Friday, February 19, 2010

Iklan Jap : Kisah KL - Penang - KL Dalam 15 Jam

Stop jap episod Krabi. Ni cerita permohonan terkejut budak opis aku yang baru je nikah 14 Feb 2010 ( aku kat Phi Phi Island, sorry ). Dia mintak aku ganti dia ke Penang. Aku ok je lah. Orang baru kahwin kan. Tak puas mendaku gunung lagi.

So aku pun tanya pemandu, kereta apa yang nak dipakai. Dia kata Waja baru jabatan tu. Oh really? OMG. I tak pernah bawak Waja. LOL. Macam aku pulak driver kan. Tak. Driver-driver yang berkhidmat dengan kami biasanya memohon bantuan kami untuk merasai sensasi pemanduan jarak jauh jika kami sudi. Waja Auto baru? Sure aku sudi.

Pukul 10.00 pagi kami gerak. Aku mengambil alih tugas pemandu kat Tol Jalan Duta. Aku singgah rumah kakak aku kat Ipoh bagi duit. Semalam aku tempah langsir untuk rumah Presint 5 aku. Lepas tu kitorang makan nasi kat Mat Jasak Ipoh, terus gi Hospital Ipoh jumpa Nazra ambok an.

Lepas tu terus masuk Highway. Kami sampai Penang 3.30 petang. Tolak masuk Ipoh, 3 jam 30 minit masa pemanduan KL Penang atas highway. Selesai kerja kami pukul 5.30 petang, kami terus ke Pantai Miami, Tanjung Bunga.

Dah sampai Penang. Yang best kereta besa ni, tak penat badan drive long distance.


Inilah dia kereta pandu uji aku harini. Hehe. Sedap. Leh beli satu.


Pantai Miami yang meragut 40 nyawa semasa tsunami 2004.

Laksa Penang kat Pantai Miami, Tanjung Bunga. 450 Baht RM4.50.

Near Chowrasta, Penang Road. Ramli sedang membeli buah pala.


Tiba-tiba, sang pemandu yang konon nak belanja kamu Laksa Penang, baru sedar wallet dia hilang. Kami buat report kat Balai Polis Patani Road, sebelum ke Penang Road beli buah pala dan kemudia keluar pulau ke Butterworth dan mula memandu pulang pada jam 8.45 malam. Sampai RNR Sungai Perak, aku dan sang pemandu malang tu, lintas ikut bawah jambatan ke RNR Sg Perak arah utara untuk mencari harapan tentang lokasi wallet dia yang hilang. Malangnya hampa.

Perjalanan diteruskan dengan saya tidur dan pemanduan diambil alih oleh sang pemandu malang. Tepat 1.15 pagi, kami sampai Putrajaya. Presint 14. Nasib baik bukan Presint 20 (kubur daa..). Ye lah, orang tensen yg drive. Redha je la.

No comments:

Post a Comment