Wednesday, March 21, 2012

Bila Tuhan 'Menghubungi' Aku

Semalam, aku sampai rumah jam 6.30 petang. Aku dapat Bas Terus dari office ke Presint 5. Untunglah. 15 minit je travel. Aku masak nasi. Nasi masak tepat jam 7.25. Sambil menghembus rokok aku menengok cerita Melayu kat TV, entah hapa-hapa kes nak bunuh pesakit, sori la aku tak follow cerita ni.. Haha..

Kemudian hati aku tergerak untuk turun ke surau bersolat Maghrib berjemaah. Selesai solat Maghrib, hati aku tergerak lagi untuk stay mendengar kuliah Maghrib. Selesai solat sunat selepas Maghrib, salah seorang otai surau pun mengagihkan buku untuk kuliah malam itu. Tajuk buku itu, Dosa-Dosa Besar.

Aku pun menyelak buku tersebut dan selakan aku mengenai mukasurat yang telah dilipat. Mukasurat 123. Terpampang tajuk "Liwat (Homosexual) kesan dari tunduk kepada hawa nafsu". Pergh.. Takpe abaikan dulu.

Ustaz yang mengajar pun membacakan doa. Seterusnya memulakan sambungan kuliahnya yang sebenarnya adalah sambungan dari minggu-minggu yang sudah.

" Hari ini.. kita sambung balik kuliah kita minggu lepas... di muka surat.. 123 ... hari ini kita tengok tajuk Liwat.. "

Aku beristighfar panjang. Rasa air mata nak jatuh. Allah jer yang tau perasaan aku waktu tu. Sebab Allah jugalah yang menggerakkan hati aku untuk turun ke surau pada senja yang penuh berkah itu.

Aku mengikuti kuliah tersebut dengan penuh keinsafan. Benar, homoseksualiti menurutnya, sama dengan apa yang aku tanggapi.

Ia adalah salah satu ujian yang datang dalam berbagai rupa bentuk. Nafsu, harta, kemiskinan, kemandulan, kecacatan, keglamouran yang kita kena hadkan dengan batas-batas yang ditentukan agama.

Walaupun ustaz tu dah melalut kisah debatnya antara dia dan para penegak Wahabi, yang memang takda kena mengena dengan tajuk yang dirujuk di buku, aku tetap di bawa jauh oleh fikiran aku mengenang sesuatu sehinggalah masuk solat Isyak dan kami bersama-sama mendirikannya, dan kemudian surau kembali sunyi.

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Satu, Yang mengetahui apa yang ada di dalam hati.

Inilah surau kat rumah aku, Surau Al-Huda, 5R4 , Putrajaya