Saturday, November 26, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (II)

HARI 2


Pagi-pagi ujan renyai membuatkan suhu agak sejuk la. 21°C camtu. Lepas semua dah siap turun, kami berjalan ke pinggir laut yang terletak 300 meter di hujung Nathan Road dan pemandangan pulau Hongkong tersergam di seberang sana. 



Setelah puas bergambar, kami pun menaiki Star Ferry yang terminalnya terletak kira-kira 200 meter ke sebelah kanan pinggir laut itu. Tambangnya $2.80 untuk dek bawah dan $3.40 untuk dek atas. Tapi alahainya, perjalanan dia lebih singkat dari Feri Pulau Pinang. 10 minit membelah Selat Hong Kong, kami sampai ke Central Pier di sebelah pulau.



Tujuan hari ini tentulah nak naik keretapi bukit yang fofuler tu. Keretapi Bukit Bendera pun kita tak pernah naik lagik tau. Kami menunggu bas N15 yang sepatutnya berulang alik dari stesen Peak Tram dengan Central Pier tu. Non hado. Dekat sejam juga. Nakhoda pun mengarahkan jalan kaki kepada para kelasi memudiki laluan pejalan kaki menuju ke stesen Peak Tram yang terletak 1.2 km dari jeti. Sogokan pemandangan bangunan-bangunan dan jalaran tramway bersilih ganti berjaya memukau para peserta sehingga mereka tidak terasa berjalan pada jarak itu. Nasib la kan. 

Setibanya di stesen Peak Tram, satu lagi dugaan menunggu. Orang beratur melingkar-lingkar. Padat. Hari Sabtu kot. Mendapatkan tiket mereka pun makan masa 1 jam hanat. Sesudah dapat tiket, kami bersesakan untuk menaiki Peak Tram dan perjalanan mendaki bukit selama 25 minit itu menghilangkan noya beratur beli tiket tadi.






Peak Tram membawa pengunjung menaiki Victoria Peak tapi bukan ke puncaknya. Hanya sekadar di kawasan bawah puncaknya yang tersergam sebuah kompleks unik bernama The Peak. The Peak mempunyai bumbung rata tempat pengunjung menikmati saujana pemandangan Hong Kong, Selat Hong Kong dan Kowloon yang dinamakan Sky 428 kerana berkedudukan 428 meter dari paras laut.



Tiket trem bukit bersekali dengan naik Sky 428 berharga $88.

Di dalam The Peak terdapat kompleks membeli belah, restoran-restoran, kedai cenderamata Hard Rock Cafe, gedung pamer patung lilin Madame Tussaud dan beberapa lagi tarikan.



Kami turun pukul 2 petang dan berjalan ke pinggir jalan besar dari stesen Peak Tram di kaki bukit untuk menaiki Tramways pula. Tak Hong Kong la kalau tak cuba benda ni tau. 



Tramways merupakan perkhidmatan trem dalam bandar yang ada di Pulau Hong Kong sahaja. Terdapat 6 laluan dari timur ke barat tetapi hanya 5 laluan yang boleh dinaiki sekiranya mahu ke Causeway Bay, sebuah lagi daerah beli belah di Pulau Hongkong. Beli belah ke kalau harga tak boleh belah?

Kami menaiki Tramway untuk ke Wan Chai, mencari Islamic Center yang menempatkan Masjid Osman Ramju dan Islamic Canteen. Tidak sesat kita menemukan lokasinya tetapi kantinnya sudah kehabisan dagangan. Terpaksa kita mencari sebuah lagi kedai Nasi Ayam dan Nasi Itik yang dikenali halal bernama Wai Kee yang terletak di medan selera tingkat atas di sebuah pasar kira-kira 300 meter dari situ.



Bagi memastikan keselamatan mutu makanan peserta, kita sebagai kapten pun memesan nasi itik dan makan sorang-sorang sambil rasa nak tumbuk nyonya yang asik membebel tu. Bersangka baik. Mungkin anak dia mengandung luar nikah. Setelah kenyang, kita pun memanggil gerombolan kelaparan itu ke Wai Kee. Malangnya, bukan semua boleh mentekedarah itik. Ayam da habis da. Pukul 5 petang da kan.


Lepas makan kami berjalan kaki ke Causeway Bay dan sepanjang jalan ini, terlihatlah betapa sesaknya Hong Kong di petang Sabtu. Sesaknya luar biasa tetapi di sini, itu biasa. Seperti malam tahun baru di Bukit Bintang.


Dek kerana rimas dengan manusia bak ulat taik ini, para peserta memohon bertukar tempat. Jadi kita bawa mereka ke Ladies Night Market di Mongkok dengan menaiki MTR. Cuma..

MTR di Pulau Hong Kong ditunjangi aliran Island Line. Di stesen Admiralty dan Central, penumpang boleh bertukar ke Tsuen Wan Line yang bermula di Central merentasi bawah laut ke Kowloon dan bahagian utara. Di stesen Central juga penumpang boleh bertukar ke MTR Tung Chung Line dengan berjalan kira2 100 meter ke stesen Hong Kong.

Cuma, kami bertukar di Admiralty. Kepadatan penumpang beratur di tepi platform memanjang hingga 10 meter. Sebaik dapat masuk tren, kesardinannya berada pada tahap badan berlaga badan. Ini kali baru nampak wajah pasrah masing-masing warga sana. 

Setiba di stesen Mongkok, kami terus ke Ladies Night Market yang terletak di sebatang lorong berselari dengan Nathan Road sebelah timur. 





Para peserta pun menabur dolar-dolar tongkang yang ada dan kita pulang pukul 10 malam selepas menaikkan mereka ke dalam dua teksi kerana mereka dah tak kuasa nak naik MTR.


Thursday, November 24, 2016

Hong Kong Trip 18 - 21 Nov 2016 (I)

Hoi lama tak update blog ye. Maklumlah zaman Facebook ni sapa nak pandang blog. Tapi keinginan nak bercerita hanya sesuai diterjemah di blog lah kan. Ko meraban panjang-panjang kat Facebook takde sapa nak baca pun. Abis-abis dia baca sebaris, dia boh Like atas dasar ihsan kawan-kawan. Lepas post ke blog, sapa tak baca pun takpe. Tapi takkan takde sapa baca kan?

Eh, menceceh panjang-panjang buat ape la? Ni nak update tentang catatan perjalanan julung julung gulung kalinya. Aih, terbang sana sini, jadah mende julung nye? 

Tak, kisah dia begini. Selama ni kita selalu ambik upah jadi tour leader dengan mana-mana syarikat yang nak pakai kita. Segalanya bermula Mac 2015 dengan group ke Saigon seramai 18 orang. Sehingga hari ini, dah puluh-puluh trip la kita bawak. 

Tapi untuk julung kalinya, kita cuba organize sendiri trip yang jarang syarikat travel nak buat. Sebab apa? Sebab mahal la walaupun bajet. Tapi kita cuba kan la yer.

Bulan 6 lepas, kita war-warkan trip Hongkong 4 hari 3 malam dengan 1 hari pas masuk ke Disneyland. Kita tutup pelawaan tu dengan mengumpulkan 7 peserta dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 bayi. Harga pakej? RM1450.


Sesudah segalanya cantik di itenirari, oh, itenirari kita memang cantik tau. Masuk bakul angkat sendiri ni. Kesah pulak kita. Ye lah, banyak syarikat travel yang pakai kita semua endorse corak itenirari kita. Sambung, sesudah segalanya cantik, Air Asia buat laaa pulak. Flight pulang 8:00 malam di awalkan ke 1:15 petang. Maka itenirari pun diubah.

Gementar juga la kan sebab ni trip pertama kita anjurkan. Seram sejuk buku lali kita awak. Bukan buku lali je, siku, lutut, belikat, cuping telinga semua seram lah. Sebab? Sebab kita sendiri pon tak pernah pergi Hongkong !!! Kahhhh !

HARI 1


Pada hari pelepasan, Jumaat 18 November 2016, segalanya cantik. Kecuali dua peserta yang sampai 12:20 sedang waktu tamat daftar masuk 12:15. Oleh kerana kita pujuk duduk depan kaunter buat muka sukun, sebab kita tak jambu, kerani tu benarkan dengan alasan 12:30 tak sampai, babai.


Penerbangan berlepas lambat sikit lah dalam pukul 1:40 petang berbanding 1:15 jadual asal. Maka debaran pun bermula. Terjahan sulung ke kota Hong Kong yang harus dibuat-buat macam tahu depan para peserta. Kalo nakhoda tergaru-garu kepala, ko ghaser para peserta nak garu apa? Tak apa, pengalaman pura-pura pernah pergi masa bawak first trip Seoul bulan November tahun lepas memberi pedoman yang baik.

Semendaratnya di Chek Lap Kok Airport, pemandangan gunung-gunung yang diselaput awan seolah mengejek kita. "Tahu ke bang??" kata dia. Kita pun jawab. "Kita ada Google. Ko ade? Ko aderrrr??" demi mennghilangkan gementar.

Kami turun terminal hujung dengan perjalanan kira-kira 2 km naik aerotren untuk ke terminal utama. Diantaranya ada pulak satu hentian untuk ke pintu-pintu pelepasan lagi. Nasib tak menonong keluar. Mode hati-hati sedang bersensitiviti tinggi.

Proses imigrasi berjalan sangkut bila salah seorang peserta kena tahan soal siasat dek random check. Perlu diingat, imigresen mana-mana negara pun memang ada KPI random check dia. Kalau kena batang hidung anda, jangan gabra. Beri kerjasama. 

Sebaik melepasi imigresen, kita melalui kaunter menjual kad Octopus. Ala2 TnG la. Tapi kegunaan dia meluas sampai boleh berbelian di kedai serbaneka. Pilihan paling sosuai bagi mereka semua ialah On Loan Octopus. Harga dia $150. Boleh pakai $100 je. Bila pulangkan balik dapat balik deposit tu tapi kalau kurang 3 bulan, kene cas $9. Deposit tu boleh terpakai jika perjalanan terakhir sebelum abis kredit tu lebih besar nilai dari baki boleh pakai.


Selepas itu, kita jeling-jeling penunjuk arah terus ke terminal bas yang terletak sebelah kanan pemisah Terminal 1 dan Terminal 2. Beratur la kan kat penanda A21. Nombor bas yang kita mahu. Bas sampai, maka serbu la apa lagi. Bas dua tingkat dia sangat bersih dilengkapi wifi. Dasat kan.



Tujuan pertama kami ialah Chungking Mansion, tempat popular hotel-hotel murah, terletak di Nathan Road dalam area Tsim Sha Tsui. Tambangnya $33. Ko nak hotel mahal kat Hongkong ni? Hotel ala-ala Sun Inns pun membawa ke RM600 satu malam. 


Hotel yang kita tempah ni pun RM2100 untuk 5 bilik bagi 3 malam. Hotelnya bernama UK Hostel kat booking.com. Sampai sana, jangankan UK.. Perancis, Sepanyol, Portugal pun ko tak jumpa. Ntah apa cong ceng cong ceng dia tulis.

Barang harus diingat, setelah termakan pengat, barulah kita tahu yang kat Chungking Mansion ni acara penipuan mereka amat kepala bana astakona tropicana. 

Kami diberi cuma 1 bilik yang ditempah dan 2 bilik hodoh berkembar yang boleh disumbat 6 orang lagi. Astaga. Tiada pilihan lain. Kerana hari Jumaat, dan ada perayaan ntah apa di Hongkong yang membawa ramai Cina Mainland masuk, harga bilik di sekitar situ naik mencanak menjadi kira-kira $250 semalam. 



Bukan kami je kena golden shower, beberapa penempah Filipina, Singapura dan Malaysia pun kena. Pulak tu, lepas kami check in, Booking.com hantar mesej tempahan dibatalkan oleh Hotel sendiri. Eh eh.. Namrud bin Firaun nya lah dia. Taknak bayar komisen kat Booking.com takpe. Jangan tiga malam dibilang satu malam. Boleh jadi Chan Hong Nam dengan tatu naga timbul tiba-tiba kat dada kita nanti.

Para peserta pun kepasrahan. Dua bilik yang sempit, katil ala kadar menyambut mereka. Mujur dilengkapi bilik air, aircond dan router wifi. Sebahagian mereka memutuskan untuk berehat melelapkan mata, kita bawak dua tiga orang lagi menaiki MTR iaitu MRT dalam bahasa depa, dari stesen Tsim Sha Tsui berdekatan hotel untuk ke stesen Jordan bagi mencari Temple Street Night Market. Satu stesen je pun. Ade la dari KLCC ke Ampang Park. Tambang $4.90.




Sesudah meninjau kawasan night market barang sejam, kami berkejaran menaiki MTR pulang sebelum kang tak pasal terpaksa naik teksi la kan. Perkhidmatan MTR tamat pukul 12. 

Setiba di hotel, hingar sekumpulan Cina Malaysia yang turut dikencingi sedang bertekak tak habis-habis dari tadi. Tiada pasrah pada muka mereka. Maklumlah tiada rukun iman untuk mereka percaya qada dan qadar. Menjelang jauh malam, suasana kembali sunyi. Hati kita meruntun pilu mengenangkan peserta yang tidur dalam bilik yang tidak seperti ditempah. 

Kita bukan taknak bertegang urat. Barang nak tinggal dalam bilik esok nak jalan-jalan. Booking.Com dah dia batalkan. Kang dia buat toya kata bayaran tu satu malam je? Lebih keji, kang dia penaya taruh dadah pastu panggil polis? Mou yuk! Kau meng aa..

Pengajaran. Jangan cari hotel murah sangat di Hongkong. Bakal dimanipulasi macam ni la nanti. Sebaiknya untuk 5 bilik bagi 3 malam macam tu, peruntukkan RM3500 - RM4000. Jangan terpedaya dengan diskaun di Booking.Com untuk hotel di sini.