Monday, April 27, 2015

Ke Saigon Pula 21 hingga 24 Mac II

Saigon menyediakan barangan berharga tetap dan tidak dimanipulasi cuma di kedai-kedai serbanekanya. Seperti air mineral botol besar berharga sekitar RM1.40 dan air botol teh hijau yang berharga kekira RM1.80.



Tetapi tidak seperti larutan kanta lekap 100 ml ini yang berharga RM17 !. Pekedai tu siap cabut harga dia membelakangi anda tanpa hiraukan anda melihatnya dan terus meletak harga dengan mulutnya. 


Hotel ini dioperasikan oleh seorang pengusaha Muslim dan tulisan ayat suci terpampang di lobinya.


Hari ketiga  kita melepaskan mereka rombongan kepada ejen untuk pergi melawat Terowong Chu Ci, kekira 90km ke barat Saigon. Panas lah. Kepala tak sedap. Sebelum keluar selepas pulih sakit kepala kekira jam 3 petang, kita pun berjalan sendirian.


Lalu pergi ke kedai makan 1Malaysia yang harganya bikin heboh 1Amerika. Nasi lemak dengan ayam rendang ushi ini berharga kira-kira RM12.00. Barang harus diingat bahawa makanan halal bagaikan makanan eksotik yang menguntungkan kalau diniagakan. Harganya ...


Kemudian kita menyusur barat laut Ben Tan menuju arah hotel hingga ke bulatan kuda, di mana letaknya kedai kopi Starbucks. Kita pun merasakan pengalaman lepak di situ.


Bila ditanyakan nama anda, pastikan sebut yang senang-senang je. Pak Tam pun boleh jadi Batan. Ko ghaser?



Diabadikan gambar bulatan kuda dan Starbucks dari seberang. Petang terakhir di Saigon. Esok mau pulang.


Makan malam yang disediakan ejen pada malam itu berlangsung di hotel. Sedap lah walaubagaimanasekalipun.




Hari terakhir mereka pun menghabiskan sisa masa untuk menambah ruang kilogram yang ada,



Kami pun dibawa berambus ke Lapagan Terbang untuk deportasi pulang.



Dan awas jangan sampai bawak dua beg masuk ke kabin. Penguatkuasaan di sini adalah ketat.


Pesawat pun dah sampai.



Mengucapkan selamat tinggal ke Saigon tepat jam 4:10 petang.


Dan terbang.


Terbang..


Dan terbang..


Tanpa menyedari, 30 minit selepas kami terbang, pesawat model serupa menjunam di Perancis akibat pilot bunuh diri dan mengorbankan 156 orang. Sedih.


Dan tepat 6;55 waktu kita, kami pun sampai.


Lalu meninggalkan KLIA2 untuk pulang,


Dengan ole ole hanya sekotak Marlboro berharga lebih kurang RM4.20. Termurah berbanding Indonesia dan Thailand. 

Ke Saigon Pula 21 hingga 24 Mac I

Pada 21 Mac 2014, kita pertama kali sampai Ho Chi Minh City atau lebih popular oleh penduduknya sebagai Saigon, kota terbesar di Vietnam. Leboh besar dari ibunegaranya Hanoi. Typo pulek. Biarkan. Misi kali ini ialah 2015, wisata gratis tapi ini bukan rasuah. Tiada kena mengena. Dan kita anti rasuah.

Penerbangan 14;45 tiba di SGN atau Than San Nhat International Airport, HCMC pada pukul 16:50. Di Vietnam, dengan GMT +7, jam berundur 1 jam. Selepas ini kita tulis waktu sana tau.


Airportnya ada tambang mahal dan tambang murah. Tambang murah setentang landasan. Jangan khuatir, ada jambatan penghubung. Lebih besar dari KLIA2 jambatan itu. 


Trip ini saya menjadi ketua kepada kumpulan 18 orang serombongan dengan pakej "fullboard" semurah USD125 seorang yang meliputi kos makan siang dan malam, penginapan dan pengangkutan semasa lawatan-lawatan. Jadi sesampainya di sana, kami di bawa oleh agen kami, syarikat pelancongan berlesen di Saigon, dengan sebuah bas mini ke tengah kota Saigon. Di atas ialah gereja buatan Perancis abad ke 19.


Ini pula pejabat pos. Menurut protokol, pusat bandar sesebuah kota ialah pejabat pos.


Ini bangunan  Dewan Bandaraya. 


Kami kemudian berjalan ke Ben Thanh, kawasan yang menjadi ritma di telinga makcik-makcik kaki shopping. Perlu diingatkan, jika ingin melintas jalan di sini, sila lihat kiri terlebih dahulu kerana lalulintas berdasarkan pemanduan sebelah kiri.


Ayuh, jalan.


Kami menyappedek malam di Restoran Hajah Basiroh, milik seorang Muslim Vietnam yang boleh berbahasa Melayu dengan agak lancar. 


Makan malam ini disediakan oleh pihak agen pelancongan di sana. Sedap oi.


Seterusnya acara melawat pasar malam Ben Tan.. Cenang kau. Payah nau ejaan demer.






Sesudah itu, kita tidur. Pakej ini meliputi penginapan yang disediakan oleh agen di sana. Untuk dari Malaysia, mereka mengadakan Muslim Tour dengan penginapan dan makanan halal.




Besoknya kami ke Delta Mekong. Besarnya sungai ini melihat kepada deltanya dengan terdapat pecahan 9 sungai Mekong memasuki laut dengan setiap satunya lebih lebar dari kuala Sungai Pahang. Orang Vietnam menyebut sungai-sungai ini dengan nama Sembilan Sungai. Bahasa dia apa awak tanya la balik. Kita dah lupa.


Trafik di Saigon.


Taman astakona di tengah kota.


Lagi gambar jalanraya.


Dan bangunan jua. Teksi terpercaya di Saigon ialah jenis Vinasun. Walaupun tertipu jua adakalanya.
Awasi kota ini kerana tersembunyi berbagai helah di sebalik keamanan dan keseronokannya.


Kawasan tumpuan lawatan orang luar ke Saigon.


Teksi Vinasun. Adalah lebih selamat jika menggunakan pihak hotel untuk memanggil teksi ini berbanding mengambil yang sedang lepak. Melambai boleh. Tapi kalau dekat sangat kekira 1 dollar Amerika, dapatlah muka pemandu yang bagai nak tampar anda tapi ku pendam jua.



Jeti untuk lawatan sungai Mekong ini terletak di My Tho, 76 km ke barat laut Saigon dan melalui lebuhraya bertol melintasi sawah padi. Gambar tak ada. Power bank belum dapat.


Ini merupakan alur terkecil di tengahnya itu pulau. Dibelakang pulau itu laluan sungainya. Sungai yang ini merupakan salah satu dari 9 sungai Mekong yang berpecah membentuk delta ini. 


Sungai Mekong ketika melalui delta ini telah mengalir sejauh 4,100 km melintasi enam negara dengan puncanya berhampiran Tibet di China.


Map ni bodoh. India dengan Bangladesh tenggelam. Tapi maklumat lain betul.



Para pelawat berseronok menaiki bot. Konfiden level para operator tidak perlukan jaket keselamatan. 



Pelancong dibawa ke tempat penternakan lebah bagi diberi merasakan madu asli. Ia diusahakan oleh seorang Islam bernama Haji Ali. 


Selain itu, pengunjung diberi rasa Royal Jelly. Sambil tu dia promosi lah. Sebotol madu berharga RM30 dan sebotol kecil Royal Jelly berharga RM50. Halwa halia disediakan selain teh cina yang diminum dengan madu dan perahan limau. Yang itu agen bayar.


Kami kemudian mudik kehilir barang 100 meter untuk ke retoran halal milik Haji Ali tadi. Di sini kami dihidangkan makan tengahari. Ejen bayar. 


Lauknya sedap lah. Kami kemudian sambung naik bot untuk ke pulau di tengah sungai itu bagi melihat industri makanan berasaskan kelapa, kemudian naik kereta kuda sejauh 1 kilometer untuk ke kampung lain melihat persembahan muzik tradisi Vietnam dan kemudian menaiki sampan menghilir sejauh 1 kilometer alur sungai yang dibentengi pepohon nipah untuk disambut oleh bot utama di pinggir muara alor tersebut dan dibawa ke darat.






Pokok padi tumbuh selamba di pinggir sungai ! Pokok pun boleh.



Kami kemudian di bawa kesebuah warehouse milik seorang pengusaha Muslim yang menjual pakaian-pakaian busana Muslim.


Telekung seperti ini RM32. Murah lagi di Jakarta.


Kami kemudian pulang ke tengah kota Saigon untuk menikmati makan malam di sebuah restoran Muslim bersebelahan Taka Plaza dan kuil Hindu 200 meter ke utara pasar Ben Tan.



Sesudah itu kami pun pulang beradu ke Sabah Saigon Hotel yang terletak 1 km di barat laut pasar Ben Tan.




Sebelum tidur, kita naik ke restoran di atas bumbung hotel itu yang terdapat mini pool. Kelas. Lalu mengabadikan suasana Saigon waktu malam.