Friday, February 19, 2010

Krabi 8 : Menuju Maya Bay, Ko Phi Phi Leh

Kelihatan feri-feri terus berlabuh membawa 'parasit-parasit' masuk ke pulau ini.


Aku terus dibawa ke sederet perumahan batu bertiang-tiang bawahnya betul betul di tepi laut di sebelah kanan Phi Phi Pier. Agaknya rumah baru kot yang dibina lepas tsunami. Aku diminta tunggu sambil menghadap bot ekor panjang (long tail boat). "Sat ni, ada pompuan gemuk mai, bagi tiket." kata dia. Aku pun ditinggalkan bawah kolong tu. Setelah perempuan gemuk yang diaksudkan tu ambik tiket aku, aku melayan karenah anak-anak kecil penduduk di situ yang segan dengan pelancong yang bercakap bahasa yang depa tak paham.

Tetiba ada lelaki datang kat aku. "Tikop? Tikop?" tanya dia. "I give.. I give.." sambil tunjuk akak gemuk tadi. "Tikop? Tikop?" tanya dia lagi. Aku sengih. Angkat bahu buat isyarat tak paham. Tiba-tiba akak gemuk tu datang. "Fin." sambil tunjuk selonggok kaki itek dengan peralatan snorkeling. "Oh. No no. No need." sambil geleng kepala dan senyum.

Kelihatan 5 orang pelancong omputeh sedang mengambil peralatan tersebut. Hah. Sah naik ngan aku. Aku menghampiri mamat tikop tadi. "Sea water.. fushhh .. fushhh... into boat..?" sambil buat isyarat air masuk bot. " No. no. Now high season, low season, yes." jawabnya. Hah. Penipu punya Siam Kedah tadi. "If not.... I want this... one.... put my bag... inside...." sambil aku tunjuk plastik sampah yang berisi botol-botol mineral kosong yang bertimbun. Dia senyum. Dan mengarahkan 4 lelaki dan 1 perempuan omputeh tu untuk naik bot kayu bernama Vipaporn. Dan dia suruh aku naik sekali. Elok aku nak rabat bot, dia panggil aku dari bawah kolong sambil menunjukkan plastik sampah yang baru. Horei.

Tu dia bot panjang Vipaporn yang kami akan naik.

Anak-anak tempatan yang lahir selepas tsunami. Apakah mereka akan mewarisi kerja membawa bot, dikeji carut dengan bahasa yang mereka tak fahami semasa membawa pelancong yang datang bertenggek di pulau mereka?

Bot-bot di kawasan ini bnyak juga yang mengabadikan nama gadis Melayu Islam seperti Naemah, Nong Laila, Sarah dan sebagainya.

Dua mamat warga Israel yang naik bot ngan aku. Thailand mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan agensi pelancongan dari Israel juga terdapat di Ko Phi Phi.

Deretan kediaman pengusaha bot panjang ni. Rata-ratanya orang Islam.

Seorang penduduk tempatan sedang berkanu.


Destinasi pertama, Monkey Bay. Bot pun berlepas dari pantai dan membelah laut jernih tetapiagak beralun pada petang yang berangin tu. Sepasang omputeh laki dan perempuan tu warga Denmark. Yang mari bertiga tu pulak, 2 Israel dan 1 Norway. Rupanya yang bertiga tu dorang cuma mula kenal kat Phi Phi. Dan atas bot ni, dorang berkenalan dengan couple Dnmark tu. Aku dok belakang sekali dekat ngan juru kemudi. Tak mau aku campur dengan depa. Posing-posing kekwat. Haha. Ye la. Depa semua pakai seluar pendek tak pakai baju tak berkasut hoo-haah macam pulau Benjamin Netanyahu je. Aku ni dengan cargo pants, t shirt komplimentari, beg besar, macam rumah aku kat Phi Phi Leh je. Haha. Sah sah doang taknak geng ngan aku kan?

Oh best. Lelaut kat Monkey Bay agak cantik. Bot berhenti. Kami turun, nak mendekati monyet. Memang la boleh dekat. Dekat yang amat dekat. Sampai monyet berani panjat orang, panjat bot.

Perairan berdekatan Monkey Beach


Now don't be like Monkey. Terdapat chemistry antara orang Yahudi dan monyet agaknya. Maybe sebab Black Sabbath. Kuang3.

Monyet kat pantai ni semua photogediks. Gila lensa.


Lepastu kami pergi ke Shark Watching Coral. Bot berhenti, lima-lima depa terjun. Sebelum tu lelaki Denmark tu tanya aku. "You don't swim?". "No.I just want to snap some picture." jawab aku. "Okay" jawabnya.

Sempat la budak-budak Israel tu mengumpat. " Is there a shark here? I don't see any shark?" tanya sorang tu kat juru kemudi. "Only in the morning!" jawabnya. " So why we are coming here. Now is afternoon." pekik mamat Israel tu. "If we come in the morning and we are not seeing any shark, they will definately say 'only in evening'. That is how they make money." jawab mamat Norway tu kat mamat Israel kawan dia. "Oh yeah. I know the shit." jawab mamat Israel tu. Jurukemudi sebok kerat-kerat tembikai dan baling ke laut di kawasan mereka menyelam untuk memastikan mereka dikerumuni ikan belang-belang dengan banyak. Dorang pun sambung snorkeling dan bersuka-suka mengambil gambar dalam air dengan kamera digital kompak biasa yang diletakkan dalam sarung kalis ai khas.

Aku yang pening dah akibat Teh Pulau Panjang dan bot yang dipukul alun laut ni berhajat untuk pasang rokok sebatang. Aku offer rokok kat juru kemudi bot. "Nah, Malaysia cigarette. Try." ujar aku. "Oh. Malisha. Makan Nasi." jawabnya sambil mencekau rokok aku. "Haha. Makan nasi. Makan nasi is easy here. Many-many shop sell rice." kata aku. "Yes. easy makan nasi." jawabnya lagi. Agak aku, itu je la yang dia tau cakap.

Kawasan snorkeling " Shark Watching Coral" yang non ado ikan yu nyer.

Ikan tu semua kerumun bila budak bot tu baling tembikai.

Nampak cetek, tapi 2 meter dalamnya.


Habis rokok sebatang, juru kemudi pun dok sibuk check itu, check ini, isi minyak, macam-macam. Seketika kemudian, mamat Denmark tu pun naik. Aku letak kamera kat peha. Seluk poket ambik rokok lagi. Ktang! Klek! Kamera aku jatuh atas lantai buluh bot tu dan jatuh ke bawah lantai tu yang memang ada air sisa-sia yang melompat masuk. Aku menoleh ke bawah. Aku cuma nampak bahagian muka lensa di atas dan separuh lagi tenggelam dalam air. Aku capai dengan pantas. Aku tengok mamat Denmark tadi. Mamat tu cepat-cepat pandang tempat lain. Hati aku berdebar-debar. Maya Bay cuma tinggal 1 km je lagi. Dekat 900 km telah aku habiskan untuk perjalanan ke Maya Bay ni. 99.99 % perjananan ke sini telah disempurnakan. Apa yang dah terjadi ni? Apa ni??? Tidakkkkkkk !!!!

Aku angkat kamera aku. Lap lekas-lekas dengan baju. Nampak macam kering. Tapi ada lagi air meitik keluar. Aku dah nak menangis time ni. Aku tak heran yang aku baru beli kamera tu bulan lepas kat Low Yat. Aku tak heran yang kamera tu cuma baru snap gambar tak sampai 300 snap. Aku tak heran kalau kamera tu nak jatuh pukul 7.00 malam kang dalam air.

Yang aku ralat, kejadian ironik ini berlaku semasa aku perlu menyelesaikan lagi 0.01% sahaja perjalanan aku ke Maya Bay, Phi Phi Leh. Maya Bay adalah end point aku dalam kembara ni. Kemuncak kepuasan kembara ini. Dan seperti ditakdirkan Allah, aku dilarang ambil gambar di Maya Bay hari ini walaupun aku akan pasti ke sana. Aku sedar kat mana kesilapan aku. Mabuk kuasa dua. Mabuk yang halal dan mabuk yang haram telah bercampur.

Aku on kamera. Huh. Menyala. Aku find view, aku snap. Aku tengok hasilnya. Ada blur kat bawah belah kanan. Aku makin berdebar. Aku tengok lense. Masya Allah. Ada ayor dalam tu. Ayor masin pulak tu. Perfect! Perfect disaster! Aku snap lagi pic. La. Kali ni gambar macam berlapis. Aku katuk-katuk kamera konon nak keluarkan ayor. Kamera pun menghembuskan nyalaan terakhir. Aku semakin mabuk laut. Kepala aku pening sebab macam-macam benda. Couple Denmark dengan Geng Norway Israel tu curi-curi pandang.

Erk. Air dah masuk lense. Habis.. hbis... habissssssssssssss!!

Thats it, gambar berlapis. Kamera menghembuskan imej terakhir dengan terakhir foto ini.


"PERFECT! PERFECT!" jerit aku. Aku pandang pasangan Denmark dan mamat Norway yang mula bagi tumpuan kat aku sejak aku katuk-katuk kamera nak nyahwaterkan kamera tu. Mamat Israel dua orang tu tengah sembang kat ujung depan. "I longing for having my pic snapped at Maya Bay and spending my four day off, moving almost 1000km to the north and this happen when I just about to reach there." cakap aku sorang-sorang sambil perhati depa tiga.

"Ouu.. That's bad." mamat lelaki Denmark tu bersuara. Aweknya sekadar mengerut dahi. Englishnya tak bagus. Dia malu la tu nak sembang. "Hey, we can share this camera. And later we can go to internet and have it transfered. Moreover, this is not ours, we borrow it from our someone we knew." mamat Norway tu bagi cadangan.

"The thing is, I will never have the time to meet and transfer and do all things because i know nothing about Phi Phi internet places and the mess is when I had to find you back tonight. You'll must be have some other plan and..." belum sempat aku habis cakap, mamat Israel kawan dia menyampuk. "Ya..tonight we'll gonna be at Raggae Bar quite early and we borrow the camera for two days until tomorrow night." "Yeah tomorrow night we can have the pictures uploaded."

Thats it, esok pagi aku dah nak kena blah. Menyesal aku tak beli adapter Siam semalam kat Krabi dan cas telefon sepanjang malam. Skang, henpon takde bateri, kepala sakit, kamera padam. Maya Bay cuma tinggal 500 meter dari sini. Bye bye la dengan Yahudi-Yahudi tu. Aku kan dah dengan prinsip aku, jangan panjangkan hubungan aku dengan sapa-sapa. Biar mereka hilang ditabir masa.

Aku cuma nak sepak semua orang atas bot tu masuk dalam air, rampas bot, dan pecut arah selatan. Supaya aku leh balik sekarang jugak. Air mata segan nak menitik. Tapi mata aku dah berkaca. Diorang menamatkan perkongsian kesedihan mereka dengan aku sebaik tiba di Loh Samah Bay dan terus bergembira menikmati keindahan batu karang kat situ. Itu hak mereka. Aku nak muntah dah ni. Sorang mamat Israel tu menyelam sekejap je kat Loh Samah Bay. Terus naik bot.

"How far from here to Phi Phi?" tanya dia pada juru kemudi bot. "Phi Phi Don? About 1 kilometer." jawabnya. Mamat Israel tu senyap. Dia cekak dahi. Tengok aku yang cekak dahi jugak. "Is it possible for you to send me back? I feel sick on here. The wave. I cant stand it anymore." katanya ke juru kemudi bot. Mamat bot tu usha aku. Dahi berkerut. Aku usha mamat Israel tu. "Yes, I feel sick too." aku kata kat dia. "OK. Two of us. Can you send two of us?" mamat Israel tu cuba mendesak mamat bot tu lagi. Kali ini membabitkan aku. Dasar Yahudi. Aku berkongsi rasa mabuk laut tu. Bukan berkongsi rasa nak balik ke darat! Suka-suka je manipulasi keadaan.

"We are going to Maya Bay, he will let us ashore for 1 hour I think it is good place to ease the seasick." aku bagi suggestion kat mamat Israel tu. Mamat Bot yang tadi diam je mula bersuara. "Yes. Go Maya Bay, To the beach. Rest!". "No. I can't stand this anymore. Are you going to go back too?" tanya dia kat aku. "I hope so if there is any chance but I think he woulnd't do that. Just have a short rest at Maya Bay." ujar aku yang cuba untuk tidak mendatangkan susah kat mamat bot tu. Mamat bot tu dah dua kali tengok aku, kerut dahi, senyum sinis. Dalam hati dia memang aku tau ayat ni tengah bermain-main, " Cemaner ni? tolong la suruh dia jangan buat pasal.". Tak pun "Aduhh. Macam ni punya orang pun ada?"

Bila semua dah naik bot, mamat Israel tu dengan selamba bagitau yang dia nak balik. Kononnya aku pun nak balik ke darat dengan dia. Kawan seisrael dia lahir tahun monyet kot. Lincah tak sudah. Dia tetap dalam keterujaan dia untuk ke Maya Bay. Jadi yang sebenarnya nak balik cuma mamat ni sorang je.

Sampai la aku ke Maya Bay beberapa ketika selepas tu. Oh, laluan masuk ke telukan tu sebenarnya di sebelah tepi dan memang segaris pantai tu menghadap sebaris gunung batukapur. (atau kuartz?) sebab melihat ciri geologi di Krabi dan sekitarnya, gunung-gunung tongkol di pinggir laut di Telukan Phang Nga ini kelihatan agak tua dari yang boleh dijumpai di Ipoh. Bot pun masuk ke telukan tu. Terdapat berpuluh-puluh lagi bot panjang, tujuh lapan bot persiaran, semuanya tengah menunggu penumpang yang mereka biarkan meredah air surut untuk ke pantai idaman itu. Prefect beach konon. Perfect ironic disaster yang aku dapat tadi tak kira ke?

Sampai kat Maya Bay, mamat Israel tu selamba tanya bot yang longgok sana sama ada kedapatan atau tidak bot yang nak bertolak sekarang ke Phi Phi Don. Dia nak tumpang. "I think they will never switch passenger here. Each of them are bind on agreement or something, we never know.." aku bercakap dengan nada rendah kat mamat Denmark yang dah siap nak turun. "I don't think so. If you pay, they will take the money and you get what you want." sebutnya dengan selamba. Ye la tu kot. Dia dah travel merata.

Sekor-sekor dah melompat ke dalam air nak ke pantai. Tinggal mamat Israel tu dengan rakan senegara dia, dan aku. Air paras buntut. Kalau aku turun dengan beg, dah tentu beg aku basah. Aku nak letak atas bot, mamat Israel tu nak ke darat pulak. Aku dah sampai kat penghujung kembara aku ni. Lepas Maya Bay, perjalanan aku akan ke arah jalan balik je.

Aku perhati je. Aku harap kemahuan dia gagal. Atau ada bot lain ambik dia bawak berambus. Kawan dia keluar duit. Duit oren sehelai, sehelai, sehelai, sehelai. 400 Baht. Mamat bot labu bin kundur ni pun cepat-cepat setuju. Hampeh. " I leave my bag on boat" aku cakap kat mamat bot tu dengan muka tak sedap hati. "Dont worry, I take care.. I take care.." katanya. "He is going, don't you want to go along?" tanya mamat Israel yang muka ada senyum dah. "No. I want to relax on that beach awhile. If I go back, I will get sick also. With alcohol beverages and all." jawab aku selamba sambil turun bot. "Oh, okay." jawabnya. Saja aku menipu. Macam aku kebuloq nak mabuk. Orang kata arak di Thailand tak sekuat arak Malaysia. I dont know. Yang I kow, kat Thailand, arak semua bebas cukai.

Aku meredah air paras bontot dah sampai ke paras peha. Tus! Selipar kiri aku putus. Selang beberapa kaki, Tus! Selipar kanan aku putus. Thats it lah. Aku bukak selipar aku dan ouch, ouch, ouuuchhh. Punyalah banyak batu karang mati kat dasar dia. Kalau main redah, mau berdarah-darah kaki.

Aku terus naik ke pantai dan menuju ke sebelah kanan pantai yang dinaung bayang bongkah gunung yang tinggi. Seperti "Richard" yang baru sampai dan memandang gunung-gunung di belakang pantai menghijau dihadapannya, begitulah aku saat ini. Cuma kedua-dua kaki aku menolak-nolak pasir hingga berlekuk dalam. Pasirnya tak halus mana. Pantai Cenang kat Langkawi lagi halus. Dalam lekuk tu, aku tanam selipar aku yang putus. Simbolik sangat. Dari Ipoh, aku pakai selipar tu sampai Krabi, sampai Phi Phi dan dia mati di titik patah balik kembara ini. Bersemadilah engkau dengan aman wahai selipar. Semua orang nak merasa bersemadi di sini. Kau je yang dapat peluang ni.

Papan tanda ada tulis "Bring back your garbage home" oleh pihak berkuasa Taman Negara Thailand la tu. If an emptied bottle or two that on our posession, should bring it home, with most us having their houses zillion miles away, it is not right to bring garbage to board flight, so just leave it here. Mungkin sebab tu botol mineral kosong dengan tin beer Singha dan Chang ader je tersadai atas pasir. It is not adequate enough per person kot untuk mentakrif sampah di tangan mereka adalah garbage dan it is impossible for them nak bawak balik ke rumah masing-masing. Mungkin ayat yang sepatutnya ialah " Please keep all the the rubbish with you off this island". Tu dia budak English SPM dapat C5 silabus Malaysia dah bersuara.

Aku seakan-akan anak kecil yang hilang sesuatu yang amat disayanginya. Aku berada di tempat yang memang aku nak tuju, tapi aku tak punya kamera lagi yang mampu berfungsi. Aku tahu, kembara aku yang mencecah 4 hari 4 malam ni sebenarnya semata-mata untuk berada 1 jam di pantai ini. Namun aku tidak dapat merakam gambarnya dengan aku tersemat sebagai subjek berlatar lanskap antara paling unik dalam dunia. Cita-cita aku untuk bingkaikan pemandangan ini menghiasi rumah aku di Presint 5 musnah.
Dari rimbunan belukar di belang aku, aku tak mampu berfikir lagi tentang nasib malang yang tertimpa hari ini. Aku terdengar lagu Paradise dari Moby terngiang-ngiang di telinga aku. Kemudian lagu Pure Shore oleh All-Saints. Arghhhhhhh! Separuh Maya Bay telah diredupkan oleh gunung batu. Inilah rasa ralat pertama aku di tahun 2010. Ralat yang amat besar dan terasa sia-sianya aku berdiri di telukan idaman ini.


Gambar yang diperoleh di internet ni hampir tepat dengan bayang-bayang gunung masa aku pergi tu. Mungkin tarikh dan waktunya hampir sama dalam tahun yang berlainan. Di tempat yang ditandakan itulah aku termanggu dengan fikiran bercampur aduk. Sia-sia? Atau berjaya?

No comments:

Post a Comment