakal mengundang degup jantung bersulam plot dramatis yang terselit. Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini walaubagaimanapun mengecewakan dengan plot anak beranak syok sendiri disamping kelemahan logika dalam penceritaan.

Filem mengisahkan seorang komander tentera manusia dan anaknya dari planet baru hunian manusia Nova Prime yang terpaksa mendarat di bumi yang dikategorikan tidak selamat lagi oleh badan pentadbir cakrawala. Survival komander tersebut yang patah kaki memerhatikan anaknya yang mencari alat bantuan yang terpisah 100km dengan gajet-gajet masa depan yang merapu meraban dapat ditafsirkan pengakhirannya pada minit awal mereka jatuh ke bumi lagi. Filem begini saya tidak suka. Akhirnya anaknya berjaya mendapat memancarkan alat bantuan itu dari puncak gunung berapi yang sedang meletus (tentulah bersulfur tinggi) padahal anaknya tidak mampu untuk hidup tanpa bantuan cairan khas bagi membolehkan paru-parunya menyesuaikan diri dengan ketumpatan udara bumi. Gagal.

Bintang : 2/5

RapidKL U43 Putrajaya - Bandar Utama

Perjalanan bas RapidKL tanpa melalui KL paling gelemer ialah U43 dari Putrajaya ke Bandar Utama. Laluan berjarak 40.3 km sehala ini mengenakan tambang maksimum RM3.00.  Ia menghubungkan tiga pusat membeli belah iaitu IOI Mall di Puchong, Paradigm Mall di Kelana Jaya dan OU di Bandar Utama.



Untuk hari Ahad bagi perjalanan bertolak 3:50 petang..

Akan tiba di Putrajaya pada waktu ini..

Putrajaya Pamer Raja Permaisuri Agong Bertudung

Tahniah untuk  Putrajaya kerana menaikkan potret YDP Agong berpasangan dengan potret terkini Raja Permaisuri Agong yang telah bertudung. Namun, di pejabat-pejabat kerajaan, banyak yang masih memaparkan potret lama Raja Permaisuri Agong yang tidak bertudung. Bekalan baru ini nampaknya belum tiba.



Sunday, June 9, 2013

The Sedapest Kuetiau Kicap in Klang Valley

Kuetiau Kicap merupakan makanan Cina Ipoh yang hanya sesetengah kedai Melayu yang menjualnya. Itulah the most favorite Ipoh punya cuisine yang I ever like. Melayu tak guna. Bahasa bercampur aduk. Mencari the sedapest Kuetiau Kicap buatan orang Melayu di merata KL ini memang agak susah tetapi aku berjaya menjumpainya di Damansara Perdana. Kedai Kopi Hata.

Kuetiau Kicap adalah pakej kuetiau bersama tauge,hirisan daun bawang yang di celur kemudian di sediakan bersama kicap adunan istimewa yang bergaul petis kari yang berkonsentrasi tinggi bersama sup campuran fishball, fishcake dan tauhu kering.

Di samping itu,cili bawang putih yang dijerukkan bersama taburan bawang kering dan lada putih melengkapkan rasanya.

Hidangan ini disertakan dengan sup campuran fishcake dan fishball yang diasingkan dari hidangan dalam pinggan bagi memberi para penikmat Kuetiau Kicap untuk memilih cara menikmatinya.

Ia boleh dimakan secara berasingan dengan sup.

Dengan hirupan minuman menyegarkan.

Atau digaul  kuetiau bersama fishcake.



Untuk menikmatinya, bolehlah ke Kedai Kopi Hata yang terletak di 3-1 Jalan PJU 8/5f, Damansara Perdana.