Saturday, June 23, 2012

Senarai Penerima Gelaran Datuk Untuk hari Keputeraan Pak Tam Ke 34

Berikut adalah penerima darjah kebesaran sempena hari keputeraan saya ke 34 pada hari ini, Sabtu 23 Jun 2012. Darjah Jasa Mulia Cemerlang (DJMC) ini atau dengan nama lain Dulu Jahat Macam Celaka bakal membawa gelaran Datuk. 

Gelaran ini hanya diiktiraf oleh saya sahaja. Hahaha. Dan setiap kali berjumpa atau bertwitter atau berFB, saya akan menggelarkan penerima ini dengan panggilan Datuk.

Nama-nama penerima adalah seperti berikut :


1. Mohd Khairul Idlan Bobo dari Klang atas pencapaiannya dalam bidang keusahawanan dan jasanya dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Beliau telah berjaya melakukan reformasi diri dengan cemerlang dan wajar dijadikan contoh oleh generasi muda. 
2. Munir Wahab dari Ampang atas pencapaiannya dalam bidang kerohanian dan keagamaan. Beliau telah mengusahakan anjakan paradigma ke atas dirinya sendiri dan berusaha untuk memperkukuhkan imannya ke arah yang lebih baik dari dahulu. 
3. Abdul Manan Abdul Rahman dari Ipoh atas pencapaiannya dalam bidang muzik tempatan. Beliau telah memulakan kariernya dalam Bintang RTM 1985 dan kini menjadi penghibur dan penyusun muzik di Ipoh. 
4. Mohd Hasry Chor Pastrana dari Ipoh atas pencapaiannya dalam membina institusi kekeluargaan, menjadi bapa yang penyayang dan suka membantu rakan-rakan dalam kesusahan. Beliau telah berjaya mengubah personalitinya ke arah yang lebih baik walaupun dulu beliau agak shaiton.  
5. Azward Abdul Azis dari Semenyih atas pencapaiannya berhijrah dari kehuru-haraan hidup di Kuala Lumpur ke arah hidup yang lebih baik di Johor Bahru dan sentiasa menjadi penasihat kepada saabat-sahabatnya yang memerlukan nasihat.

Sekian.

Friday, June 22, 2012

Kurniaan Darjah Kebesaran Sultan Di Mata Raja Di Hati

Kau ingat kau raja? Itu adalah ayat balasan penutup kata yang selalu kita dengar. Tetapi apa salahnya untuk ingat diri ini raja? Sebab sekadar ingat sahaja. Bukanlah menakrifkan diri sebagai raja. Maka saya pun berhak untuk mengingatkan diri saya ini adalah raja. Raja kepada diri saya sendiri, nafsu sendiri, duit sendiri dan perilaku sendiri. Tak geeetoooo?

Institusi raja adalah simbol yang kita banggakan di negara ini yer saudara-saudara. Bukanlah raja itu sendiri yang ada berbagai jenis dari A sampai Z. Elok pembawaan, maka tinggilah martabatnya di mata kita. Ia menjadi simbol kedaulatan dan simbol keunikan negara Malaysia ini.

Maka dengan itu, sebagai menghargai simbol ini, saya akan memulakan kurniaan darjah kebesaran pada hari keputeraan saya untuk para rakan yang dinilai telah memberi banyak sumbangan kepada bukan saya, tetapi kepada masyarakat, agama, pendidikan, sukan, negara dan paling penting, yang selalu dinilai baik dan berjasa kepada kawan-kawan yang lain khususnya.

Pemilihan ini menekankan sifat-sifat individu yang berhijrah dari kejahatan ke arah kebaikan. Kau In

Bukan untuk mengintimidasi institusi raja yer tuan-tuan. Gelaran ini adalah sekadar mengiktiraf ketinggian seseorang itu di mata beta sekadar cuma.  Maka inilah darjah kebesaran yang bakal dikurniakan.

DJMC : Darjah Jasa Mulia Cemerlang yang membawa gelaran Datuk (5 orang)

1. ____________________________
2. ____________________________
3. ____________________________
4. ____________________________
5. ____________________________

Nama-nama tersebut akan direleasekan tepat jam 12 malam ini. Sekian.

Thursday, June 21, 2012

Saya Sue Anna Joe

Pernah dengar frasa tu? Ya.. Dalam iklan Emas Seri Pinang. For haven sake la kan, pernah ke korang terfikir yang seseorang public figure akan react pada hal remeh temeh? Contohnya Rosmah Mansor meroyan lapan hari lapan malam di Twitter sebab juta-juta manusia suka melawak menggunakan namanya, rupanya, perhiasannya dan 'anugerah' nya. Tidak bukan? Kalau semua di Twitter diambil serius, maka kita sedang dalam keadaan darurat sebab hari ini pastinya hari keempat kita sedang berperang dengan Indonesia dek akibat hashtag #MalaysiaMiskinBudaya.

Tambah pulak, tidak ler aku tahu yang Sue Anna Joe tu betul-betul wujud. Aku ingat lakonan iklan semata-mata. Kah kah kah.

Memang la salah aku pon. Sebab pakai nama tu untuk menyindir sesetengah golongan. Tapi bukanlah yang aku maksudkan penggantung DSLR ditengkuk dan berhasil gambar tak indah itu adalah dia. Dia sebagai  pemuncul di kaca TV, boleh jadi dijenakakan sebagai bahan rencah sarcasm joke ke atas orang lain semata-mata. Tetapi perkara yang tak terduga telah berlaku. Huhu. Kita saksikan...


Mujur dia dah tak reply dah lepas tu. Sebab aku tak reti macam mana nak hentikan perbualan di Twitter. Hehe. Apapun, semoga sukseslah yer Sue Anna Joe. Dah jadi public figure, buang la sifat cepat terasa tu. Hehehe. Peace yor.