Saturday, May 8, 2010

Senaman Memori : Sepuluh Tahun Pertama

Adakah anda mempunyai haulawala untuk mengingati sesuatu yang sangat lama telah ditinggalkan dalam lipatan memori. Atau lipatan memori anda telah dimakan bubuk? Lalu membuatkan anda sangat bangang untuk mengingatinya? Adakala, anda perlu melatih tubi untuk membuat senaman memori seperti ini:

1978
Tiada dalam ingatan.

1979
Tiada dalam ingatan.

1980
Tiada dalam ingatan

1981
Saya nampak Metrojaya di Ipoh Garden Plaza dari flet kem askar Jalan Tambun.

1982
Aroma tahi lembu di Taman Cempaka sangat kuat. Bau jerebu petang masih melekat di kepala.

1983
Cina lori bawak barang pindah ke Taman Perpaduan sebut " itu bapak aa "

1984
Adik kena paku masa kitorang dengan anak-anak Che Lieh 'mengembara' ke sisa kayu binaan yang hangus.

1985
Menyanyi di hari kanak-kanak sambil menangis.

1986
Balik kampung sedondon dengan adik pakai baju Geelong University Melbourne yang dibeli kakak.

1987
Malam final Juara Lagu 1987 Zaiton Sameon juara kitorang bersiap nak balik kampung naik tren di Tg. Rambutan Station.

1988
Mr. Ong cikgu Alam Manusia perli aku sebab tak dapat jawab... " Diaa.. tengok Dallas .. Kita mesti mau tengok Discovery!"

Friday, May 7, 2010

Carutan Jumaat : Jika Takut Dilambung Ombak...

Orang Nepal kata, " kalau takut dilambung ombak, marilah berumah di pergunungan Himalaya". Yer lah u all, di Nepal tak ada laut. Begitu juga kata orang Bangladesh, " kalau takut avalanche, jangan berumah di Utara Nepal ". Salji tebal sangat katanya.

Banyak perumpamaan yang membawa otak kita ini ke alam yang lebih terang. Kecuali bagi mereka yang bodoh, dungu dan lambat pick-up. Maka golongan ini berada di dalam zaman kegelapan dan zaman renaissance seolah-olah impian yang tak tercapai dek akal mereka.

Kedunguan sesetengah manusia tidak pernah berlaku dalam bidang kewangan. Itu yang menghairankan. Sebodoh-bodoh manusia yang lembab itu, wang adalah kayu ukur bagi mereka berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, burut sama kengkang dan tempang sama hencot dengan orang lain.

Sesetengah itu hanya memperoleh wang dengan menggadai badan dan seharusnya, mereka tidak perlu ke sekolah yang mengakibatkan ibu-bapa mereka kerugian hampir RM1 juta ringgit membelanjakan segala kos untuk menyekolahkan mereka.

Sedar atau tidak, jika kehenseman manusia atau kecantikan paras rupa itu merupakan kecacatan, nescaya ianya merupakan kecacatan paling tinggi nilainya dalam ketamadunan manusia.

Tetapi cukupkah sekadar kehenseman sahaja? Otak yang relevan juga perlu yer. Jika muka cantik tetapi huduh buruk kelakuan dan tandus kesedaran dan keprihatinan, ianya turut dikategorikan sebagai kecacatan.

Jadi, bak kata pepatah Venezuela yang berbunyi, masuk kandang gajah berbelalai dan masuk kandang tapir berhitam putih, seseorang yang tidak berotak itu haruslah sedaya upaya untuk mencari otaknya yang hilang jika berada dikalangan para pengamal ilmu carutan tanpa had.

Kembali kepada pepatah Nepal, " jika takut dilambung ombak, marilah berumah di pergunungan Himalaya"

Thursday, May 6, 2010

Pokok RM6.00 Yang Cantik

Semalam aku gi Carrefour ngan Billy Khairi si hosmet aku. Hosmet tu 'housemate' ler. Tetiba, kat seksyen telur berpapan tu aku nampak pokok feberet aku. Pokok apa nama aku taktau. Tapi pokok ni kalo kat rumah mak aku memang besar sikit. Tapi yang ini comel. Macam versi hobbit la.

Aku pun beli. Sepasu RM6.00. Murah gilak. Beli la dua. Pastu aku letak kat tepi TV.

Ada yang tanya, macammana la pokok tu nak hidup dalam rumah. Aku pun jawab, kalau pokok tu boleh hidup dalam Carrefour tu, apa cerita pulak?

Lepas tu, aku letak batu kapur yang aku jumpa 12 tahun lepas di projek pembinaan Lost World of Tambun. Kan. Memang sayang batu la aku ni. Batu kapur yer. Bukan kapur batu.

Semoga pokok ini kekal dan kalau membesar pun tak apa. Biar besar beranak pinak.


Mengapa Saya Tidak jadi Penyanyi

Kejadian berlaku ketika saya berumur 7 tahun. Saya suka menyanyi. Setiap hari saya menyanyi lagu Layang-Layang Putus Tali, dari kumpulan Alleycats yang popular pada waktu itu. Saya boleh membaca pada waktu itu walaupun saya tidak pernah masuk tadika. Sebab saya tidak minum susu lembu. Saya minum santan je.

Oleh yang demikian, saya telah berjaya menghafal lagu Alleycats tersebut hasil membaca dan menghafal dari lirik lagu yang terselit di URTV.

Oleh kerana kemenyampahan dengan sikap saya yang suka menyanyi di dalam kelas, Cikgu Salmah, Cikgu Syarifah dan Cikgu Faridah telah mendajeikan saya dengan menyuruh saya membuat persembahan.

Rupa-rupanya, di hari persembahan, barulah saya tahu yang berjuta-juta penonton sedang menantikan persembahan saya yang mewakili murid tahun satu SRK La Salle, Canning Garden, Ipoh pada Hari Kanak-Kanak 1985.

Saya menangis tidak mahu pergi. Tetapi ianya menjadi hiburan kepada ketiga-tiga cikgu Melayu nakal ini dan mereka terus memujuk. Guru Besar, Rev. Bro. Lucian Ng yang baik hati itu juga terbabit mendajeikan saya dan akhirnya saya menangis lalu menyanyi di atas pentas.

Nyanyian saya menjadi sorakan penonton yang menyangka ianya rektorik persembahan lagu berair mata yang sebenarnya tidak! Saya menangis mengenangkan kenapa saya perlu buat show pada usia sebegini muda hanya untuk menghiburkan sesetengah pihak yang suka tengok saya menangis.

Sebab itulah saya tidak menjadi artis kerana saya tidak mahu persembahan saya dipergunakan untuk kesenangan pihak tertentu. Boleh?

Wednesday, May 5, 2010

Petikan Skrip : Cerucuk (#99)

99.

1330 - 115/5050

FADE-IN

EXT. SEBUAH PASARAYA BERHAMPIRAN KEDIAMAN MAAROF
JIRAN MAAROF 1 (RUJUK 95(b/b).)YANG BARU LEPAS MEMBELI-BELAH TERSEREMPAK DENGAN SEORANG LAGI PENDUDUK DI APARTMENT MAAROF, JIRAN MAAROF 2. DIA MELAMBAI DAN MEMANGGIL SAHABATNYA ITU DENGAN NIAT UNTUK MENCERITAKAN SESUATU.

JIRAN MAAROF 1
Taha! Taha!

JIRAN MAAROF 2 MENOLEH DAN BERALIH HALUAN MENUJU KE JIRAN MAAROF 1.

JIRAN MAAROF 2
Apa hal, Karim?

JIRAN MAAROF 1
Kat tingkat aku duduk tu, rumah hujung tu, kau kenal tak siapa?

JIRAN MAAROF 2
Oh.. Budak tu? Ada kat surau semalam. Tapi tak pulak aku siasat nama dia. Bukan bercampur orang dia tu. Apa hal nya?

JIRAN MAAROF 1
Baru kejap tadi, aku dengar dia dok menjerit-jerit dalam rumah. Maki-maki.

JIRAN MAAROF 2
Ishh! Tak payah campur lah rumahtangga orang.

JIRAN MAAROF 1
Budak tu bujang. Duduk sorang-sorang.

JIRAN MAAROF 2
Kau ni pun. Entah-entah bini dia kat kampung. Lepas tu tak dapat nafkah batin. Lepas tu call dia tuntut fasakh. Dah tentu la dia mengamuk.

JIRAN MAAROF 1
Fuiyo. Dahsyat kau punya hipotesis.

JIRAN MAAROF 2
Bukan hipotesis la. Itu adalah alasan rekaan aku demi untuk bersangka baik sesama manusia. Faham?

JIRAN MAAROF 1
Tapi... kalau dia maki-maki dalam telefon, apa halnya yang dia jerit berambus.. berambus... maknanya ada la sesiapa dalam rumah dia kan?

JIRAN MAAROF 2
Hmm..... Macam ni lah. Aku sarankan supaya kau berfikir yang dia tengah baca skrip drama.

JIRAN MAAROF 1
Kepala hotak engkau. Dia tu kerja tapak bina.

JIRAN MAAROF 2
Kalau macamtu, kau anggap lah yang dia tengah practise nak halau penunggu tapak bina.

JIRAN MAAROF 1
Kau ni yang merepek tak tentu pasal kenapa?

JIRAN MAAROF 2
Bukan. Menurut apa yang aku tahu, menduga-duga benda yang kita tak tahu dengan sangkaan buruk tu lebih bahaya dari fitnah. Sebab dari dugaan yang macam tu lah lahirnya fitnah. Reti?

JIRAN MAAROF 1
Aku cuma nak bagi tahu je. Aku tak kata dia apa-apa pun.

JIRAN MAAROF 2
Tapi, dari cerita kau, orang akan cerita kat orang lain, lepas tu orang lain tu akan cerita kat orang lain, cerita tu dah bertokok tambah. Yang memulakan tu siapa? Sebatang mancis boleh membakar rumah, Karim.

JIRAN MAAROF 1
Tak per lah. Aku nak balik dulu.

CUT-TO

Sunday, May 2, 2010

Petikan Skrip: Pulau Sembilan (#23)

23(d/d).

TIBA-TIBA SANTAPAN HABSAH TERHENTI. MATANYA MERENUNG LAUT DENGAN PANIK. KETAM BAKAR YANG DIPEGANGNYA JATUH. DAUD DAN NOR JUGA TERPERANJAT.KELIHATAN API MENYALA DI PINGGIR PANTAI SATU PERSATU. MEREKA MEMANDANG SESAMA MEREKA. TIGA OBOR YANG DIBAWA OLEH TIGA LELAKI BERGERAK MENUJU KE TEMPAT MEREKA.

NOR
(V.O.)
Pak.. Pak balik.. Mak.. Aut..


HABSAH MENGUKIR SENYUMAN. TETAPI DAUD MENGISYARATKAN AGAR NOR DIAM. SETELAH ITU AIR MUKA KETIGA-TIGA BERANAK ITU BERUBAH KETAKUTAN.

HABSAH
Ya Allah!

NOR
Mak.. Noq takut.. bukan pak..

TIGA LELAKI BERBADAN TEGAP DENGAN PEDANG PANJANG TIBA DI PERTEDUHAN MEREKA. KETUANYA TERUS MELETAKKAN PEDANG NYA DI LEHER DAUD YANG KETAKUTAN. HABSAH MENJERIT.

HABSAH
Jangan! Anak aku!

LANUN 1
Buat apa di sini kau anak beranak?

DAUD
Perahu pecah. Kami nak pi Pangkor.


LANUN-LANUN KETAWA BERDEKAH-DEKAH.

LANUN 1
Pelarian Kedah! Ini lah Pulau Pangkor. Pangkor mana lagi? Kutip semua harta Kedah. Kau! Selongkar dan kutip apa yang ada.

LANUN 2
Macam tak ada apa-apa yang bernilai.

LANUN 1
Bodoh!

LANUN 1 MERANGKUL TANGAN NOR. NOR MENJERIT. HABSAH MERAUNG. DAUD CUBA BANGUN TETAPI DITERAJANG DAN DIPIJAK KEPALANYA KE PASIR OLEH LANUN 3.

LANUN 1
Yang ini besar nilainya!

NOR
Mak.. Matilah Noq mak!

HABSAH
(Meraung)Jangan! Jangan ambik anak aku!


LANUN 1 MENENDANG MUKA HABSAH. HABSAH PENGSAN. DAUD YANG DIPIJAK DAN DIHUNUS PEDANG MERONTA. NOR MERONTA SAMBIL MULUT DIPEKUP OLEH LANUN 2.

LANUN 1
Kau! Bawak perempuan ni ke perahu.

LANUN 1 MENOLAK LANUN 3 KE TEPI.

DAUD
Mak.. Noq.. (Menangis)

LANUN 1
Budak ni pun manis!


DAUD KETAKUTAN DAN MERONTA-RONTA. KEKUATAN LANUN 1 TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEHNYA.

DAUD
Jangan! Jangan! Tak mau!


LANUN 1 MENUMBUK MUKA DAUD. DAUD TERLENTANG PENGSAN.

FADE-OUT