Friday, November 19, 2010

Hujan Sepanjang Jalan

Seronok sangat berhujan kan, nah kau, dibagi hujan sepanjang jalan tadi. Aku gerak dari Ipoh balik ke KL jam 4.30 petang. Hujan lebat membasahi Tambun, Ipoh. Masuk je highway, hujan makin lebat. Akhirnya jadi rekod aku bawak kereta dari Ipoh sampai Tg Malim dalam hujan yang amat lebat. Syukur tak ada benda tak baik berlaku. Yer la kan. Seriau sangat. Banyak kes kemalangan maut sekarang bukan kat jalan lama, tapi kat lebuhraya.

Contohnya malam raya kelmarin, highway jem teruk. Aku nak keluar dari highway di Tg Malim, jem. Aku berubah ke Tol Behrang. Jem jugak. Aku pun ubah ke Tol Slim River, lagi jem penuh dengan lori. Sempat jugak aku mengelak dari beratur belakang lori dan terus keluar di Sungkai untuk makan di Bidor. Sejam selepas tu, 4 beranak maut dirempuh treler di Tol Slim River, tempat aku elak beratur belakang lori sebelum tu. Tragik bukan?

Sebab tu la perjalanan aku balik diiringi doa restu ayahnda bonda yang bising sebab aku nak balik KL dalam hujan. Macam tau-tau je kan hujan sepanjang jalan. Akhirnya aku selamat sampai Putrajaya.


Simpang Pulai

Tapah

Slim River

Tol Jalan Duta


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Korban 1431H

Selamat Hari Raya Korban. Hari ini mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang patuh kepada suruhan Allah yang mahu mengujinya dengan mengarahkan agar anak kesayangannya, Nabi Ismail, dikorbankan sebagai lambang keimanan. Nabi Ibrahim mematuhi arahan Allah SWT dan untuk itu, susuk Nabi Ismail ditukarkan kepada seekor kibas dan Nabi Ismail dialihkan dari tempat sembelihan dan selamatlah beliau atas kasih sayang Tuhan dan kasih sayang bapanya.

Dari Nabi Ismail lah, turunnya keturunan Nabi Muhammad, junjungan besar umat akhir zaman.

Jadi, konsep korban hari ini mungkin sama tetapi berbeza dari segi kesesuaiannya dengan zaman. Ibadah korban yang dituntut hari ini lebih bagi membantu golongan fakir miskin dengan mengorbankan sedikit harta ke jalan Allah.

Tetapi, bagaimana pula Hari Raya Korban tahun ini yang jatuh pada hari Rabu. Sesetengah dari kita tidak mendapat cuti, atau tidak dapat bercuti kerana hal-hal kerja dan hal-hal peribadi.

Sesungguhnya, TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA BERKORBAN MASA DI PAGI RAYA....



adalah lebih baik dari.....TIDAK BERSAMA KELUARGA KERANA TERKORBAN NYAWA DI JALAN RAYA...


Selamat Hari Raya Korban 1431 Hijrah.