Tuesday, April 5, 2011

Terkahwin Bapok? Nampak Benor Nipunyer..

Jakarta - Fransiska Anastasya Octaviany @ Icha @ Rahmat Sulistyo yang mengaku menjadi perempuan akan dihantar untuk ujian mental. Namun, pihak Hospital Polis Kramat Jati belum Umar dan Icha menikah seminggu selepas lebaran tahun 2010 lalu. Keduanya hidup serumah dengan orang tua Umar di Jatiasih, Bekasi. Setelah enam bulan berlalu baru diketahui bahawa Icha merupakan seorang laki-laki yang bernama Rahmat Sulistyo.Penduduk kampung kemudian membuat laporan polis ke atas Icha yang berbadan lebih gagah dibanding Umar. Saat ini Icha telah ditahan di lokap bersama-sama 15 tahanan lelaki. Umar dan Icha berkenalan melalui Facebook dan diancam tujuh tahun penjara. Icha mengaku mengalami masalah jiwa.

Gitulah, zaman dah tak boleh berkonsep ketimuran lagi. Kalau di negara ini pernah kes seorang wanita dinikahkan dengan seorang pengkid secara tanpa sesiapa mengetahui, dan akhirnya terbongkar, kes dalam sudut lain pula berlaku di Indon. Si Umar ni kalau memang dia tak tau yang si Icha ni adalah bapok, mengapa dia memerlukan 6 bulan untuk membuat kecoh berhubung isu ini. Adakah si Umar itu memang kaki bapok yang telah merancang untuk menikahi seorang bapok? Jika tidak, mungkin selepas ini, untuk merancang pernikahan, sesebuah pasangan perlu saling mempertunjukkan alat kelamin masing-masing. Astaga.

Monday, April 4, 2011

Seorang Peguam Yang Pandai Ditentang Berjuta-juta Manusia Yang Bodoh


Amat melucukan melihat seluruh rakyat Indon menghentam seorang peguam di negara mereka, David Tobing yang mahu pemakaian jata negara Indon di jersi pasukan kebangsaan mereka dihentikan. Ramai yang memberi persepsi buruk terhadap David Tobing, mengutuk, mengeji dan menyindir peguam tersebut, padahal peguam tersebut melakukan perkara yang betul!

Jadi siapa yang bodoh sebenarnya? Rakyat Indon itu sendiri kah? Agak pedih mendengarnya, tetapi itulah hakikat yang sebenar.

Jata negara atau lambang negara atau national emblem digunakan oleh semua negara bagi urusan yang melibatkan urusan rasmi sesebuah negara dalam misi diplomatik, birokratik, pentadbiran pemerintah dan segala yang mewakili sesebuah negara di atas urusan hitam putih.

Bukan di atas padang hijau dan balapan merah! Semua negara tidak menggunakan lambang jata negara yang sangat ditinggikan itu melebihi acara berpertandingan apatah lagi sekadar, bolasepak.

Jata negara tidak boleh dipertaruhkan untuk mewakili kekalahan atau kemenangan kerana sudut diplomasi tidak mengira siapa kalah dan siapa menang. Ia semata-mata jata negara, yang menjadi lambang ganti nama di persada hubungan antarabangsa. Bukanlah di arena sukan. Ini diamalkan di seluruh dunia.

Mengira bahawa lambang FAM mempunyai gambar Harimau Malaya yang turut terdapat dalam jata negara Malaysia, penyokong bolasepak Malaysia mengangkat Harimau Malaya sebagai maskot pasukan bolasepak kebangsaan.

Tetapi, pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia di bawah PSSI, tidak dapat meletakkan burung helang yang tidak terdapat dalam lambangnya walaupun ia telah diangkat menjadi maskot pasukan tersebut, Indonesia mengambil tindakan lucu dengan meletakkan national emblemnya pada jersi pasukan kebangsaan mereka.

Mereka berbalah dari tahun lepas tanpa tidak ada sesiapapun melontarkan idea agar lambang PSSI diubah dan dimasukkan imej burung helang yang persis jata negara mereka supaya 'Garuda' tersebut masih dapat tersemat di dada mereka, dan mengelakkan national emblem dipergunakan semurah-murahnya seperti yang ditentang oleh David Tobing.

Malangnya David Tobing yang melakukan perkara yang betul, kini ditentang oleh berjuta-juta penduduk Indonesia yang bingai.

Melihat Tingkahlaku Awan

Beginilah kelajuan apabila 15 minit dilajukan menjadi 15 saat. masa yang diambil untuk save footage ini ke dalam kelajuan ini mencapai 90 minit. Malang sungguh behavior awan tidak seperti yang diharapkan:


Ini pula kelajuan di atas digandakan menjadi hanya 7 saat. Setelah memadatkan video di atas, kerja melajukan menjadi mudah. Masa yang diambil cuma 10 saat :


Video ini di rakam di Taman Perpaduan, Ipoh 03.11.2011 jam 6.30 petang.

Sunday, April 3, 2011

"Habis Dimakan Monyet" Karya Hassan Muttalib


Karya Hassan Muttalib, animasi Sang Kancil Menipu Buaya. "Habis dimakan monyet" merupakan tagline popular yang dipetik dari animasi ini.

Taman Perpaduan


Nampaknya Canon Powershort A495 masih lagi relevan untuk dilanyak dan dirakamkan video pergerakan yang dilajukan bagi memberi kepuasan kepada penghasilan kraf video. Muzik ni pulak aku buat pakai Fruity Loops 5.