Saturday, March 19, 2011

Terlepas 'Moon Illusion of Supermoon'. Nanges!

Kecewa sungguh sebab subuh tadi, awan mendung menyelubungi kaki langit barat. Hujan sedang turun dengan lebat di Selat Melaka hingga ke Medan. Maka gagal lah aku untuk melihat 'moon illusion' terbesar. Moon illusion adalah keadaan di mana bulan yang menghampiri horizon akan kelihatan lebih besar berbanding ketika terpacak di atas kepala. Maka, jika berlaku Supermoon, moon illusion akan menjadikan bulan lebih besar lagi.

Supermoon ialah kejadian apabila orbit bulan menghampiri bumi dan kejadian Supermoon malam tadi adalah paling hampir dalam tempoh 18 tahun. Situasi yang disebut moon perigee ini berlawanan dengan moon apogee di mana bulan mengorbit pada jarak yang jauh dari bumi.

Thursday, March 17, 2011

Siapa Hassan Mutallib Yang Dihina Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah?




Siapa Hassan Mutalib? hassan mutalib ialah orang no3 dari kiri dan gambar ni diambil dari blog mamat khalid. Hassan mutalib ni ialah seorang yang sangat disegani dalam bidang animasi mahupun perfileman. kalau pernah tengok animasi pendek sang kancil dan sang buaya atau sang kancil dan sang monyet; nilah orang yang bertanggungjawab mencipta animasi itu, tidak dilupakan juga mat gelap dan silat lagenda. dia tidak mempunyai sebarang sijil perfileman atau animasi(tak tahu sekarang), tersirat dicerita kak limah ialah pandangan umum terhadap orang yang mempunyai segulung sijil lebih disanjung daripada orang yang mempunyai ilmu?

Wednesday, March 16, 2011

Bummer!

Bummer! Pagi ni aku dapat call dari sebuah syarikat penerbitan drama dan filem. Demer nak skrip yang aku canangkan kat kawan aku sorang ni.

Dan aku dapati, skrip CERUCUK, TRANSISI dan PULAU SEMBILAN, aku tak pernah simpan dalam pen-drive. Aku simpan kat mana?

Ternyata aku cuma simpan kat hard disk komputer aku yang aku dah format balik bulan 8 tahun lepas.

Meh sama-sama sepuk kepala aku. Aoooo... nanges tak berlagu...

Tuesday, March 15, 2011

Bulan Punca Tsunami Jepun?


Beberapa hari lagi, bulan akan mengambang penuh. Pada saat bulan mengambang penuh ini, ia akan berada paling hampir dengan bumi. Maka ia akan kelihatan lebih besar kali ini.

Ada sumber menyebut, akibat dari kedudukan inilah air pasang besar berlaku di Pasifik dan membuatkan jisim air laut seluruh Pasifik bertambah dan memberi tekanan kepada pengembangan lantai lautan dan menggerakkan geseran di subduction zone di Parit Jepun sehingga terhadi gempa bumi dan seterusnya menghasilkan tsunami baru-baru ini.

Hal ini boleh juga berlaku di Sumatera apabila jisim air laut menumpu ke Lautan Hindi dan memberi tekanan kepada pengembangan lantai laut dan memaksa berlakunya proses subduction yang ketara di Parit Sunda.

Ianya boleh berlaku dalam masa terdekat ini, saat bulan sedang menghampiri bumi dalam apa yang disebut 'Lunar Perigee', bertentangan dengan situasi apabila bulan berada pada lokasi paling jauh dari bumi iaitu pada saat 'Lunar Apogee'.

Fenomena ini dikatakan lebih menghampiri bumi berbanding Lunar Perigee paling hampir 18 tahun lalu dengan bulan berada pada kedudukan 356,700 km, menghampiri bumi sebanyak 49,600 km berbanding 'Lunar Apogee' sebelumnya yang berkedudukan 406,300 km dari bumi.

Bulan akan kelihatan besar, lebih terang dan lebih memberi kesan emosi, cuaca dan bencana pada hari Sabtu ini.

Peta Tsunami Malaysia


Jangan mempersenda kejadian tsunami di Jepun. Ini kerana Malaysia masih mempunyai peluang untuk dihempas tsunami sekiranya berlaku gempa bumi lebih 6.0 pada skala Richter pada titik-titik di atas di dalam empat zon gempa yang memberi ancaman tsunami kepada negara ini.

Walaupun Pantai Timur Semenanjung selalu dihempas badai akibat tiupan monsun, tetapi kawasan ini dan pantai Sarawak mempunyai luatan cetek mengunjur hingga beratus-ratus kilometer ke tengah lautan. Secara relatifnya, kawasan ini dikira 'lindungan tsunami.

Tetapi untuk kawasan lain termasuk persisiran Pantai Barat Semenanjung, kejadian tsunami boleh berlaku jika gempa kuat berlaku di Laut Andaman.

Pulau Langkawi dan Pulau Pinang juga mendapat bentuk muka bumi dari kejadian tsunami besar beribu-ribu tahun lalu.

Perlu diketahui bahawa gempa bumi pada kedalaman minimum kerap berlaku di Laut Andaman dan Laut China Selatan.

Maka, Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Barat Sabah merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kejadian tsunami.

Pemantauan masa ke semasa boleh didapati di IRIS