Thursday, July 26, 2012

Fotomoto Suka Suki

 Imej pertama rumah aku sewaktu aku datang nak cuci rumah.

 Acara rasmi pau kawan-kawan setiap kali cuti raya. Lucky Ball.

 Open house raya 2011 di rumah E Ngaro Rodriguez , yang berasal dari Kuala Kangsar.

 Bertemu rakan-rakan Singapore Ramadhan 2010 di Geylang Serai.

 Santai di Lost World Hotsprings, Ipoh.

Tempat rasmi melepak, mengumpat dan memerhati orang selama 2 tahun berturut-turut. Kontrak tamat 31.12.2011 yang lalu.

 Zaman kegemilangan joget lari setempat (shuffle) di salah sebuah kelab malam. Kontrak berakhir 31.12.2011 yang lalu.

 Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh. Tetibe masuk gambar ni naper. Saja.

 Kawasan L & B (lepak dan balut) kami di Sunway City Ipoh.




Wednesday, July 25, 2012

Stesen Bas Ekspres Ipoh Mau Pindah Lagi..

Tahukah anda, anda, anda dan anda. Ramai yer. Memang ramai orang Ipoh di KL ni. Tahukah anda bahawa stesen bas ekspres Ipoh akan dipindahkan ke Meru Raya? Dengar-dengar cerita, bulan Julai. Sekarang bulan apa? Bulan Gulai? Julai lah kan? Tak jugak pindah-pindah. 

Tapi yer lah sok sek sok sek korek depan korek belakang dengan drebar bas ekspres minggu lepas, dapatlah diketahui bahawa perpindahan tu ditangguhkan atas sebab musabab yang dia sendiri tak dapat nak ceritakan. Ape dah. Faul betol. Sia-sia korek-korek.

Maka malas sungguhlah saya nak berkisah panjang sahibul hikayat bak Salatus Salafin Saladin bagai, tengok gambar bawah ni faham-faham sendiri la yek. Cuma dalam dua rajah ini, saya telah mencadangkan supaya diwujudkan Stesen Bas Ekspres Ipoh Selatan. Lokasinya di Japanese Esepelaitis. Bukan di Jepun yer tuan-puan. Itu adalah tempat tercetusnya penyakit 14 tahun lalu. Ya betol. Di Ampang Baru. 

Kalau Kerajaan Perak tak buat stesen bas Ipoh selatan itu, saya akan undi parti cap botol susu.



Tuesday, July 24, 2012

Muzium Foto : Iftar Di Santini KLCC 1428 / 1429

Mengenang kembali segala yang telah berlalu memang menyelonokkan nok. Eh. Sementelahan itu jugalah (sah guna perkataan ni bai..) saya sayugia mengenangkan kembali keseronokan saya semasa zaman kegaymilangan perkawan-kawanan yang menjadi satu zaman yang belum tahu bila ia akan berulang sebab ini bukan  Astro. Ade ulangan banyak kali.

Selama 2x puasa berturut-turut 1428H dan 1429H kami menjadikan Santini di KLCC sebagai tempat majlis iftar rasmi untuk kami berkumpul beriftar lah. Takkan bersahur plak.

Semoga semua kenangan tersemat di kalbu..

 2008 / 1429

  2008 / 1429

  2007 / 1428

  2007 / 1428

Jap gambar last sekali ni bukan kat Santini. Tapi kat OTWC Ampang. Lepas iftar.

Monday, July 23, 2012

Jom Hantar Kad Raya : Intimidasi Tahunanan Ke Atas Media Sosial


Kali terakhir aku menghantar Kad Raya ialah kepada seorang yang aku sayang yang tinggal di Johor Bahru pada tahun 2007. Cerita lama la. Dah setaraf epik Kublai Khan. 


Masa tu aku lukis potret dia ala kadar dalam kad raya itu, dan kata-kata syahdu syahdan cintun cintan sebelum mengeposkan menggunakan Pos Laju sebab dah ujung puasa dah time tu. Putrajaya - Johor Bahru dicaj RM4.50. Takpelah, asalkan esoknya sampai.

Tahun ini, mendengar berita Buletin Utama malam tadi, (siapa yang boikot Buletin Utama, bolehlah cari berita tersebut dalam Malaysiakini yer), telah diwarwarkan bahawa Pos malaysia mengenakan caj RM0.50 bagi semua kad raya bawah 50 gram dan penghantarannya ke seluruh negara mestilah dibuat sebelum 13 Ogos bagi memastikan kad-kad tersebut sampai sebelum Hari Raya.

Lalu terpikirlah saya bahawa alangkah baiknya di zaman erti persahabatan hanya terpamer melalui apa yang boleh di lihat di media sosial, dihidupkan pula kembali tradisi menghantar kad raya. 

Ikuti hashtag di twitter #PoskadRaya yang menyokong kempen ini!

Justeru (cewah), saya memutuskan untuk mencetak kad raya sendiri tahun ini untuk diposkan ke mana-mana sahabat yang menghantarkan saya alamat surat-menyurat mereka. 

Rupabentuk kad saya yang diramalkan sangat rupawan itu akan saya pertontonkan kelak. Selamat berpuasa.