Friday, June 7, 2013

Diskaun 55% Tambang ERL KL Sentral Ke KLIA Setiap Hari !




Tips lagi! Kali ini bagi penumpang ERL dari KL Sentral ke KLIA dan sebaliknya. Berapakah tambang perjalanan sehala anda? Ya. RM35.00. 

Tahukah anda, dengan hanya melambatkan perjalanan anda selama 30 minit,  atau 20 minit di waktu puncak, anda mampu berjimat sebanyak RM19.30 ! Itu diskaun 55.14% ! Hebat bukan? Caranya?

Jangan naik KLIA Ekspres! Naiklah KLIA Transit tujuan ke Putrajaya. Tambangnya cuma RM9.50 sahaja. Kemudian, keluarlah dari stesen, tuju ke kaunter, dan belilah tiket KLIA Transit ke KLIA yang bernilai RM6.20! 

Dengan menunggu tren berikutnya yang dijadualkan setiap 30 minit, atau setiap 20 minit ketika waktu puncak, anda telah berjimat sebanyak RM19.30 !

Dengan kata lain, sekiranya anda mahu mengisi masa 30 minit itu tanpa sia-sia saja, kita jalin cinta, merepek pula, dipersilakan ke restoran Lengkuas yang terletak di hujung sebelah barat Putrajaya Sentral itu. 

Dengan RM19.30 yang anda jimatkan, anda mampu memakan 3 pinggan nasi berlauk dengan Teh O Ais ! Atau 4 mangkuk soto ayam. Atau amendesajelah yang setara nilainya.

Jadi, jika anda ingin ke KLIA, keluar awal, dan jimatkan wang anda. 

Teknik ini juga terpakai untuk anda yang berperjalanan KLIA ke KL Sentral. Selamat  berjimak berjimat!

KT_fare_451x296

Thursday, June 6, 2013

Persimpangan Jambatan Pulau Pinang II Dalam Pembinaan Runtuh!

Ya Allah. Homaigad. Rasuk beruas dalam pembinaan untuk persimpangan Jambatan Pulau Pinang II di Batu Maung runtuh dan menimpa kenderaan lalu lalang. Mengapa ia terjadi? Apakah ia tidak sudi menginfrastruktur di pulau seribu tokong itu? Opss. Dan bagaimanakah hanya scaffolding yang digunakan untuk mengampu rasuk sebesar itu? Pengsan. Dipetik dari blog  Mat Kilau Penang :







Ipoh - KLIA RM42.00? Jadikan Ia RM29.40 !


KLIA boleh dikatakan juga sebagai Ipoh International Airport memandangkan Lapangan Terbang Ipoh non-hado lagi pesawat yang teringin nak mendarat. Maka, perkhidmatan bas shuttle pun bertalu-talu menyediakan khidmat Ipoh ke KLIA mahupun LCCT dengan tambang RM42.00! Mahnakmam bukan?

Jadi, untuk tips mur mur punya tambang, ikuti langkah ini :

1. Naik bas Plusliner Ipoh - Putrajaya yang bertolak setiap pukul 5.00 pagi, 9.30 pagi, 2.00 petang dan 6.00 petang yang bertolak dari Terminal Amanjaya (Amatnoya yer, sebab jauh nakmam). Jangan risau, bas ini keluar highway di Tambun untuk mengambil penumpang di hadapan pejabat Plusliner di Gunung Rapat (Sederet OTWC dan KFC) sebelum masuk highway balik di Simpang Pulai. Tambangnya RM 22.90 
2. Bas ini akan tiba di Putrajaya Sentral pada setiap pukul 7.45 pagi, 12.30 tengah hari, 5.00 petang dan 9.30 malam. Menapaklah ke stesen ERL di yang terletak bawah satu bumbung Putrajaya Sentral itu.  
3. Ambil KLIA Transit untuk sama ada ke LCCT (dengan sambungan bas feeder - yang termasuk harga tambang - di Salak Tinggi) atau terus ke KLIA yang bersesuaian dengan ketibaan. Sama ada 8.04 pagi, 12.50 tengah hari,  5.49 petang dan 9.50 malam. Masa perjalanan ke LCCT (termasuk perjalanan dengan feeder bus) ialah 29 minit manakala perjalanan ke KLIA ialah 18 minit. Kalau terlepas, kau tunggulah setengah jam berikutnya. Tambangnya ke LCCT atau KLIA adalah RM6.50. 
4. Cuba adik-adik campurkan harganya. RM22.90 + RM6.50 . Berapakah jawapannya? Pandai. RM29.40! Bukankah adik-adik telah berjaya jimat RM12.60 ? 

Untuk perjalanan dari KLIA / LCCT ke Ipoh, sukacitara lari laju dimaklumkan, bas Plusliner dari Putrajaya ke Ipoh bertolak setiap jam 9.30 pagi, 1.30 petang, 6.30 petang dan 10.00 malam. Kenal pasti waktu anda. Kalau tidak, heretlah beg ke KL Sentral.

Apa? Lambat? Sesuai la dengan harga! Amboimak lah kau ni.

Begitulah yer tips Pak Tam untuk hari ini. Tips untuk Pak Tam mane? Bak sini. Bak sini!

Tuesday, June 4, 2013

Mari Memasak Di Malam Hari : Megi Goreng Gajah Lapar


Kelaparinaan yang mencengkam saban malam tatkala aku  tidak mempunyai pilihan untuk membeli makanan kerana Cafe Rekiah yang now you see open, now it close itu, sentiasa membuatkan kreativiti aku untuk menting-tang-ting-tang-Alexander di dapur membuak-buak. 

Namun, untuk kebersihan dapur yang maksima, aktiviti memasak harus ler diminimakan yer sedara sedari. Pun begitu, sesi malam tadi menyaksikan kelaparinaan yang menjadi-jadi memaksa aku untuk masak. Masa apa ye? Kita masak megi goreng 2 kampit makan sorang. Atau nama komersilnya MEGI GORENGGAJAH LAPAR. Bahan-bahannya :

2 kampit megi
1 bungkus perisa megi itu
4 ulas bawang putih
1 per 4 biji bawang besor
5 biji cabai burung
1 genggam taugeh
1 sudu serbuk lada jenama Baba's (iklan berbayar)
2 biji telur
3 biji limau kasturi
2 sudu teh cili sos.. kau sudu teh isi sos ..
3 sudu kicap manis
1 cubit garam
1 cubit gula

Cara mengerjakannya:

Jerang air panas sampai mendidih. Tutup api, rendamkan 2 bungkus megi hingga kembang lite-lite kemudian toskan.

Tumiskan hirisan bawang merah,bawang besar dan cabai burung sehingga aroma menusuk hidung tetangga, kemudian pecahkan dua biji telur ke dalam kuali itu. Nak pecahkan ke dalam sinki pun tak pe, hak anda.  Kemudian pastikan telur itu tergoreng sepenuhnya sebelum anda humbankan serbuk lada, perahan dua biji limau, kicap manis, perencah megi, cili sos, garam dan gula dan tambahkan suku gelas air. Lunyaikan telur anda telur dalam kuali anda bersama kesemua ingredient tersebut sehingga hampir kering. Humbankan megi yang ditoskan tadi dan gaulkan rata selama 2 minit. Sebelum kuali berkerak, campakkan segenggam taugeh ke dalam kuali dan gaulkan hingga kuali berkerak. Tat tadaa.. Siap..  Oh ya, jangan lupa belah limau sebiji lagi untuk buat hiasan sajer. Ko kenapa nak masam-masam. Ko mengandung?

Awas. Teknik memasak di atas jika salah cara, boleh mengembangkan tekak anda bagai Terowong Menora adanya jua.
Hasilnyahh! Ini portion GAJAH namanya. Sesuai untuk mereka yang kebuluranuddin sahaja.

Tutup 1 Blog , Kini Tinggal 1 Blog

Secara rasminya, aku menamatkan operasi blog politik aku yang berusia 66 bulan dengan 2050 posting dan 1,048,937 paparan halaman sehingga jam 1:55 PM tadi.

Ini kerana segalanya didirikan atas perjuangan bagi memastikan BN hilang dua pertiga pada PRU 2008 dan UMNO kekal memerintah selepas PRU 2013 telah mencapai matlamatnya.

Dua keazaman yang saling bertentangan itu menunjukkan bagaimana iklim politik negara ini pada waktu itu dan pada waktu ini.

Sehubungan itu, aku pun tak nak tahu lagi seandainya prestasi UMNO tidak dapat dikekalkan untuk PRU selanjutnya.

Aku mengekalkan 'anonymity' blog tersebut sepanjang 66 bulan ia beroperasi kecuali bagi mereka yang rapat dengan aku. Kini aku melepaskan beban itu beransur-ansur 'and let it vanish in the thin air'.

Lebih baik aku tumpukan bagaimana untuk meningkatkan prestasi kerjaya aku dan hidup aku.

Sebagai penulis blog sukarela, inilah kelebihan yang aku ada. Aku tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk terus mengeluarkan kata-kata.

Justeru, aku menumpukan kembali perhatian aku kepada blog peribadi ini.

Adakalanya sesuatu rahsia akan kekal dalam kerahsiaan selama-lamanya.




Monday, June 3, 2013

Pak Tam Stock Exchange Jatuh Merudum - Perdagangan Digantung - Bursa Ditutup

Empat tahun mempertahankan ego. Empat tahun berbangga dengan kemandirian kesoloan dan ke'single'an dalam hidup, akhirnya tembok itu runtuh pada 11 April. 

Namun perkembangan perasaan yang seharusnya dalam bentuk bilateral itu berubah dari progresif kepada retrogresif, daripada penuh harapan kepada Harapan Rakyat kalari payat.

Tiba pada satu titik, segala keterujaan mati. Padam bagaikan lilin ditiup angin. Gelap dan berbau sisa pembakaran. Natijah dari sebuah filosofi. Jika perkenalan itu tidak menemui titik temu, maka akhirnya ia akan dibawa untuk bertemu titik jemu.

Jemu dalam mentafsir apa sebab musabab kedinginan, jemu menunggu penjelasan sahihnya kesalingkongsian rasa, jemu menunggu hitungan kata cinta yang berperasaan sama.

Perasaan dua insan dibina dari kesalinghamburan rasa jiwa yang serupa. Jika tidak, pencarian titik temu hanya akan menemukan titik jemu.

Segala rasa sayang, rindu dan gejolak rasa ingin mempunyai insan disayangi dan dapat menyayangi serta manifestasi-manifestasi berkaitan hal ini telah dinilai diletakkan pada satu taraf yang sangat-sangat rendah.

Tembok telah keegoan diruntuhkan,  dilenyek, dikisar menjadi debu dan ditabur ke laut dalam - dalam tanpa sedar. 

Tetapi jika hasilnya meriah, tentulah perasaan  dibiar dalam gelap dan terkontang kanting penuh pertanyaan itu tidak pernah hadir bagi merosakkan rasa bangga ke atas apa yang dapat diperoleh dari sebuah perasaan itu.

Seks bukan sesekali menjadi sebab. Bukan sesekali. Tetapi sebab terpenting ialah runtuhnya nilai sebuah perasaan kebanggaan yang sekian lama dipertahankan tanpa impak yang wajar.

Semuanya tidak semudah yang dibaca, tidak sesukar hati ini membuat keputusan. Tidak semurah air hikmat manifestasi rasa yang mengambil kesempatan untuk menikmati potongan harga sebuah perasaan dan jiwa untuk mengkacakan mata.

11 April tamat pada 3 Jun. Tiada lagi harapan diletakkan. Segala perasaan disimpan untuk dikambus bersama kapsul masa yang hanya akan dikorek, dihurai dan dibaca semula di masa hadapan oleh entah siapa. Atau mungkin selamanya tersimpan tidak bertemu hari kapsul masa dibuka.

Tetapi, bukankah kini segalanya melegakan? Bukankah komitmen abal-abalan itu tidak perlu lagi diandalkan? Tidak perlu lagi dihadirkan? Nilai sebuah perasaan sebenarnya tiada harga yang layak untuk dibandingkan. 

Mengapa dirumitkan sebuah persahabatan dengan farafernalia cinta mati penuh kasih sayang? Bukan semurah ini harga sebuah perasaan yang sepatutnya dipakai untuk mengisi ruang sebuah persahabatan. Bukan bukan bukan.

Salah diri ini sebenarnya kerana meletakkan harga sebuah perasaan yang diawet selama empat tahun itu setinggi-tinggi harga. Akibatnya, sesi pengambilan untung telah tiba hingga meruntuhkan segala urusniaga bursa.

Salah diri sendiri kerana menawarkan rasa selamat sehinggakan langkah-langkah menjaga keselamatan di pihak sana nampaknya diabaikan. Ibarat sebuah premis yang dilengkapi alat mencegah kebakaran paling moden dan sofistikated, anda percayakah penghuni premis itu takut kalau berlakunya kebakaran?

Bukan seterdesak ini sebenarnya sang empunya badan. Betulkan segala persepsi yang ada, teruskan menongkah arus kehidupan kembali seperti biasa sebelum rasa itu akhirnya membawa binasa.

Cukuplah 15 tahun mengenal berbagai jenis manusia. Bertindak tanpa hasutan, tanpa mulut orang ketiga itu serasa sangat kena pada penilaiannya. Masa untuk mengenal diri sendiri, kini bersambung lagi.

Tiada marah, tiada sakit, tiada benci. Semoga segalanya ke garis sediakala kembali.