Friday, June 21, 2013

IPU Singapura Cecah 400 !!!

Takkan lah Singapura tak mengamuk? Bagaimanakah menteri di Indonesia boleh menyebut 'Singapura jangan kebudak-budakan merungut soal jerebu'?

Kalau begini jerebunya tanpa bau apa-apa, mungkin kurang yang merungut. Tapi tahukan sang menteri bahawa bau asap kayu terbakar jerebu itu sangat perit di kepala dan tekak hatta IPU 150 sahaja. 

Apalagi IPU 400 yang dicatatkan Singapura jam 11 tadi!! Itu menunjukkan indikasi SANGAT BERBAHAYA. 

Ibaratnya semua orang Singapura sedang merokok tanpa henti sekarang!!!!

Thursday, June 20, 2013

Jerebu Paling Teruk Dalam Sejarah Singapura

Singapura dilanda jerebu paling teruk dalam sejarahnya apabila Indeks Pencemaran Udara di sana mencecah tahap 'berbahaya' dengan bacaan 321 pada jam 10 malam tadi. Walaubagaimanapun ia turun ke paras 'sangat tidak sihat' iaitu 282 sejam kemudian.

Kuala Lumpur yang menyaksikan senja yang agak cerah, menerima jerebu mulai jam 9 malam tadi dan sehingga jam 3 pagi, bacaan IPU berada pada tahap tidak sihat iaitu sekitar 140 hingga 160.

Imej dari Straits Times pada jam 9.10 malam tadi di Toa Payoh, Singapura.



Singapore haze hits 'hazardous' levels of PSI 321 before easing to 282 

Wednesday, Jun 19, 2013
Reuters, ST, YourHealth, AsiaOne

SINGAPORE - Singapore's air pollution level rose to "hazardous" levels late on Wednesday, with the three-hour pollution index hitting the highest on record, as smoke from Indonesian forest fires enveloped the city-state.

The three-hour Pollution Standards Index (PSI) soared to 321 at 10pm local time (1300 GMT), up from 190 just two hours earlier.

However, the PSI level eased slightly down to 282 at 11pm - the last three-hour PSI reading for the day. This still puts it within the "very unhealthy" range and dangerously close to "hazardous" levels.

Walaupun dengan bau asap kayu yang kuat, pelancong asing cuba membiasakan diri di Singapura.

Wednesday, June 19, 2013

Asap Jerebu Dari Indonesia , Singapura Bising-Bising

Jerebu terburuk dalam tempoh 16 tahun melanda selatan Semenanjung Malaysia sejak beberapa hari lalu menimbulkan kekecohan di Singapura, sebuah negara yang ketat larangan merokoknya. Wow. 

Ketika artikel ini ditulis, IPU di Kuala Lumpur berada pada angka 68 manakala Singapura berada pada angka 174. Di Dumai, yang terletak di pantai timur Riau, ianya mencecah 400.

Untungnya buat masa ini, ruang udara Kuala Lumpur masih agak cerah walaupun adakalanya berjerebu kerana angin barat laut dan angin barat masih bersilih ganti.

Jika angin barat bertiup, maka udara yang sampau ke Lembah Klang ialah dari Sumatera Utara yang tidak mengalami kebakaran.  Namun jika angin berubah sedikit dari selatan, yakni dari barat daya, apa yang sedang dialami Singapura sekarang akan beralih ke Kuala Lumpur.

Cukup heran melihat kebakaran ini berlaku hanya di sekitar kawasan yang berhampiran Kuala Lumpur dan Singapura di sebelah dalam wilayah Indonesia. Ada yang menuduh ianya perbuatan sabotaj ekonomi.

Banyak yang menuduh ia berlaku akibat pembukaan tanah oleh peladang sawit. Indonesia menuduh syarikat Malaysia dan Singapura juga terbabit. 

Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kawasan tersebut sedang mengalami musim kering dan bertanah gambut. Kebakaran mudah terjadi dan sukar pula dipadamkan.

Namun kelansian Indonesia yang tidak melayan tawaran bantuan memadam kebakaran sejak kebelakangan ini agak menjengkelkan juga.

Sebahagian gambar adalah milik Riauterkini.com

Sunday, June 16, 2013

Langgar Lampu Isyarat Berleluasa Di Putrajaya?

Dengan perjalanan menaiki bas ke pejabat sejauh 14 km dalam Putrajaya (Presint 5 ke Presint 1) pun terpaksa menempuh 19 lampu isyarat, beserta lampu-lampu isyarat yang tidak bersensor semuanya sehinggakan memaksa orang menunggu 'jin berkenderaan' melintas di waktu malam, apalah yang dimustahilkan dengan tabiat pelanggaran lampu isyarat di Putrajaya? Pun begitu bukanlah kejadian melanggar lampu isyarat sampai tumbang yer. Bukan bukan bukan.


Langgar lampu isyarat berleluasa di Putrajaya

PUTRAJAYA 15 Jun - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan banyak pemandu dan pengunjung ke pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat secara selamba di sana.

Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar) Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Abd. Ghani Ahmad berkata, sikap pemandu yang sering mengabaikan peraturan lalu-lintas termasuk melanggar lampu isyarat menyukarkan misi Putrajaya mencapai sasaran kemalangan maut sifar.

''Salah laku melanggar lampu isyarat memang biasa berlaku di Putrajaya, pemandu berbuat demikian secara selamba. Mereka tidak ambil peduli sehinggalah berlaku kemalangan.

''Bukan sahaja melanggar lampu isyarat, malahan saya terserempak kereta dan motosikal yang menceroboh laluan sehala dengan memandu menentang arus lalu-lintas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri karnival keselamatan jalan raya yang dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan di Presint 9 di sini hari ini.

Karnival tersebut telah dijayakan oleh PPj bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abd. Ghani berkata, CCTV yang dipasang di sekitar Putrajaya adalah untuk tujuan pemantauan tetapi rakamannya boleh digunakan untuk membantu siasatan polis sekiranya berlaku kemalangan.

''Rakaman CCTV di Putrajaya secara sendirinya tidak boleh digunakan untuk mengambil tindakan undang-undang (saman), tetapi polis boleh menggunakannya untuk mengenal pasti pesalah yang menyebabkan kemalangan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr. Tam Weng Wah membangkitkan sifat pemandu yang gemar meletak kenderaan di kawasan siar kaki di Putrajaya.

''Penduduk kadangkala mengadu siar kaki selalu rosak, padahal kerosakan itu disebabkan oleh pemandu yang meletakkan trak atau kenderaan mereka di situ.

''Keadaan ini akan menambah beban penyelenggaraan PPj kerana melibatkan kos yang agak tinggi," katanya.

Pemeran Malaysia Harus Ahli Bahasa Indonesia

Saya gak pernah kecapean ngetik karena cerita serta citra gak pernah berhenti mengantongi ruang di sebalik jidat saya ini. Makanya harus ngapain lagi jika bukan internet ini saya manfaatin. Tapi mas, mbak.. bayarnya ya cape.

Masak Indonesia banget saya ini padahal saya sendiri gak pernah tinggal di Indonesia?

Saya cuman pernah ke Indonesia tiga kali. Pulang pergi cuman kaya liburan hujung minggu. Berbelanja, motret foto, nanya nanya sejarah atau apa saja pada sang supir taksi. Oh iya, makan bakso sapi nan lezat.

Kelanjutan lainnnya, saya cuman belajar bahasa Indonesia sendirian. Untuk apa ?

Nah, begini ceritanya. 



Para pemeran di Malaysia, sang aktor juga sang aktres, ketenaran memerankan karekter orang Indonesia yang bahasanya Indonesianya abal-abalan. Nah, itu tidak harus terjadi karena orang Malaysia itu harus ahli dalam menuturi apa juga bahasa yang dikuasainya. Apa lagi buat para pemeran?

Justru saya dengan ini, bener-bener yakin, saya bisa mencipta skenario keIndonesiaan khusus buat peranan para pemeran di Malaysia sendiri.

Saranan apa jawaban ni?