Friday, April 5, 2013

Sejarah Melayu Ipoh 2

Dulu ada dikisahkan petikan sebuah blog yang menceritakan sejarah bandar Ipoh siri 1. Lupa dah bila. Ini rentetan kisah artikel keduanya...



Sejarah Melayu Ipoh 2

Sejarah Lembah Kinta dikatakan bermula tidak kurang 1,500 tahun lalu berdasarkan penemuan relik-relik Buddha dari zaman Srivijaya di Tanjung Rambutan (1893) dan Lahat (1931) tertanam berpuluh-puluh kaki di dalam tanah. Pada ketika itu, dikatakan Kinta terletak dipertengahan jalan darat antara pusat kerajaan Melayu Buddha Srivijaya di Palembang dengan kerajaan Melayu Buddha Khmer dan Campa di Indo-China.

Kinta juga dikatakan pusat pentadbiran Gangga Negara pertama sebelum Beruas dan penemuan ini dikatakan terlambat kerana Kinta telah musnah akibat kegelojohan pelombong memusnahkan muka buminya demi bijih timah.

Timah telah dilombong di Kinta pada waktu itu untuk membuat matawang. Ia turut menjadi tumpuan pedagang India dan China yang juga mahukan logam tersebut. Tetapi pada abad ke-9 dan ke-10, Kinta telah ditinggalkan secara misteri dan terbiar sehingga dibuka semula 700 tahun kemudian oleh Sultan Perak untuk aktiviti melombong.

Kisah Datuk Panglima Kulop Kinta yang dikatakan memberi nama Kinta dari bunyi bergenta semasa memudik Sg Kinta tidak memberi apa-apa kesan ke atas penerokaan Ipoh. Keturunan beliau sebahagiannya telah berasimilasi dengan orang asli tinggal di kawasan yang lebih hilir manakala sebahagian keturunannya ada yang menyerap ke dalam masyarakat Temiar dan menduduki kawasan yang lebih hulu.

Sehingga tahun 1750, Ipoh masih dipenuhi hutan rimba di mana gajah dan badak banyak ditemui menjadikan ia tumpuan pencari hasil hutan, tanduk sumbu badak, melombong kecil-kecilan dan menjerat gajah.

Tok Tambak, cucu kepada Tok Changkat Piatu, menjadi Datuk Panglima Kinta pertama dalam sejarah bertulis pada tahun 1750an. Tok Changkat Piatu inilah yang memiliki ciri-ciri dan kesamaan yang paling jelas sebagai nakhoda Sumatera yang bergelar Datuk Panglima Kulop Kinta.

Tok Tambak telah berkahwin dengan Toh Puan Intan, generasi keenam Tun Saban. Anaknya Tok Changkat Segar, Datuk Panglima Kinta Kedua, membuka Kampung Paloh manakala anaknya lagi satu, Tok Changkat Rembia yang menjadi Datuk Panglima Kinta Ketiga, membuka Kampung Kepayang (berdekatan Stadium Perak hari ini).

Bermula dari itu, penggiliran antara kedua-dua pasak Paloh dan Kepayang menjadi tradisi perlantikan Datuk Panglima Kinta.

Dua kampung inilah yang menjadi permulaan kepada kemasukan pelombong-pelombong Melayu dari hilir dan mencetus pembukaan lebih banyak kampung dalam tempoh 50 tahun, termasuklah Kampung Ipoh yang akhirnya menjadi ibu negeri Perak.

Bersambung esok.

Sumber rujukan : Kinta Valley (2005) Khoo Salma Nasution, Abdurrazaq Lubis

Wednesday, April 3, 2013

Bila Peguam Bersifat Haramjadah

Carutan ke atas kakitangan awam tu kadang-kadang menjadi makanan ruji sesetengah pihak. Maklumlah, dia je bayar cukai. Walaupun sebenarnya tak pernah berurusan dengan LHDN pun. Nak ikutkan penjawat awam yang hisap rokok Dunhill sehari sekotak pun bayar cukai RM150 sebulan.

Kadang-kadang bila kita tengok balik, sesetengah pelanggan di kaunter-kaunter pejabat kerajaan ni sengaja tak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kononnya pelanggan selalu betul. Opah dia. Ko gi kedai makan, ko makan sampai licin. Pastu kau bayar separuh harga sebab kau kata 'tak sedap'. Boleh? Kata kau pelanggan selalu betul?

Contoh bila permohonan sesuatu yang memerlukan surat permohonan dikemukakan. Ada yang tak bawak surat. Tapi aku buat satu surat untuk memudahkan mereka. Itu permohonan bahan propaganda kesihatan je. Tapi permohonan MyKad bukanlah sesuatu yang boleh dipermudahkan sesuka hati. Bila ada syaratnya, maka patuhilah syaratnya!

Maka agak-agak lah kalau nak anggap diri tu betul. Kalau nak kata miskin lalu kelahiran tak dapat nak didaftarkan, berapa ramai orang Melayu yang miskin tapi bila beranak tetap pergi daftar tak kira la ceruk mana dia duduk. Apa alasan India-India pinggir bandar ni untuk tak daftar?

Yang herannya masalah ni jadi kat orang India je. Bukan mereka je yang miskin.

Tapi apa alasan pulak perempuan celaka di bawah ni untuk menempik kakitangan JPN yang buat kerja dia je. Dia ada checklist yang perlu dituruti.Dia bekerja mengikut apa yang diarahkan.

Perempuan celaka ini katanya peguam, tapi dengan selamba opah dia menuduh JPN maka duit pendatang Indonesia dan Filipina TANPA BUKTI. Peguam pukimak haramjadah apa?


Monday, April 1, 2013

Aku Dan Johor Bahru



Sebagai orang 'rantau utara', aku hanya mengenali Johor Bahru pada tahun 2007. Pada masa itu, cinta telah membawa aku ke kota paling selatan di Malaysia. 

Cinta telah membuatkan aku menunggang dari Equine Park ke Puduraya, meninggalkan motor di Puduraya dan menaiki bas ke sebuah tempat yang aku belum pernah terbayang rupa bentuknya. Cinta telah memanggil walaupun hanya sekadar ke sana untuk berbuka puasa. Cinta telah membuatkan aku hampir terlanjur mahu setiap minggu ke sana. Cinta telah memperkenalkan aku dengan Johor Bahru. Bagi aku, Johor Bahru adalah kota cinta pada saat itu. 

Penghujung 2007 aku bertukar ke Jabatan baru. Di jabatan ini, aku berpeluang untuk ke Johor Bahru dengan percuma sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Cinta pernah membuatkan aku meminta ditinggalkan pemandu jabatan demi membungkus nasi ayam penyet kepadanya yang belum makan, menghantar kepadanya, dan bergerak ke Larkin untuk mendapatkan bas pulang ke ibukota.

Tetapi, itulah kali terakhir aku dibodohkan oleh perasaan sendiri. Johor Bahru mengajar aku soal apa itu cinta dan apa itu kebodohan.

Masa berlalu. Tahun berganti. Pengalaman mendewasakan. Kotak fikiran telah berganti isu untuk dibahas minda. Tiada apa yang sentimental tentang Johor Bahru yang tersisa dalam kotak fikiran aku selain kenangan tentang kejayaan mendesak si Azward Azis untuk membawa aku bersiar-siar ke Kota Singa dengan Suzuki Swift barunya ketika itu.

Tadi, aku ditugaskan memantau penghantaran bahan propaganda kesihatan ke Johor Bahru. Walaupun aku pertama kali ke Johor Bahru demi cinta, tugas telah selepas itu menghantar aku berbelas-belas kali ke sana.

Sang pemandu memasuki Johor Bahru melalui Skudai. Kami terus ke destinasi penghantaran, menurunkan bahan propaganda dan makan tengahari di kawasan Kampung Bahru, Jalan Abdul Samad. Kami kemudian terus pulang ke Putrajaya.

Aku seperti tidak berperasaan apa-apa langsung tentang apa-apa kenangan. Aku pun pelik. Aku memandang sebuah hotel di Skudai. Tersenyum sahajalah mengenang kebodohan silam. Aku pernah mahu menginap di situ kerana hari sudah jauh malam di kota cinta ini satu ketika dahulu. 

Aku meninggalkan Johor Bahru seperti kota-kota lain yang aku perlu sambangi demi tugas. Keganjilan terasa kerana Johor Bahru bukan calang-calang kota dalam arkib minda ini. Namun aku tersentak seketika menyedari aku tidak pernah memilih untuk bermalam di sana jika ditugaskan ke situ. Mungkin seandainya aku memilih untuk bermalam, kenangan datang menerpa tanpa aku mampu menghalang. 

Terima kasih kepada sang cinta yang itu telah membawa transformasi besar dalam hidup aku sehingga aku mampu hidup gembira selama empat tahun ini tanpa ditemani seorang cinta.