Wednesday, January 6, 2010

Ini DBKL Tiap-tiap Hari Silap!

Haiya.. saya ha.. TIAP-TIAP hari jumpa ini macam wor.. Sana sini misti ata olang bikin silap. Ini olang, tatau mau kuna pahasa malayu putui-putui. Ini sangat memalukan loh.

Sinili suta piki sekolah, tetapi masih bikin kesilapan TIAP-TIAP hali. Ini macam hoh, misti mau kasi ingat TIAP-TIAP hali. Misti mau cakap sama ini pantalaya, itu signboard sulah salah wor.

Putui talok sana ha, "SETIAP HARI" !.. TIAP-TIAP HARI itu pahasa saya maa...

Meninjau Rumah Baru

Kemarin saya tengok rumah baru. Ye tuan puan. Rumah baru. Benanah otak dok Ampang. Cukuplah 6 tahun. Udah-udah ler tu. Moga-moga di rumah baru ni kan, saya dengan hensemnya berjaya membawa sinar yang lebih baik untuk diri saya sendiri di tahun ini. Haha. Boleh ke nih? Blom try blom tau hah!

Inilah pintu masuk rumah saya di Presint 14 tu. Nampaknya sapa balik lambat, tak dapat parking yer. Ala2 pat-pat nyer-nyer, sapa cepat dia punyer. Ko merayau ke disko, kau tidurlah memaner.

Rumahnya agak besar (ruang tamu je la..). Ruang tamu dia ni boleh letak 4 meja snuker kot.

Inilah bilik saya. Menghadap blok sana dan sana. Esok saya nak gi PS beli teropong! Hurei !

Dan meneropongi rumah satu persatu. Orang Perak sebut ngetom. Orang bandar sebut skodeng.

Dan.. er.. gayat gak lepas 3 tahun dok atas tanah.. Uwaa...

Tapi takpa.... Dari dapurnya, boleh pulak nampak bebumbung ofis. Bukankah itu satu motivasi untuk bekerja tuan puan? Atau anti klimaks?? Haha.

Saya pun bertanya kepada kawan saya empunya rumah itu.

Saya : Ku, rumah ni time gempa tu hari tak goyang kot?

Dia : Maunyer idak.. bergoyang kipeh siling tu ha..
!

Alamak! Terkenang pulak lari turun dari tingkat 15 dalam masa 60 saat 28 Mac 2005 kat Ampang!

Monday, January 4, 2010

Wanton Mee, Kedondong Asam Boi, RM4.50

Wah.. Kisah pasal makan. Adakah anda makan makanan Cina? Jika tidak, lantaklah. Saya makan! Matilar. Ayat jahat sekali.

Bukan cenggitu. Hari ini saya mau perkenalkan Wanton Mee yang boleh didapati di Vegas, Canning Garden, Ipoh. Sedap benor nama Vegas. Padahal nama dia Restoran Sin Hong Fatt.

Kedai ni mempunyai ramai pelanggan Melayu waktu petang sebab ia juga menempatkan satu dua peniaga Melayu ala-gerai di kedai tersebut.

Wanton Mee ini adalah dari gerai Cina dua beranak yang pernah dipaparkan sebelum ini dalam kisah Lok Kau Yee.

Halal atau tidak? Itu kena tanya Pegawai JAIP yang andatangan sijil halal depan cermin gerai tu.

Wanton Mee ini dihidangkan seperti gambar di atas tetapi air yang melengkapkan citarasa lepak petang di Vegas ini ialah Kedondong Asam Masin. Hou yam aa !

Kedondong Asam Masin itu berharga RM1.50 manakala Wanton Mee itu berharga RM3.00.

Sangat hebat sekali pakej yang berharga RM4.50 ini!

Dari Arkib : La Queen 10 Ogos 2007

Sempena tahun baru ini, dibawakan kenangan silam La Queen dengan video yang dirakamkan pada Jumaat 10 Ogos 2007 malam Sabtu 11 Ogos 2007 ketika DJ Ivan berada dikemuncak keriangan total dan ketika Mummy LQ masih belum terjun dari bangunan lagi. Selamat bernostalgayah!

Pak Tam Pesan, Bagitau Kawan !

On the way balik KL malam tadi, saya singgah di R&R Ulu Bernam sebab mamat yang saya bawak tu dia sangat prihatin tanpa dihargai tentang keselamatan perjalanan tersebut.

" Apa kata, kita jadikan R&R Ulu Bernam tu sebagai persinggahan rasmi kita " ujarnya apabila melihat papan tanda yang menunjukkan R&R Ulu Bernam terletak 48 km di hadapan.

Jam menunjukkan 11.15 malam. Bolehlah. Bukan apa. Sebab.. " Kamu bawak elok-elok yer. Makcik risau komer balik malam-malam roper ni. Kalo ngantuk tu bawak-bawak la minum kopi yer. Berhenti la dulu.. bla bla bla.." ujar mak kawan saya semasa saya mengambilnya di rumah dia tadi. Haih!


Inilah AgroBaazar di R&R Ulu Bernam. Kalau dari Ipoh, lokasinya sebelum kawasan food court PLUS R&R Ulu Bernam tu.


Nama kedai dia Pak Tam. Motif sama nama ngan empunya blog ini? Sama tapi tak serupa yer. Saya tak straight. Haha.

Erpp.. Sori, dah habis rupanya. Portionnya kecik sangat lah. RM3.00 pulak tuh. Teh O Panas cawan kertas ni pun RM1.30. Boleh la Pak Tam, kedai hang cantik. Tu pasai mahal sikit kot.

Tu dia.. Sedap lah pasembur Pak Tam, ni cheq nak bagitau kawan-kawan. Pak Tam nak bayaq duit advertisment kat cheq berapa? Suka-suka je suruh iklan free!

Sunday, January 3, 2010

Ahad Hari Tidurku

Tu yang posting ala-ala jurnal tak berlesen tu merupakan posting scheduled. Kenapa sih saya menjadualkan posting yang banyak pada satu-satu masa? Haha. Tak apa. Saya punya sukalah.

Ini posting yang real-time punyo.

Semalam saya telah membuang masa yang banyak dengan sahabat handai hingga pembuangan masa itu tidak mungkin akan diganti semula. Tahu pun, kan?

Oleh yang demikian, saya tertidur hingga pukul 12.30 tengahari sebelum tertidur sampai pukul 6.30 petang untuk menyaksikan hari hujan.

Lepastu, saya check radar kajicuaca. Saya difahamkan bahawa hujan sedang melanda daerah Kinta. Jadi saya menangguhkan lagi kebertolakan saya.

Cadangnya, saya nak balik KL pukul 9.00 pagi, terus ke Putrajaya untuk buat kerja sikit. Tetapi tidur di hari Ahad membawa pengertian yang lebih besar untuk kesihatan badan kita.

Mental yang kacau boleh dialami oleh meeka yang mempunyai hutang tidur yang tertunggak. Boleh? Hipotesis hantam sajalah.

Tapi betul yer. Hari Ahad dicipta untuk tidur.

Tapi yang lebih pelik, setiap jam 12.30 tengahari ahad, boleh pulak bangun. Haha. MEHLOHDI punya pasal. Haha.

Sebenarnya saya tengok Mehlohdi adalah sebab nak bagi penghormatan kat Wahid, sebab dia gigih pagi-pagi pukul 9 hari Ahad.. meninggalkan rumahnya di taman saya ini, untuk mengacarakan Mehlohdi dengan Parapozana.

Jadi tadi, saya juga dihiburkan dengan aksi Shaber dan Zarkasi yang dijemput mengejar Nas Ahmad dalam studio. Haha. Sungguh sewel mereka itu. Shaber dan Zarkashi adalah Penghulu golongan muda di kawasan saya. (Boleh camtu?)

Apapun, selamat hari Isnin esok dan sesungguhnya kita diciptakan untuk bekerja. Beramal dan menjauhi sifat yang dikhususkan untuk kita menilai baik buruk perbuatan itu terhadap diri kita. (Cemaner leh masuk topik lain ni?)

Kisah " Lok Kau Yee "

Kisah ni berlaku pada 20 Disember 2009. Haha. Sangat best dirasakan apabila sedikit pengetahuan telah merubah persepsi yang bukan kecil. Kisah ini bersangkut paut dengan anak beranak penjual mee di Vegas, Canning Garden.

Kedai Vegas di Canning Garden tu terkenal sebagi port minum petang Melayu-Melayu yang kononnya dari golongan pertengahan kat Ipoh ni. Tempat adik beradik isi kuku bagai. Tapi harus diingat saya lepas situ bukan baru sekarang. Sejak geng-geng ini bersekolah rendah adanya.

Kedai tu bukan nama Vegas. Nama cina apa ntah. Cuma belakang dia, tempat yang mula-mula menjadi kawasan lepak petang, bernama Restoran New Hollywood. New Hollywood telah cuma beroperasi waktu pagi, maka semua berpindah ke restoran belakang tu yang digelar Vegas. Tu dia. Dari California, pi Nevada.

Ceritanya gini. Masa saya sedang memilih fish cake dan foochook kegemaran untuk dimakan dengan kuah laksa. Si anak nyonya tu yang dengan gaya ah long jinjang memerhatikan saya buat pilihan.

Kemudian saya menghulurkan mangkuk berisi aneka pilihan itu dan menyebut dengan slang cina " LAK-SAA". Bila saya mengambil tempat duduk, saya kedengaran cong ceng cong ceng anak beranak itu sambil mata mereka memerhati saya. Saya dapat merasakan mereka sedang mengumpat saya.

Biadap sungguh mereka ini kerana jarak saya dan mereka kurang dari 2 meter.

Namun, ada satu perkataan yang saya tangkap. Si ibu menghulur mangkuk berisi kuah laksa kepada anaknya dan menyebut "LOK KAU YEE". Saya dapat idea. Saya terus meletakkan wang ngam-ngam RM6.20.

Bila si anak menghantar Fishcake laksa itu sambil menyebut " ENAM DUA" , saya menunjukkan wang atas meja. Si anak nyonya itu pun mengambil wang dan terus kembali ke pangkuan ibunya.

Selepas berbual dengan nada perlahan, dua beranak itu tidak lagi berbunyi-bunyi selain menumpukan perhatian kepada kerja masing-masinglah jua.

Hahaha. Itulah dia. Sedikit pengetahuan mampu menyelamatkan bumi. Bleh?

Tahun Mengenal Kerang ?

Selepas 3 tahun bergelumang dalam dunia blog, saya kini sudah tua. (Baru sedar?). Ya.. blog dapat mempercepatkan proses penuaan apabila banyak alkisah malkisah kita termaktub sebagai catatan.

Pada akhirnya, kita akan mendapati, catatan itu terlalu banyak dan seolah-olah kita telah hidup 100 tahun..( Mampu, merepek camni? )

Jadi oleh kerana pada usia *teet* tahun ini, saya mendapati ramai orang yang lebih muda dari saya beranak-pinak sehinggakan bos saya kerap memerli seperti lagu-lagu di radio ( pinjam lagu Yuna ).. Saya mengambil keputusan untuk mencuba bermesra dengan kerang.. ( best wishes from u all plss )

Kerang kerang yang perlu saya mesra-e ini adakalanya membuatkan saya bingung sama ada saya telah memilih jalan yang betul atau tidak.

Bukan bukan bukan. (ikut si Ipin).. Bukan saya kata menikmati kerang itu salah, tetapi kerang amat mempunyai toksisiti yang melampau kerana kandungan merkurinya sangat tinggi. ( Boley, pusing ayat githew)??

Disebalik fakta bahawa kerang mempunyai kandungan toksik yang melemahkan, Tuhan tidak menyuruh kita membuat benda yang diketahui tidak kita mampu yer. Ingat yer hadek-hadek, abang-abang, hakak-hakak..( err.. hakak hakak yang belum berkerang shj..)

Kalau kita rasa solat tuh berat, nescaya sebab kemalasan kita sediri jua.. Sebab DIA telah tahu limit droid-droid ciptaanNYA yer..

Kalau kita rasa darah kita 'kerang-intolerate'..( macam lactose intolerate pulak).. mungkin dengan melawan toksisiti kerang dengan plastiksiti (plasticity la..), toksisiti kerang itew akan kalah??

Sebenarnya, pada usia begini, saya benci untuk melayani anak saudara saya kerana mereka bukan anak saya.. Uwaaa....

Err.. apa kaitan makan kerang dengan beranak pinak nehhh...??

Namun.. ianya sekadar percubaan yer. Percubaan sahaja. Cubaan 1 2 3.. Ambik kau, sekali cuba 3 !!..

Bermalam Minggu Di Barroom, Ipoh

Indahnya malam hari. Tanpa muzik yang membuatkan telinga berdesing hingga esok petang, sepertinya, tak meriah malam-malam dihujung minggu. Haishh! Sampai bila mau gini ya. Sudah-sudahlah tu pak. Lo itu udah tua. Haha. Carut diri sendiri. Yay!

Malam tadi, saya dan sahabat musibat saya telah ke BARROOM di Bandar medan Ipoh. Sekali lagi yah. Sekali lagi saya dihasut untuk bermaksiatan. (Dihasut konon. In state of denial sangat tidak bagus yer)..

Opss.. Apasal aku tersnap pintu keluar ni??

Nampaknya seorang dari tetamu enggan dirakamkan gambarnya...

Begitu juga dengan yang ini. Bajet hot kah? Suam-suam kuku saja ya. Tapi tetap nak tayang separuh muka. Kenapa kah demikian?

Yang muka sampai macamtu kenapa ya. Adakah thong dan bucket ais itu telah menyukarkan hidupnya sedemikian. Yang nampak cool itu adalah 'abang besar' yang memayungi minum kami malam itu.

Jap.. yang ni siapa ha? Bajet hot. Kepala botak. Tak hensem plak tu. (Motip carut diri sendiri lebih-lebih?)