Thursday, May 10, 2012

Tekanan Jiwa Melanda Hatiku

Aku dah rasa cukup kerja kat sini. Cukup lama. Sadisnya aku dari menjadi orang yang dicari-cari doktor pakar untuk meminta bantuan dari segi sesurat untuk demer tentang kenaikan pangkan delelain, kemudian menjual tender, tutup tender, bukak tender, kutip belas ribu sehari adakalanya, tapi wang pos je, sign resit, sampai terpaksa jaga stor yang dihuni orang yang malas-malas belaka sebab 20 tahun tak tukar mana-mana.

CUKUPLAH MASA AKU KAT SINI. Banyak yang bodoh tak boleh diajar. Kita kena pasrah, saprah, masrah (eh itu pakcik dok tepi dewan kat umah aku kat Ipoh tu), dan blah dari sini.

Sekurang-kurangnya mereka nampak apa yang aku dah buat, dan cukuplah Allah yang bagi rezeki untuk aku. Sesiapa pun akan mengatakan aku bodoh sebab menurut kehendak orang yang bodoh-bodoh yang bersama dah kerja di tempat jahanam ni selama berbelas tahun, berpuluh tahun, dan telah mencipta pertalian sebulu hidung sesama mereka.

Pergi jahanamlah dengan apa yang mereka nak jadi. Khidmat aku dari hari pertama aku dapat stor ni, iaitu di mana ratusan barang yang terdiri dari risalah, poster, buku kecil, buku manual, flip chart, kotak-kotak, kertas kertas, yang berlonggok memenuhi ruang seluas 144 m² ini, tidak memiliki apa-apa maklumat kuantiti setiap satunya. Tiada stock card.

Selepas 6 bulan segalanya teratur. Sistem diperkenalkan. Tetapi sistem tidak dapat diamalkan kerana aku tidak lagi dipercayai. Grace period untuk aku di sini telahpun 2 tahun berlanjut.

Aku masih kat sini sebab aku tak disahkan ke jawatan kali kedua aku ini yang membuatkan aku tercampak ke stor ini. Tak siapa peduli. Dalam seluruh kementerian yang antara terbesar di negara ini, ada cuma 6 je jawatan aku ni.

Mujur ada opsyen dua tahun lepas yang meletakkan ak di bawah Infomation Ministry. Maka tamatlah tempoh perkhidmatan aku di sini. Tapi esok exam. Belum sah lagi la kan, so extend lagi. Uaaaaaaaaaaaaa!

Misteri Pesawat Komersil Sukhoi Langgar Gunung di Bogor Dan Nasib Penumpangnya

Dunia gempar apabila syarikat pembuat pesawat tempur Sukhoi yang kita kenali, yang baru mengeluarkan versi penumpang Superjet 100 , hancur melanggar gunung pada ketinggian Genting Highlands di Bogor, Jakarta.

Ia melanggar Gunung Salak, sebuah gunung berapi setinggi 2,200 meter yang kali terakhir meletus pada 1935, pada ketinggian 1800 meter dan dikhuatiri 45 penumpang yang terdiri dari wakil syarikat Sukhoi, wakil syarikat penerbangan, wakil media dan ahli politik, terbunuh.

Pesawat tersebut dengan siri promosi keluaran terbarunya dalam strategi pemasaran dan Indonesia merupakan destinasi keempat sebelum dijadualkan ke Laos dan Vietnam. Pesawat terbarunya itu memiliki kesemua kelengkapan penerbangan moden yang ada pada Boeing dan Airbus. Ia melanggar gunung tersebut petang semalam Rabu 9.5.2012 selepas dikatakan terbang untuk kali kedua tanpa mengisi bahan bakar dan lebih awal dari jadual asal.

Misteri sebenar kejadian ini tentunya mengapa jika benar berlaku rampasan, sudah tentu juruterbang akan menghubungi pusat kawalan kecemasan yang boleh dikesan oleh Australia Singapura dan Malaysia. Bukan misteri seperti di bawah.

Misteri Kabut Gunung Salak yang Menjadi Hantu Bagi Para Penerbang
Indra Subagja - detikNews
Kamis, 10/05/2012 17:19 WIB

Jakarta
Untuk kesekian kalinya, pesawat udara mengalami kecelakaan di Gunung Salak. Cerita takhyul dan mistik pun mengemuka. Ada kabut misterius yang selalu 'menjebak' pesawat yang melintas. Percayakah Anda? "Secara logika semua mengetahui, pegunungan itu berkabut. Apalagi Gunung Salak, ini khas, mulai jam 14.00 WIB itu, kabut sudah turun. Bogor itu kan daerah hujan," jelas Kepala Pentak Lanud Atang Sendjaja, Mayor Ali Lubis, saat dikonfirmasi detikcom, Kamis (10/5/2012) pukul 16.30 WIB. Ali meminta agar urusan mistik tidak dikait-kaitkan. Dia menjelaskan, para penerbang di Lanud Atang Sendjaja pun sudah menyadari soal kabut itu. Karenanya, kalau sudah di bawah pukul 14.00 WIB, kawasan itu mesti dihindari. "Jadi benar-benar harus diperhatikan cuaca, benar-benar dicek. Dan kalau cuaca buruk atau berkabut jangan sekali-kali mendekati wilayah itu," imbuhnya. Kabut memang berbahaya. Ali menambahkan, penerbangan yang dilakukan melintas di pegunungan mesti benar-benar berhati-hati. Tidak perlu berbicara urusan mistik, semua didasarkan pada logika saja. "Jadi kalau ada yang mengait-ngaitkan dengan mistik, saya no comment saja," tuturnya. Seperti diketahui, pesawat Sukhoi Superjet 100 melakukan joy flight di atas Gunung Salak setelah pukul 14.00 WIB, Rabu (9/5/2012) kemarin. Pada jam itu, kemungkinan besar kawasan gunung Salak sudah berkabut. Pesawat dengan jumlah 45 orang di dalamnya akhirnya menabrak gunung dan meledak.