Saturday, July 21, 2012

Ketuk Hempuk Ramadhan : Kenali Masakan Saya

Selamat berpuasa ye umat-umat Islam. Yang bukan Islam tapi cuba-cuba nak puasa, yakin boleh yer! Yakin boleh mengucap dua kalimah syahadah. Betul tu. Hari ini saya ingin menghidangkan mata anda dengan makanan-makanan enak yang saya mampu memasaknya, walaupun sesetengah gambar saya cedok dari masakan di kedai kawan saya. Bukan menipu tuan puan, bohong sunat namanye.

Yang ini namanya Char Koay Teow. Susah nak eja yer. Saya sebut Cekoteo sahaje. Cekoteo merupakan masakan ringkas sesuai untuk anda yang sampai rumah ketika orang nyaris berbuka yer tuan puan. Bahan asas untuk memasaknya tuan puan adalah dapur memasak dan kuali. Kalau tak ada dua tu, tak jadi yer tuan puan.

Yang ini pula ialah pulut kuning bersambal manis daging ala dengdeng tak dengdeng. Panjang nama dia kan. Mesti Surat Beranak dia polis menyumpah nak tulis nama. Cara-cara membuat masakan ini yer tuan puan, mula-mula, angkat kaki, lepas tu jalan, dan pergilah ke mana-mana pasar Ramadan yang berhampiran. Kalau penjualnya cuti, cuba esok hari.

Yang ini namanya Pasembor yer tuan puan. Mengikut sejarah yang tertulis di manuskrip Sejarah Mamak Maidin yang telah dilarikan British , pasembor datangnya dari perkataan 'asam bau' kerana penjualnya pada ketika itu, Iran Maidin , berbau masam tak mandi. Tetapi oleh kerana 'asem bau' nya sedap, maka orang ramai tetap membeli dan lama kelamaan disebut pasembor.

Ini juga favurito saya dalam menjelajah santapan yer tuan puan. Telur Dadar Masak Kicap Lee Kum Kee. Kicap Jalen pun boleh. Kicap Fatimah je tak boleh yer. Keenakan masakan ini jelas terasa memandangkan kicap telah menjadi darah daging saya sejak kecil. See the skin la.

Omak kau, inilah yang paling saya suka, Kentang Goreng Bawang Kicap. Pelik je kan nama tu. Nama tu saya cipta sendiri. Nama asal masakan ini ialah Havea Brasilinsas. Macam pokok getah pulak. Tapi dek kerana sedapnya masakan ini, orang cina memanggilnya Hidangan Dewa Kentang Melamar Puteri Bawang Bertatah Api Syurga Meragut Lalang. Bidaah betol mereka.

Yang ini pula, Sambal Telur Goreng Bertimbun Halia. Kesedapan masakan ini bermula sejak 4,800 tahun sebelum masehi ketika Firaun ke 2 secara tak sengaja bangun tidur kerana kelaparan lalu memasak apa sahaja yang ada di dapur. Orang Yahudi memanggilnya פרעה ביצים atau 'Telur Firaun' . 

Yang ini pula makanan garing yang amat saya suka. Namanya 3G . Gurame Goreng Gurih . Gurame itu berasal dari 'Talapia" dalam Bahasa Indonesia. Ditambah pula dengan gorengan kacang panjang berkicap yang beraroma irama, makanan popular Indonesia ini memang berasal dari sana. Bukan kita punya. Saya tak mau nanti ada hashtag di twitter #GurameGorengGurihPunyaIndonesia dan #MalaysiaMiskinMakanan . Sedangkan kau juga yang ke sini cari makan.

Baiklah, sekian sahaja ujian bulan puasa buat hari ini. Selepas menjamu mata anda dengan makanan-makanan, jamu lah ia dengan ais kacang pula. Selamat berpuasa!


Friday, July 20, 2012

Ketuk Hempuk Ramadhan : Pajeri Nenas


Tahukah anda bahawa lauk paling sedap walaupun hanya dua jenis bagi saya ialah pajeri nenas dan ikan masin. Peregeheh!!!!

Jadi mehlah aku syerkan cara-cara menyediakan pajeri nenas untuk korang try buat satu. Bahan-bahannya ialah : 

1 biji nenas 
2 peket kecik rempah kari daging 
2 peket kecik kerisik 
1 peket kecik bunga lawang 
4 sudu gula (kalau nenas tawar, ikut la berapa sudu ko suka) 
¼ sudu garam 
1 genggam udang kering 

Cara Memasak : 

Masukkan semua bahan itu dalam periuk, isi air sampai semuanya tenggelam, letak atas dapur, nyalakan api, kacau setiap 10 minit, selepas 4 kali kacau.. tada.. sedia untuk dihidangkan. Selamat bereksperimen di dapur. Jumpa lagi. Babai. Bai. Bai.. ape ni bai..







Happy Ramadhan 1433

This is my first English posting here in this blog.. and perhaps, anywhere, recently.  Ramadhan is around the corner. We oftenly taught by our learned elders that inherit us with the Malay tradition of welcoming Ramadhan is a mere embraceable culture. 

But wise enough, their culture last too short just until the social media became the worldwide acceptance instrument.

Well, I never wish to spend more key striking seconds to describe further on customs and religion as through the history that has no beginning.

Take a look on modern smartphone age of Ramadhan than sometimes became an irony view that I ever witnessed. 



Even that is a mere co-incidence, but faith of everyone is now are open for public debate. Shall we debate on what we think it is good for others but not us?

OK, that first tweet above came from a non-Muslim that was not exposed to the real concept of respect. But another irony from him was first came out few days before.


But seems everyone in a mood of welcoming Ramadhan, let gone be bygone. But this is a classic example of how racism is slurred against another just to cover own super duper latent racist attitude towards the other.