Saturday, June 18, 2011

Eksklusif 063 : Kupu Kupu Malam Tasik Permaisuri

(Ikut intonasi Mazidul Akmal Sidik) Ketika orang lain nyenyak tidur, ada yang masih berjaga. Krew 063 kali ini meninjau aktiviti golongan lelaki yang sering berkumpul di tempat letak kereta Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras antara jam 11.00 malam sehingga 6.00 pagi.

Ketika krew kami meninjau kawasan tersebut, terdapat ramai lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, berkumpul di kawasan tersebut. Deretan kereta yang diletakkan di situ, menunjukkan bahawa kawasan ini memang menjadi tumpuan orang ramai, walaupun jam telah menunjukkan pukul 2 pagi.


Ada dikalangan mereka yang memandu mengelilingi kawasan ini berulang-ulang kali dan meninjau-ninjau mereka yang kelihatan bersantai di tepi kereta masing-masing. Krew kami cuba menemubual salah seorang lelaki berusia awal 20an dan kelihatan agak kacak (tangan di dada mata ke atas).

Begitulah reaksi lelaki ini apabila kami bertanyakan soalan. Dia kemudiannya berjalan menuju ke rakan-rakannya tidak jauh dari situ dan memaklumkan kepada rakan-rakannya akan kehadiran kami.

Percubaan krew kami untuk menemubual lelaki tersebut tidak berjaya kerana dia enggan bekerjasama. Kami cuba pula untuk menemubual sepasang lelaki juga berusia awal 20an yang sedang duduk di tebing jalan. Malangnya niat kami tidak dialu-alukan dan kami di sambut dengan maki hamun.

Oleh kerana makiannya yang sangat pedih, kerana menghina fizikal kami yang memang agak hazab, kami krew 063 terasa cukup sentap dan seterusnya menganggap bahawa misi untuk merungkai kegiatan dinihari ini pada kali ini, gagal. Mak sentap nok.


p/s : mazidul, sori yer..... takleh gurau, gi kuala kurau..... naik bot, kelaut~

La Bomba (Balai Bomba Bukit Bintang)

Ampun. La Bomba De La Propa sangat kan aku katanya taknak gi clubbing dah. Walaupun aku benci nak pergi clubbing lagi, tapi aku telah tersampai clubbing lagi. Aku sebenarnya menjayakan misi untuk mendespatchkan kawan-kawan aku ke sana. Sementara menanti clubbing tamat, aku pun menari sekali, dua kali, tiga kali, empat kali dan berkali-kali. Kecemerlangan aku di La Bomba (Balai Bomba Bukit Bintang) ialah, aku telah berjaya sedaya upaya untuk tidak menyentuh Mr. Chivas a/l Regal, dan mereka yang sebangsa dengannya di atas meja. Kecemerlangan ini merupakan rekod peribadi aku sepanjang 2001 - 2011. Semoga aku bebas dari cengkaman bangsa-bangsa ini di atas meja itu sampai kapan pun.

Lokasi balai bomba

Samalah baju dia..

Dark, darker, darkest

Woi, nak pakai batik hari Khamis lah..

Sepasang sahabat baik..

Sepasang sua.. hoi... jangan nak bidaah..

Sepasang gelap terang..

Berpasang-pasang songsang

Sorang Peace.. Sorang Pistol

Anastacia Ida Nerina

3S : Show Syok Sendiri

Budak Cina rambut karat tu macam kenal je..

Habis step menari yer, rehat jap na..

p/s : Pemenang anugerah 'Paling Banyak Masuk Gambar'... jatuh kepada Denich Dash

Menjenama Semula Blog Ini Kerana Kemalasan Menaip Panjang-Panjang Macam Karangan Sekolah Menengah. Apa Barang.

Mulai hari ini, blog ini telah dijenamakan semula bagi menyedapkan lagi isi padu kandungan bendungan yang terpapar.

Blog ini akan mula mengurangkan huruf-huruf dan akan mula menambahkan foto-foto. Ini kerana satu foto memberi makna beribu perkataan. Itu perkataan. Ko kira la sendiri berapa puluh ribu huruf pulak yang dimaknakan oleh sekeping foto.

Kalau aku letak 5 foto, berapa ratus ribu huruf pulak berjaya aku selamatkan dari jari jemari aku yang malas nak mematuk keyboard ni kan.

Foto-foto yang tersiar adalah siaran langgar tanpa pagar dan mungkin akan membuatkan pihak-pihak tertentu kecil hati, besar hati, tawar hati, atau sakit hati. Lebih buruk, kanser hati.

Maka jika ada rasa macam tak suka, berduka, mencuka atas sebab-sebab privasi atau atas sebab-sebab yang boleh dielakkan tapi saja tak nak elak, sila maklumkan kepada saya di

55, Jalan Suka Hati,
Taman Ada Aku Kesah,
34000 Podah,
BOLAYAN.

p/s : kenapa kau tak elak ~

Friday, June 17, 2011

BLOG ANDA TELAH DIGODAM OLEH PASUKAN PENGGODAM BLOG YANG MEMAKAI GELARAN

" CIK MEK KENA LAH GODAM,
CIK AWANG KENA TUMBUK"


HUWA HUWA HUWA HUWA HUWA HUWA HU..

Thursday, June 16, 2011

Apabila Kepandaian Menjadi Kebodohan Mutlak

Ketika negara menghadapi ancaman penggodam cyber dari Indonesia yang sentiasa menanti peluang besar-besaran menggodam lama web negara ini, negara juga diancam oleh penggodam anak tempatan yang 'cuba tunjuk kuat' dengan menggodam laman web negara sendiri.

Inilah buktinya bila mana kepandaian hakikatnya boleh menjadi sebuah kebodohan yang mutlak lagi hakiki buat sesetengah manusia. Jika mengikut apa yang diajarkan, kepandaian yang berubah menjadi kebodohan hakiki ini sudah pasti kesan dari cara individu itu sendiri dibesarkan, contohnya dengan memberi makan hasil dari wang yang tidak halal.

Akibatnya, pengecut dan konek-konek kecut belakang skrin ini berlagak seperti wirawan dan menggodam kemudahan-kemudahan awam yang dibangunkan oleh kerajaan dengan nilai berjuta-juta ringgit.

Padahal, jika berlaku peperangan senjata, para pengecut ini lebih pondan dari para pondan dalam mengangkat senjata menentang musuh. Atau mereka sendiri telah tersenarai sebagai musuh yang perlu disusun dan ditembak satu-persatu.

Tetapi timbul persoalan. Adakah penggodam ini anak tempatan atau anak Indon? Ini kerana anak Indon sentiasa berusaha menggodam web-web milik kerajaan negara ini sejak tahun 2008 dan kes-kes yang dilakukan oleh mereka sebelum ini tidak dihebohkan oleh kerajaan Malaysia yangbaik hati tidak bertempat.


KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.



Tuesday, June 14, 2011

Arnab Cacat Mangsa Kebocoran Nuklear


Tokyo - Panik akibat kebocoran loji nuklear di Fukushima, Jepun, menghantui penduduk selepas kelahiran seekor arnab tanpa telinga. Ia diduga sebagai kesan sampingan kebocoran nuklear tersebut.

Ini kerana, anak arnab tanpa telinga tersebut dijumpai berhampiran lokasi kebocoran nuklear di Fukushima, Jepun, sebulan lalu seperti laporan dari news.com.au, Isnin (13/6/2011).