Friday, March 1, 2013

Yogyakarta RM166 Pulang Pergi !


"Di kanan gunung di kiri gunung, di tengah-tengahnya Pulau Jawa, dalangnya bingung wayangnya lebih bingung, yang penting bisa ketawa "

Itulah pantun dari sang dalang di Opera Van Java. Lagi-lagi Pulau Jawa memanggil aku untuk mampir berwisata ke tanah nya. Terakhir, aku menjejak kaki ke tanah Jawa ialah pada tahun 2010. Tapi, asal kalian tahu, destinasi yang aku sambangi itu ialah tanah Parahyangan. Tanah Sunda. Ya benar, duduknya di Pulau Jawa akan tetapi, orangnya Sunda.

Nah, kali ini aku bener-bener ke pusatnya Jawa. Kota adibudaya Jawa. Jawanya kental, malah di daerah ini, gubenurnya ialah Sri Sultan Hamengkubuwono IX yang gak butuh coblosan lewat pilkada untuk dinobat menjadi kepala daerah. Namanya juga Daerah Istimewa.

Kerennya Yogyakarta ini adalah karena, asal muasal negeri ini merupakan sebuah negara merdeka, walaupun saatnya penjajahan Belanda berlaku di seluruh Indonesia. 

Yogyakarta menjadi istimewa karena Sri Sultan pada saat kemerdekaan Indonesia itu menjadikan negaranya sebagai anggota pertama Republik Indonesia Serikat dengan legowo dan penuh semangat. Malah, saat Belanda bersikukuh mencoba takluki semula Hindia Timur selepas proklamasi kemerdekaan Indonesia dan menyerang Batavia, ibukota Indonesia seketika dipindah ke Yogyakarta.

Di Yogyakarta juga terletak dua candi yang tenar dikenal di seluruh dunia. Borobudur dan Prambanan. Hal ini telah membuat Yogyakarta sebagai tumpuan wisatawan mancanegara kedua terseru seIndonesia selepas Bali mengatasnamakan warisan kuno yang indah.

Nah kali ini tiket pesawat pulang pergi ke Yogyakarta aku dapatkan dengan harga yang lumayan murah! RM166 lewat situs Air Asia.

Tunggu saja kedatangan aku Yogyakarta. 8 Mei hingga 11 Mei !

Thursday, February 28, 2013

Cara Mudah Mempelajari Bahasa Indonesia Ialah Dengan :

Aku nih, memalam, tak layan TV sini. Sebab? Sebab aku nak memanfaatkan Unifi yang aku pakai 6 jam sehari, 5 kali seminggu tu. Maka, aku menghadaplah secara streaming Trans7 atau TransTV atau TVOne News atau MetroTV News atau Global TV atau JakTV yang tak sangkut-sangkut. Tu dia. Semua tu channel Indonesia.

Selain ianya itu menjadi alat bantu mengajar aku dari konsep mendengar. Bila konsep menutur, aku suka prektis di Twitter, dengan guru-guru aku dari kalangan Follower dari Indonesia. Kekadang, aku nyembang Indonesia ngan geng opis masa smoking break sampai semua suka melayani sambil melopong. Haha. 

Kalau ada perkataan yang aku tak faham, aku akan rujuk kamus bahasa gaul Indonesia. Bahasa gaul ini bermaksud macam bahasa basahan lah kiro eh. Dialek yang aku suka ialah Betawi. Sebab gaya bercakapnya, macam gaya orang Parit di Perak. Mau ke manei loe. Gitoe. Kalau kota , maka sebutannya macam mana yer. Hahahawau.

Tapi semalam masa aku dok layan Bukan Empat Mata selepas melayan Opera Van Java, terkejutlah aku terpandang penyanyi jemputannya. Penyanyi itu artis delapan puluhan loh. Tapi mukanya mirip siapa ya? Versi kurus lah. Hahaha.


Yang di bawah ini pula liputan mengenai sebuah rumah kebajikan pertama di dunia. Rumah Kebajikan untuk para pondan. Paling tua umur 70an. Kan banyak benda baru kita boleh tengok. Hehe.


Haha. Apapun, aku sendiri rajin mengikuti berita semasa di Indonesia. Tapi kurangkah nasionalisma aku dengan tanah air aku berbanding pihak yang menyokong puak yang menginisiatifkan senyap-senyap pencerobohan orang Filipina di Lahad Datu itu? Fikir-fikirkan.

Dengan media Indonesia yang nampaknya semakin lunak dalam menyampaikan berita mengenai Malaysia, tidak lagi melakukan provokasi, aku memutuskan untuk mula kembali mengunjungi Indonesia, negara kaya seni dan budaya yang cabang budayanya tersebar merata-rata. Ada yang terovolusi menjadi sebahagian budaya di negara kita yang dikongsi menjadi kebudayaan bersama. Yogyakarta 8 Mei ini!!!

Wednesday, February 27, 2013

Inikah Plet Wilayah Selepas WYY ?



Apa plet untuk Wilayah Persekutuan selepas WYY 9999 ? Menurut sumber dalaman, luaran dan pintuan (tengah-tengah le tu),  selepas WYY, belum lagi diputuskan huruf apa yang hendak digunakan. Haha.  

Bermakna, pihak JPJ lebih rela membiarkan suspensi ini berlanjutan seketika supaya debaran untuk membida menjadi rapsodi yang menyeronokkan orang-orang kaya.

Dengan plet kini sedang melepasi WYA 7000 , dengan huruf ketiga bertukar setiap lebih kurang  7 - 10 hari, diramalkan WYY akan tiba pengakhirnya pertengahan tahun ini. 

Ada khabar yang menyebut, bahawa W xxxx A akan digunakan. Hal ini idakler mustahil memandangkan menjadi kebiasaan di Malaysia apabila habisnya stok huruf huruf angka angka angka angka, maka ditambah pula dengan huruf selepas angka tersebut. seperti SAA xxxx A di Kota Kinabalu QAA xxxx A di Kuching dan KV xxxx A di Langkawi.

Tetapi khabar angin bertiup lebih kencang berhubung penggunaan huruf X untuk plet kenderaan di Wilayah Persekutuan selepas WYY. Ini diperkukuhkan dengan simpanan huruf X dan Y yang sememangnya susulan dari huruf W , yang tidak digunakan di Malaysia selama ini?

Namun apa yang pasti, belum ada keputusan hasil perbincangan dari pihak JPJ yang dikeluarkan. Maka berterusanlah teka teki ini sementara keputusannya bakal diketahui sedikit masa lagi.

Tuesday, February 26, 2013

Kanye West Amuk Di London

Kanye West mengamuk ketika akhir shownya di London. Dia kemudian membaling mikrofon. Sebelum ini dia diketahu mengkritik Grammy dan artis-artis muzik. 

Kali ini dia menunjukkan sifat bangangnya lagi. Kejadian berlaku di Hammersmith Apollo, London kelmarin. Konsertnya dikatakan lancar tapi last-last masa dia menamatkan dengan lagu Touch The Sky, dia buat hal.

Dia dikatakan memaki hamun, kemudian menjerit-jerit seperti sakai darat terserempak dengan sakai laut dan membaling mikrofon ke lantai, melantun dan terkena penonton.

Entah betul, entah gimik. Tapi menurut Aceshowbiz, dia tidak puas hati dengan set konsert yang diuruskan oleh pihak penganjur.

Kejadian itu kecoh di Youtube dan penonton di Youtube, seperti biasalah yang dilakukan oleh tukang komen.

Dah tua pun macam budak-budak. Biar jadi kuda hitam macam saya. Jangan jadi beruk hitam macam dia.



Kenangan Maggi Sup Tulang Yang Kini Hilang

Orang bujang memang biasa la makan Maggi. Kalau orang dah kahwin makan Maggi, kesian hidupnya. Bercerita tentang Maggi, satu perasa Maggi yang dah pupus di tahun 2013 ni sangat-sangat aku rindukan. Sebab kenangan Maggi perasa tu akan melekat dalam hotak aku sampai bila-bila. Maggi Sup Tulang. mari kita imbas kisahnya.

Blinggg (Flashback macam dalam filem tu lah)..  Masa tu aku nyewa di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang. Block C , Tingkat 15, Pintu 9. Amboi. Nak aku cerita siapa tuan tanah dia? Tak payah lah kan.

Masa tu, aku dikira ketagih la dengan Maggi Sup Tulang. Tiap kali turun bas menapak ke rumah, aku akan ke kedai runcit mamak tepi food court tu. Cari Maggi Sup Tulang. Perasa sup tulang dia betul-betul pekat, lazat, hebat. Entah berapa ketul tulang dan berapa senduk ajinomoto lah kan dia taruh untuk jadikan sepeket perasa.

Dijadikan cerita, pada satu hari Isnin malam Selasa yang dah agak larut, dek kerana kelaparahan, lapar yang parah la kiranya, aku pun turun membeli Maggi Sup Tulang 2 bungkus dan telur 2 biji. Menyedari kuatnya perasa atau dengan kata lainnya MSG dalam Maggi Sup Tulang tu, aku tak dapat jugak halang perut aku yang memaksa tangan aku, untuk memasak 2 bungkus Maggi dan 2 biji telur sekaligus. Lapar doh. 

Selesai masak, dan menyajikan dalam mangkuk besar, dengan penuh kekudukutan tak mau dikating katang oleh housemate, aku terus bawak semangkuk penuh Maggi Sup Tulang dua bungkus sekali masak dengan telur dua bijik yang semerbak ke bilik. Jam baru pukul 12. Baik aku telan sambil tengok Nightline sorang-sorang dalam bilik.

Slurrrp. Pergh. Rasa kuat sari tulang dan sup menutup rasa MSG yang tak kalah kuatnya tu. Panas. Jadi aku makan perlahan-lahan dengan menghirup kuahnya dulu. Slurrrp lagi. Pehhh. Nikmat. Slurrrrp.. Slurrrp.. Slurrrp.. Tiba-tiba kepala aku pening... Pehh power betol ajinomoto dia!!!

Bukan je kepala je pening, perut pun berkocak sikit. Perhh. Penyakit apa pulak bawaan Meggi Sup Tulang ni? Bukan je perut aku berkocak, kain baju yang tergantung dalam locker kain terbuka separuh depan aku pun berkocak. Ah. Sudah. Memberi kesan halusinasi ke ? Kemudian aku nampak kain alas rak TV pun berkocak! Alamak!

Rupa-rupanya gempa bumi! Apa lagi, mangkuk aku letak ke lantai, capai wallet, lari keluar bilik. Semua housemate pun terpinga-pinga. Masing-masing dengan muka panik bertanyakan adakah masing-masing rasa apa yang masing-masing rasa. Aku berlagak cool. "Relax.. kejap je ni.." . Tapi memandangkan selepas 20 saat goncangan masih berlaku berkali-kali, kami pun berhamburan lari. 

Paling power lari tentulah aku. Dari tingkat 15 hingga ke tengah jalan tak sampai seminit pakai tangga. Penduduk Sri Nilam tingkat 8 ke atas semua berhamburan. Yang berkemban bersabun pun ade tengah jalan.  

Kami cuma naik ke rumah jam 4 pagi selepas lepak di food court dan makan di situ. Maggi Sup Tulang yang dimasak dengan rasa tamak pun di buang. Sebab dah kembang. Menengoknya pun dah kembang tengkuk. Tapi dia jugak yang jadi mangsa buruk sangka.Mungkin sebab itu, Maggi Sup Tulang sudah tiada di pasaran. Merajuk agaknya.

Gempa bumi 29.3.2005 jam 12.09 malam bermagnitud 8.6 skala Richter yang berlaku di Pulau Nias, Sumatera  itu membuatkan semua penghuni rumah pangsa dan apartment di Kuala Lumpur berhamburan keluar. Gegarannya dirasakan sehingga ke Singapore, Bangkok dan Sri Lanka! Bukan kami sahaja. Semua ketakutan sebab masih trauma dengan gempa bumi Aceh yang makan 200,000 orang 3 bulan sebelum tu.

Ketika pihak seismologis menyebutnya Gempa Bumi Nias, aku menggelarnya Gempa Bumi Maggi Sup Tulang.

Monday, February 25, 2013

Malam Chap Go Meh Yang Lalu

Masa aku kecik, kata nyer demer.. demer tu sapa.. aku pun lupa... yang penting demer tu Cina, bahawasanya pada malam Chap Go Meh , bulan akan membesar lebih besar dari biasa. Pandai pulak bulan membesar ikut raya manusia yer.

Padahal, kalau dah di kepala hotak tu di setting kan bulan lebih besar dari biasa, bersekali dengan mata yang menunggu bulan terbit di kaki langit senja, tentulah bulan yang mengalami moon-illusion itu kelihatan besar sebab lapisan atmosfera bumi melapiskan pandangan mata ke arah bulan dengan ketebalan atmosfera yang lebih tebal dari saat bulan berada di atas kepala. Apa aku tulis da.. aku pun tak paham. Pahamkan sendiri la ye.

Maka, pada malam Chap Go Meh kali ini, aku pun mengabadikan foto-foto dengan tema 'Serangan Orang Minyak'. Perbuatan ini terjadi setelah aku tidak dapat-dapat tidur yer saat jam dah menunjukkan 4.00 pagi. Mengikut amalan turun menurun aku, kalau jam 4.00 pagi tak boleh tidur, maka janganlah tidur terus. Kelak 4.00 petanglah kau bangun.

Satu lagi, malam Chap Go Meh kali ini memberikan makna tersendiri untuk aku. Iaitu Melayu Inggeris Cina. Apakah itu? Hahaha. Meh nak kabor.

Chap - Melayu - Cikcap. Go - Inggeris - Pergi . Meh - Cina - Apa . Maknanya lebih kurang Cikcap, pergi, apa?  Sebab apa bermaksud begitu? Sebab walaupun berbagai usaha telah dibuat untuk tidur termasuk chap chap chap, tetap aku tak boleh tidur ! Rugi ayor je buat mandi hadas. Hehehe. Peace.



Konsepnya, serangan orang minyak.

Sunday, February 24, 2013

Sejarah Rupiah Yang Menarik Dibaca

Rajin benor aku menstudy hal yang takde kena mengena ngan aku kan. Strategi tu bro. Kuasa  Google lu orang kena paham. Tak payah heboh-heboh blog ke mana-mana, Google hantorkan pelawat kalau kena caranya. Kali ini adik-adik, abang akan menceritakan tentang matawang negara jiran kita, Indonesia. Indonesia lagi? Takde negara lain ke? ..... Takde!... So? Baca je lah. Banyak lak bunyik dia.

Sejarah Rupiah ditemukan di Wikipedia, bermula pada saat pengisytiharan kemerdekaan Indonesia di mana matawang Rupiah diperkenalkan penuh gemilang oleh pemimpin Indonesia bagi menggantikan Guilden yang diwariskan Belanda. Pada saat diperkenalkan, 1 Rupiah ditetapkan bernilai sama dengan 0.5 gram emas! Namun kelanjutan dari itu, bukanlah layak dikategorikan sebagai satu kegemilangan.

This deflationary policy had been derived from the Dutch geldzuivering of Dutch Minister of Finance Pieter Lieftinck (later Executive Director of the World Bank and International Monetary Fund (IMF)), who had trained Sumitro Djojohadikusumo (who had returned to Indonesia along with many other educated Indonesians after the War) in economics at university in The Netherlands. As in The Netherlands, each citizen was to be issued with 1 rp to kick-start the circulation of new money. Undeposited money after October was declared worthless. One rupiah of the new money was said to be worth 0.5 grams of gold, a similar rate to the pre-war Dutch currency (which contained 3 grams of fine gold in the 5 gulden and 6 in the 10 gulden coin), although this was not backed by metal reserves, merely a proclamation of purchasing power. - Wikipedia


Rekod paling awal ditemukan tentang tukaran Rupiah ke Dollar Amerika ialah pada tahun 1949 saat kemerdekaannya disahkan dunia, dengan US$1.00 bersamaan Rp 3.80 . Dengan ringgit, yang dikenali Dollar Malaya sama nilai dengan Dollar Singapura ,  Dollar Amerika kepada dollar Malaya pada tahun 1949 adalah bersamaan dengan US$1.00 bersamaan MY$2.36.

Ini bermakna, pada tahun 1949 , 1 Ringgit bersamaan dengan 1.61 Rupiah! Besarnya nilai Rupiah pada waktu itu, 1 Rupiah dapat dipecahkan kepada 100 sen. Tetapi hari ini mustahil untuk sen wujud di Indonesia. 

Namun, akibat sikap Sukarno yang anti Barat dan pro komunis, dagangan matawang Rupiah digantung dan kadar tukarannya ditentukan oleh pasaran gelap . Diceritakan, pada hujung tahun 1965, selepas Suharto mengambil alih tampuk kuasa dari Sukarno, Indonesia telah memberlakukan semula tukaran wang asing yang diharamkan sejak 1948.  

Ketika dibuka untuk didagangkan, susut nilai telah memburuk akibat inflasi lebih 650% yang dialami Indonesia ketika melancarkan serangan ke atas Malaysia. Pada waktu itu,  US$1.00 telah pun bersamaan dengan 250 Rupiah dan pada akhir tahun tersebut, dicatatkan US$1.00 bersamaan dengan 235 Rupiah.

Manakala ketika itu, matawang Malaysia iaitu Dollar Malaysia yang diikat nilainya bersama Singapura dan Brunei, mencatatkan tukaran pada kadar US$1.00 bersamaan dengan MY$ 3.06. Ini bermakna, MY$ 1.00 pada tahun 1965 telah bersamaan dengan 76.8 Rupiah !

Meskipun sebelum kembali memperdagangkan tukaran, pihak pemerintah telah membuat redenominasi pada tahun 1965 yang menjadikan 1000 Rupiah adalah bersamaan dengan 1 Rupiah yang baru, namun nilai 1 Dollar Amerika berbanding Rp 0.25 Rupiah yang baru tidak dapat disosialisasikan dengan hakikat pasaran. Nilai rupiah yang baru tersebut tetap didagangkan dengan nilai yang lama menjadikan matawang tersebut menjadi semakin kucar-kacir.

Nasib Rupiah tidaklah pernah baik. Menjelang 1971, nilainya merosot kepada US$1.00 bersamaan 399 Rupiah yang baru. Krisis-krisis ekonomi berkaitan harga minyak terus mempengaruhi matawang negara serumpun tersebut sehinggalah pada tahun 1984, tukaran Rupiah menjadi  US$1.00 = Rp1,085.

Matawang Rupiah terus susut nilai tahun demi tahun sehingga pada tahun 1996, nilainya menjadi Rp 2,342 bagi 1 Dollar Amerika.

Krisis ekonomi 1997 menyaksikan Rupiah terus susut nilai sehingga mencecah tahap terburuk pada tahun 1998 sehingga nilainya mencecah Rp 16,800 bagi 1 Dollar Amerika.

Kelangsungan dari ketenteraman ekonomi selepas itu tidak menjadikan Rupiah memulih dengan baik di mana  pada hari ini, Rupiah masih berlegar pada Rp 9,709 bagi setiap Dollar Amerika.

Ini bermakna, pada hari ini, 1 Ringgit telah bersamaan dengan 3,130 Rupiah berbanding 1 Ringgit bersamaan 1.61 Rupiah, 64 tahun lalu. 

Pada tahun 2014, Bank Negara Indonesia dikatakan telah merancang untuk meredenominasikan matawangnya lagi. Seperti tahun 1965, Rp 1,000 dicadangkan untuk dinilaikan sama dengan Rp 1. 

Maka pada ketika itu, sekiranya nilai tukaran Rupiah ke Ringgit sama seperti hari ini, setiap 1 Ringgit akan bersamaan dengan Rp 3.13 . Ini bermakna, matawang sen akan wujud semula di Indonesia. Ini juga bermakna, harga Teh Botol Sosro di sana bakal berubah dari Rp 3,000 sebotol kepada Rp 3.00.

Semoga mereka berjaya.


Kisah Aku Dan Awan

Alkisah, masa aku Tingkatan 4, aku bukanlah budak yang baik. Aku sangat nakal. Tak wajar dicontohi oleh adik-adikku muda remaja, wajahmu manis bak gula. Pada masa tu, rekod aku keluar rumah ke sekolah, 5 hari seminggu. Tapi rekod aku sampai ke sekolah cuma sehari atau dua hari seminggu. Heran?

Itulah yang kami panggil pro sekolah. Pro ni maksud dia ponteng sekolah dengan anggapan ibu bapa, kita pergi sekolah lah. Jahatnya aku pada waktu itu ialah, aku menjebakkan diri dengan kegiatan isap gam. Peh. Raja mimpi lah. Apa lagi. Gam waktu tu paling popular kat tempat aku ialah Cap Gunung Fujiyama. Harga dia RM1.30 satu tin kecik. Bayar kat tokei hardware tu RM1.40, sebab beli plastik seposen. Plastik seposen dapat 4. Cukup lah untuk hisap gam tin kecik berempat.

Maknanya kami cuma perlu tong-tong sorang 30 sen. Siapa tong 40 sen dapatlah menguasai tin. Siapa yang hisap gam dengan tin dalam kantung plastik, dialah yang paling last habis. Kira king lah. Bila isap gam, mesti mau 'fire'. Fire tu maksudnya hisap sambil tenung sesuatu bagi menukar sesuatu itu kepada kemahuan khayalan sambil plastik kembang kecut berinteraksi dengan paru paru. Paling aku suka fire ialah AWAN! Bukan aku je. Semua kawan-kawan aku pun suka fire awan. 

Proses khayal separa mimpi ni menukar awan-awan mengikut lintasan pemikiran. Dengungan yang terasa menjadi muzik, adakala menjadi suara, adakala menjadi bunyi-bunyian alunan misteri. Awan-awan  apabila memasuki alam mimpi, akan berubah menjadi layar sketsa yang menghiburkan. Tapi awas, pada yang mempunyai saka, pada yang mempunyai hijab nipis, pada ketika inilah makhluk dari dunia sebelah sana bakal cuba bergabung dengan anda. Ada yang kerasukan di kalangan kami beberapa kali. Tapi tak serik.

Kegiatan hisap gam ini berlarutan hampir 10 bulan, setiap hari. Sedikit demi sedikit, rakan yang lain pulaukan kami. Dari berbelas kaki gam, tinggal 6 orang. Akhirnya pada satu hari cuti, kami berenam berkhayal bersama, sedang aku memfire awan, tiba-tiba, awan turun. Lalu menghempas salah seorang dari kami yang dominan di kalangan rakan-rakan. Memang hanya aku yang melihat. Sebab hasil khayalan itu mengikut fikiran masing-masing. Tetapi jelas, serentak itu kawan aku itu dirasuk makhluk halus. Dia bangun dan menyeru kami " Dengar sini semua!".

Aku serta merta mentafsir rakan aku dimasuki jin Islam yang sedang berperjalanan. Aku juga pelik. Bagaimana aku dapat mengetahui hal tersebut serta merta. 

Seorang rakan aku cuba menerpa tetapi tumbang pengsan. Kami kaget. Namun susuk tersebut hanya menyebut 'Jangan bimbang', lalu di baca sesuatu dengan menekup mulutnya dengan tangan kiri, dan seperti dilontar ke arah kawan yang pengsan itu, lalu bangun ia serta merta, berdiri, dan menunduk. Kami juga bagai dipukau untuk lepaskan plastik gam dan berdiri menunduk mendengar kata-katanya. Dengan menggunakan susuk tubuh kawan aku, dia menegur kami dengan memberi syarahan pendek. Dengan kata-kata seperti bahasa Melayu lama.Eii.. .. meremang bulu aku menulis ni. Walaupun dah 19 tahun berlalu. Dia menyebut bahawasanya itu adalah perbuatan tak baik dan harus ditinggalkan! Kemudian dia meminta izin untuk pergi dan memberi salam. Selepas itu, si kawan aku jatuh terjelepuk dan bangun mamai mencari plastik gam dia. Kami segera menariknya pergi dari situ dan mulai hari itu, aku dan mereka berhenti hisap gam terus. Satu rahmat buat kami dengan campurtangan pihak ketiga yang ghaib!

Kesemua kami menyaksikan hal ini. Tiada keraguan lagi kebenarannya. Maka berhentilah kami dari isap gam sebelum keadaan menjadi sangat lewat. Apa kesannya selepas 20 tahun ini, aku pasrah. Aku tak boleh ubah sejarah. Syukurlah tahun berikutnya, SPM aku dapat score 23 aggregate dan mengakhiri zaman sekolah dengan SPM pangkat 1. Walaupun. 

Dan hari ini, awan sangat hampir dengan aku. Setiap kali hari berawan cantik, aku akan abadikan dengan foto seperti di bawah.