Thursday, January 13, 2011

Kalau Aku Tiada Lagi, Cari Aku Di Lombong Bijih, Hahaha!


Bosan betul makan gaji. Rasa nak jadi raja je. Raja dulu-dulu la yang berebut kawasan melombong bijih. Hahahaha. Gelak la puas-puas. Zaman sekarang semua nak jadi bos, kuli-kuli dah takda. Sampai harga timah melambung pun tak sapa peduli.

Di sebalik kenaikan harga getah di pasaran dunia, meh kita tengok kenaikan harga bijih timah yang mencetuskan perang saudara, perang kerabat raja, kemasukan orang Cina, dan pergelutan dengan penjajah Belanda dan British.

Bermula dengan Krisis Bijih Timah 1982-1986, hasil bumi ini mengalami kejatuhan dari RM40 sekilo pada 1982 menjadi RM14 sekilo pada tahun 1986 terus menyusut sehingga RM13 menjelang 1993.

Tahukah anda, hari ini, komoditi tersebut telah mencapai RM80 sekilo ! Ini merupakan antara rekod tertinggi harga komoditi tersebut, hampir sekali ganda berbanding zaman kegemilangan bijih timah pada tahun 1970an.

4 Jan 2011 - Harga bijih timah di Bursa Timah Kuala Lumpur (KLTM) meningkat US$285 untuk ditutup pada US$26,800 setan semalam.

Kenaikan ini menurut pelabur adalah kerana dagangan timah yang meningkat di (LME) Jumaat lalu.

Harga timah di LME, yang biasanya akan mempengaruhi harga komoditi tersebut meningkat $US320 kepada US$26,920 Juamaat lalu.

Di KLTM, jumlah dagangan meningkat kepada 40 tan dari 39 tan Khamis lalu dengan penyertaan pedagang tempatan, Jepun dan Eropah.

Ketika dibuka, pembeli membida 50 tan manakala penjual menawarkan 30 tan.

Perbezaan harga antara KLTM dan LME telah mengecil kepada US$285 setan daripada US$320 setan yang dicatatkan Khamis lalu. - BERNAMA

Tahukah anda satu cebok mandi penuh dengan bijih timah beratnya 3 kg bernilai RM240? Hahahaha. Gelak la lagi. Satu gayung bijih boleh dikumpul dalam dua hari mendulang ala-ala gadis mencuci kain di pinggir sungai. Sebulan ko dulang la 20 hari. Dapat la mak auiiii, RM2,400.

Nak kaya lagi, ko bukak la lombong, kurang-kurang income ko RM2,400 untuk setengah hari. Jangankan Blackberry, PenangFerry pun ko boleh beli.

Gambar curi dari blog awek maner ntah, menunjukkan bijih timah yang didulang semasa bercuti di Tapah.