Wednesday, November 30, 2016

Fakta & Tips Hasil Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016

FAKTA :

Penduduk Hong Kong seramai 7 juta. Luasnya 1070 km². Tapi 70% kawasan tidak dihuni. Maka kepadatan sebenar penduduk kawasan dibangunkan mencapai 21,000 orang bagi setiap kilometer persegi.

Selain wang $10, wang kertas Hong Kong dicetak oleh 3 bank berbeza. HSBC, Bank of China dan Standard Chartered Bank.

Penduduk Hong Kong rata-ratanya kasar tutur kata, kurang mesra pelancong, stress dan mudah marah dengan hal remeh seperti laluan terhalang bagasi etc.

Hong Kong merupakan kota paling mahal di dunia untuk didiami para ekspatriat bagi tahun 2016.

Kumpulan samseng jalanan yang terkenal di Hong Kong ialah keturunan Nepal warga Hong Kong.

Tiada cop imigresen di pasport bagi ketibaan dan pelepasan di kaunter imigresen Hong Kong. Pelawat diberi slip kecil sebesar stem sebagai izin masuk bagi lawatan sosial yang tidak dikutip kembali.

Harga nasi dan satu lauk yang halal berharga antara $40 hingga $60.




TIPS :

Menaiki bas S1 ke Tung Chung dan menyambung perjalanan dengan MTR adalah opsyen paling murah dari Airport ke pusat kota.

Jangan memesan bilik di hotel-hotel beralamat Chungking Mansion yang menawarkan potongan harga yang menggiurkan. Anda terdedah kepada manipulasi harga semasa ketika daftar masuk.

Beli tiket untuk tempat-tempat tarikan di atas talian sebelum berlepas ke Hong Kong.

Pada hari Sabtu dan Ahad, terdapat amah Indonesia yang bercuti menjual nasi berlauk dengan harga $20 sebungkus.

Tambang Tramways ditetapkan pada $2.30 sehala. Naiki sejauh mana sepuas hati bagi melihat lebih lagi lanskap pulau Hong Kong.

Hotel-hotel selesa dan tidak begitu mahal boleh di dapati di kawasan Mongkok dan Yau Ma Tei di Kowloon City dan Causeway Bay di Pulau Hong Kong.

Naiki The Peak pada pukul 4:30 petang dan turun pada pukul 7:00 petang. Anda dapat menikmati pemandangan Hong Kong pada waktu siang dan pada waktu malam.

Tuesday, November 29, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (IV)

HARI 4

 

Hari ni sepatutnya peserta di bawa menaiki kereta kabel Ngong Ping. Tapi malang nasib mereka, Air Asia cepatkan flight balik. Lagi pula, kereta kabel dia tutup untuk maintenance dari 14 sampai 22 November.

Selesai daftar keluar, kami melintas jalan sahaja untuk menunggu bas ke Airport. Bas A21 sangat kerap. 15 hingga 20 minit sekali. Kami menaiki bas pukul 9:30 pagi dan sampai Airport pukul 10:30. Urusan daftar masuk diselesaikan menjelang 11:30 sebelum kad-kad mereka ditebus depositnya di kaunter Airport Express yang terletak di tingkat atas di ruang antara Terminal 1 dan 2.

Dari Terminal 2 kami menaiki aerotrain menuju pintu pelepasan yang terletak di Concourse tempat turun haritu. Kita suka tempat smoking dia kat sini. Tak payah susah-susah nak penyedut segala.




Penerbangan kami berlepas dengan Air Asia X Indonesia, dah kenapa, dan tiba di KLIA pukul 5:30 petang.

Syukurlah walau berbagai penemuan, keterganjalan, tamparan, keterujaan, kesakithatian, kegembiraan, kepuashatian dan kelegaan, trip Hong Kong ini telah berjaya dijalankan dan maklumat-maklumat yang dikutip dapat dikongsikan.





Sunday, November 27, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (III)

HARI 3

Hari ni hari yang kita tunggu-tunggu. Sebab kita akan hantar para peserta ke Disneyland supaya mereka berjimba-jimba di sana dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Kita memang tak la nak masuk. Ko ghaser apa faedahnya Disneyland untuk pria berusia 38 tahun?

Kami bertolak dari stesen Tsim Sha Tsui ke stesen Lai King sebelum bertukar ke Tung Chung Line untuk turun di Sunny Bay dan bertukar ke tren khas ke Disneyland. Setiba di sana jam 9:30 kita pun cetakkan tiket untuk mereka dari helaian berkod bar sebab kita beli tiket tu online. Murah sikit sploh doploh hengget dari harga kat kaunter nak dekat RM310 tu. 




Selepas melambai mereka masuk persis sang ayah menghantar anak ke sekolah, kita pun yabedabedu la. Apa lagi.

Mula-mula kita gi Airport ikut Tung Chung. Naik bas kuning S1 dari Tung Chung ke Airport. Kita tengok-tengok esok nak check in kat mana. Ok. Dah tau, Terminal 2. Kemudian kita balik ke Tung Chung naik bas S1 balik. Dari Tung Chung kita naik MTR terus ke stesen Hong Kong. 




Mau tak seronok bila ko jalan sorang-sorang takde group untuk dikepung jaga, buat kepala sendiri dan menikmati khalayak tanpa mata-mata sumbang memerhati kelibat kelibut.



Dari stesen Hong Kong kita ke jalan besar yang laluan Tramway menjadi pembahaginya, naik Tramway ke Islamic Center semalam, balas dendam kat kantin dia yang semalam kalut nak tutup.





Di keriuhan orang makan tengahari di situ, kita terjerat bersembang dengan seorang tua Muslim antihadis warga Hong Kong keturunan India yang berusia kira-kira 80 tahun yang tak berhenti-henti menyebar dakyahnya kat kita. Kita yer kan aje la. Sebab dia belanja kek span dengan teh cina. Haha. 



Lepas tu kita naik Tramway balik ke Central, berjalan ke jeti dan ambik feri ke seberang. Sepanjang jalan di Central penuh dengan warga Filipina yang berkumpul di hari minggu dan aktiviti mereka dibenarkan hingga ditutup jalan supaya mereka boleh beraktiviti.








Di seberang pula, aktiviti petang Ahad diwarnai dengan pertunjukan kebudayaan berbagai negara dan kita mencelah-celah khalayak untuk berjalan pulang ke hotel dan mandi.




Kita keluar untuk menjemput anak-anak di Disneyland pukul 5 petang dengan berjalan ke Masjid Kowloon. Astaga. Mbak-mbak Indonesia jual nasi macam-macam lauk $20 je kot tepi masjid tu. Apasal la tak tahu. Cis!



"Kalau sabtu di atas sana..belakang masjid.. kalau ahad ya di sini.." kata akak jual nasi tu. Kita pun tanya mereka lewat Whatsapp ke Disneyland sama ada mau ka nasi itu. Hasilnya, kita borong 7 bungkus, bawak balik simpan kat hotel sebelum ke Masjid Kowloon lagi. Azan Maghrib berkumandang kira-kira 5:45 petang dan kita pun singgah solat.



Selesai, kita jalan kaki ke Temple Street Night Market. Laa. Takde la jauh mana. Sesudah beli fridge magnet lima keping, kita pun pergi ke Disneyland untuk menjemput 'anak-anak' kita.



Kita sampai Disneyland pukul 7:45 dan manusia sudah berduyun-duyun keluar. Kita bagitau depa keluar lepas firework show naaa. Tepat 8:05 sayup-sayup bunga api kelihatan dan berterusan sampai 8:20. Kira-kira 8:40 semua peserta telah melapor diri ke kapitan dengan berbagai cerita gumbira. Syukurlah masing-masing happy. Kita takyah masuk pun happy. Nama pun jomblo happy.




Seperjalanan balik, mereka nak menyinggah Temple Street Night Market. Kita pun bawak le.

Nak jadi cerita masa keluar dari stesen Jordan seorang cina tua memaki hamun para peserta dengan sekeras-keras makian. Kita tak nampak puncanya. Kata salah sorang depa, ia berpunca dari peserta kanak-kanak berlari-lari bagai tidak dikawal penjaga.

Kita pun dengan belagak menggunakan seketul dua perkataan kantonis dari kantung perbendaharaan kata Kantonis kita yang kempis. " Jor meh aa lei? Jor meh aa lei? " atau bermaksud "ko dah kenapaaa?" Ketika orang tua itu berjela menerangkan kat kita namun sia-sia sebab data error dalam kepala kita, kita balas balik " lei mou gam yoong aa. mou gong gam yoong aa. siu jai keng aa." atau maksud lebih kurang "Ko jangan macam ni. Jangan cakap macam ni. Budak kecik takut la." .. Ha. Tudia. Bedal je la.u

Oleh sebab kita orang Ipoh yang majoriti Cina, yang rata-rata orang Cina cakap Kantonis, memang kita tau la secalit dua bahasa Kantonis. Contohnya "Siu yin fong yao bin dou aa" bermaksud " Smoking room kat mane". Penting tu. Penting tu. Jadi kalo gi Hong Kong ni kita rasa macam jalan-jalan tengah pekan Ipoh je. Close to home kata orang puteh.

Malam tu semua kami balik hotel naik teksi. Teksi Hong Kong ni ramai juga bugima pemandu dia. Bahasa Inggeris pun tak pandai. Hello. This is Hong Kong okeii. Hong Kong ! Tak pandai English pegi Mainland sana! Matila meroyan sepanjang malam.

Saturday, November 26, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (II)

HARI 2


Pagi-pagi ujan renyai membuatkan suhu agak sejuk la. 21°C camtu. Lepas semua dah siap turun, kami berjalan ke pinggir laut yang terletak 300 meter di hujung Nathan Road dan pemandangan pulau Hongkong tersergam di seberang sana. 



Setelah puas bergambar, kami pun menaiki Star Ferry yang terminalnya terletak kira-kira 200 meter ke sebelah kanan pinggir laut itu. Tambangnya $2.80 untuk dek bawah dan $3.40 untuk dek atas. Tapi alahainya, perjalanan dia lebih singkat dari Feri Pulau Pinang. 10 minit membelah Selat Hong Kong, kami sampai ke Central Pier di sebelah pulau.



Tujuan hari ini tentulah nak naik keretapi bukit yang fofuler tu. Keretapi Bukit Bendera pun kita tak pernah naik lagik tau. Kami menunggu bas N15 yang sepatutnya berulang alik dari stesen Peak Tram dengan Central Pier tu. Non hado. Dekat sejam juga. Nakhoda pun mengarahkan jalan kaki kepada para kelasi memudiki laluan pejalan kaki menuju ke stesen Peak Tram yang terletak 1.2 km dari jeti. Sogokan pemandangan bangunan-bangunan dan jalaran tramway bersilih ganti berjaya memukau para peserta sehingga mereka tidak terasa berjalan pada jarak itu. Nasib la kan. 

Setibanya di stesen Peak Tram, satu lagi dugaan menunggu. Orang beratur melingkar-lingkar. Padat. Hari Sabtu kot. Mendapatkan tiket mereka pun makan masa 1 jam hanat. Sesudah dapat tiket, kami bersesakan untuk menaiki Peak Tram dan perjalanan mendaki bukit selama 25 minit itu menghilangkan noya beratur beli tiket tadi.






Peak Tram membawa pengunjung menaiki Victoria Peak tapi bukan ke puncaknya. Hanya sekadar di kawasan bawah puncaknya yang tersergam sebuah kompleks unik bernama The Peak. The Peak mempunyai bumbung rata tempat pengunjung menikmati saujana pemandangan Hong Kong, Selat Hong Kong dan Kowloon yang dinamakan Sky 428 kerana berkedudukan 428 meter dari paras laut.



Tiket trem bukit bersekali dengan naik Sky 428 berharga $88.

Di dalam The Peak terdapat kompleks membeli belah, restoran-restoran, kedai cenderamata Hard Rock Cafe, gedung pamer patung lilin Madame Tussaud dan beberapa lagi tarikan.



Kami turun pukul 2 petang dan berjalan ke pinggir jalan besar dari stesen Peak Tram di kaki bukit untuk menaiki Tramways pula. Tak Hong Kong la kalau tak cuba benda ni tau. 



Tramways merupakan perkhidmatan trem dalam bandar yang ada di Pulau Hong Kong sahaja. Terdapat 6 laluan dari timur ke barat tetapi hanya 5 laluan yang boleh dinaiki sekiranya mahu ke Causeway Bay, sebuah lagi daerah beli belah di Pulau Hongkong. Beli belah ke kalau harga tak boleh belah?

Kami menaiki Tramway untuk ke Wan Chai, mencari Islamic Center yang menempatkan Masjid Osman Ramju dan Islamic Canteen. Tidak sesat kita menemukan lokasinya tetapi kantinnya sudah kehabisan dagangan. Terpaksa kita mencari sebuah lagi kedai Nasi Ayam dan Nasi Itik yang dikenali halal bernama Wai Kee yang terletak di medan selera tingkat atas di sebuah pasar kira-kira 300 meter dari situ.



Bagi memastikan keselamatan mutu makanan peserta, kita sebagai kapten pun memesan nasi itik dan makan sorang-sorang sambil rasa nak tumbuk nyonya yang asik membebel tu. Bersangka baik. Mungkin anak dia mengandung luar nikah. Setelah kenyang, kita pun memanggil gerombolan kelaparan itu ke Wai Kee. Malangnya, bukan semua boleh mentekedarah itik. Ayam da habis da. Pukul 5 petang da kan.


Lepas makan kami berjalan kaki ke Causeway Bay dan sepanjang jalan ini, terlihatlah betapa sesaknya Hong Kong di petang Sabtu. Sesaknya luar biasa tetapi di sini, itu biasa. Seperti malam tahun baru di Bukit Bintang.


Dek kerana rimas dengan manusia bak ulat taik ini, para peserta memohon bertukar tempat. Jadi kita bawa mereka ke Ladies Night Market di Mongkok dengan menaiki MTR. Cuma..

MTR di Pulau Hong Kong ditunjangi aliran Island Line. Di stesen Admiralty dan Central, penumpang boleh bertukar ke Tsuen Wan Line yang bermula di Central merentasi bawah laut ke Kowloon dan bahagian utara. Di stesen Central juga penumpang boleh bertukar ke MTR Tung Chung Line dengan berjalan kira2 100 meter ke stesen Hong Kong.

Cuma, kami bertukar di Admiralty. Kepadatan penumpang beratur di tepi platform memanjang hingga 10 meter. Sebaik dapat masuk tren, kesardinannya berada pada tahap badan berlaga badan. Ini kali baru nampak wajah pasrah masing-masing warga sana. 

Setiba di stesen Mongkok, kami terus ke Ladies Night Market yang terletak di sebatang lorong berselari dengan Nathan Road sebelah timur. 





Para peserta pun menabur dolar-dolar tongkang yang ada dan kita pulang pukul 10 malam selepas menaikkan mereka ke dalam dua teksi kerana mereka dah tak kuasa nak naik MTR.