Tuesday, April 1, 2014

Jalan Raja Ashman Shah, Ipoh

Kemarin 29 Mac, teman ngantor risalah denggi ke Spital Ipoh, teman nampak nama Jalan Hospital (Ashby Road) yang dah ditukar ke Jalan Raja Ashman Shah .. Mashaa Allah.. 30 Mac genap 2 tahun pemergian Almarhum... baru sedor.. terkedu kejap beberapa minit tadi.

Jalan Hospital antara jalan tertua di Ipoh yang dahulunya bernama Ashby Road. Majlis Bandaraya Ipoh telah lebih setahun menukar nama Jalan Hospital kepada nama Almarhum Raja Ashman Shah.

Raja Ashman Shah  atau mana gelarnya Sheikh Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah merupakan anak Sultan Azlan Shah dan menduduki turutan Raja Kecil Sulung, pewaris keempat takhta negeri Perak. Baginda meninggal dunia pada hari Jumaat 30 Mac 2012.





Hujan pagi Jumaat hari ini mengiringi kepergian seorang yang istimewa . Kepergian Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Shah menghibakan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Susuk yang terkenal istimewa ini merupakan seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilannya yang jarang-jarang sekali dimiliki oleh anakanda seorang Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Raja Ashman mangkat pagi ini, Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012 akibat serangan asma. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Warisnya, Raja Nazir kini menduduki turutan Raja Kecil Tengah.