Friday, December 20, 2013

Apabila Pecandu Cinta Kembali Menyuburkan Pohon Kasih

Kisah kawan-kawan adakalanya menarik untuk disentuh, disepak dan disilambam.  Kisah mereka-mereka yang membabitkan kita adalah umpama umpan di mata kail yang mana kita tanpa sedar membuang umpannya dan memakan mata kailnya pula. Bukankah jijik kelalaian itu? Bukan kah? Kan. Kan.

Alkisah diceritakan oleh empunya cerita ini tentang si A dan si B dan bagaimana ia membabitkan I iaitu saya lah. Begini kisahnya.

A bercinta dgn B. A berbaik-baik dengan kita dengan harapan kita akan membantu dia untuk dapatkan B. Yang si B pun begitu. Tidak mahu kalah walaupun dengan sepakan penalti kekiranya.

A pun suka lah dia tanya pendapat kita, sementelahan B pun yang ini pun. Sama juga bertanya-tanya kita. Yang baik-baik lah kita kaborkan ye tak. Korang perlu faham memahami. Ada perbezaan antara korang jangan di besar-besarkan. Kalau ada masalah selesaikanlah dengan berhemah. Begitu kekira. Biar mereka bahagia. 

Langit tak selalu mendung. Adakalanya cerah panas terik meringse. Lalu mereka putus. A berlari-lari anak sembil mengelap air mata dengan lengan baju persisnya, datang mencurah perit jerih sumpah hamun pada kita. Di kala lain pula, yang si B pun begitu jugalah meluah kenoyaannya pada kita.

Maka haruslah kita jujur je lah kita kabor yang benar bahawa mereka itu tidak lagi serasi untuk bersama, maka berjauhanlah. Janganlah di sambung semula. Bukan kita jahat, awak. Kita bercakap berdasarkan cara A kata B dan cara B kata A yang sangat macam memang dah tak serasi bebenor. Mengapa kita perlu menyengsarakan mereka dengan berusaha agar mereka berbaik semula.

Tapi tak selamanya kaki hutang lari dari ah long. Maka tetibe lah juga, A dan B kembali berbaik-baik balik, menaruh tahi lembu pada pohon kasih mereka yang layu dan menarik candu kasih sayang di bawah teduhan pohon kasih mereka yang subur semula.

Penyudahnya kita ni apa? Kita jugak dituduh mulut jahat. Kan. Kan. La nina betul. kan.. ? Ah sudeaaah!