Friday, February 19, 2010

Krabi 7 : Menjejak Kaki Di Ko Phi Phi

Sampai Phi Phi, tiba-tiba aku macam blur. Berhantu la pulau ni. Masa tsunami, 2000 orang kat area aku tengah pijak ni mati hanyut. Tapi aku blur bukan pasal hantu mangsa tsunami. Aku blur sebab aku dah jejak tempat yang aku idamkan. Phi Phi Island. Otak aku mula attack hati aku dengan beribu-ribu kerengsaan.

Buat apa kau datang sini? Dah puas ke akhirnya sampai sini? Ko ingat ko kat sini ko kira bagus ke? Bukan ke lagi baik waktu macamni kau tidor kat rumah di Ipoh ke..Kemas rumah baru kat Putrajaya ke? Kan bagus kalau kau sedar yang bila ko balik KL nanti kau mesti letih macam lembu matador.


Berdebar gak melangkah masuk ke Ko Phi Phi. Lemah je lutut. Dah sampai akhirnya ke sasaran sun and sea pertama dalam petualangan 2010 aku.

Di bina oleh Jabatan Marin, Kementerian Pengangkutan Thailand. Sah-sah lepas tsunami. So banyak prasarana sini adalah baru.


Oih. Melampau pemikiran aku ni. Soalan-soalan dari kotak fikiran aku tu aku tepis dengan satu ayat biasa. Ada aku kesah? Aku nak pergi Burma ke, Nepal ke, suka hati aku la.

Lepas tu, terus aku berjalan meredah segenting yang menempatkan 90% umat manusia di Phi Phi Island tu. Kawasan ni dulu kebun kelapa. Nama dia Tonsai. Sebelum tsunami dulu, Phi Phi Pier tu merupakan jeti kayu hazab dan dikenali sebagai Tonsai Pier.

Aku dah blur taktau nak buat apa. Aku pun terus menapak ke pantai sebelah barat sana. Tak jauh. Lebih kurang 100 meter je dari pantai yang menghadap timur. Nama pantai blah sana, Loh Dalam Bay. Kemudian aku patah balik. Betul la kata otak aku. Sebenarnya aku ke sini nak buat apa? Main gamble je nasib. Dengan booking hotel pun takde. Aku nekad, kalau tak dapat hotel, aku akan naik feri balik ke Krabi pukul 3.30 petang kang. Perut pun lapar ni.


Toleh kanan di Loh Dalam Bay.

Toleh kiri di Loh Dalam Bay

Pandang depan di Loh Dalam Bay. Perut jangan la ke depan sangat 'mate'.


Aku nampak akak bertudung jual ais krim bawah pokok ara. Terus aku gi kat dia. Aku tanya dia mana nak cari nasik. " Rice, curry, muslim..". Tu tiga perkataan dah jadi passphrase aku ngan orang Siam ni. Haha. Selain dari tu, jangan harap aku nak ringan mulut bertanya.

"Ohh.. you eat Muselim food.. Go this way.. turn... erm.. left.. Ya.. left...walk 5 minit.." jawab akak tu macam aku ni kapiaq je nak cuba makan makanan Islam. Hampeh.

Aku pun jalan ikut direction yang disuggestkan. Meniti kedai batu, batu, batu separuh kayu, kayu, kayu. Hah. Ada. Kedai makcik-makcik bertudung. Ada lauk kobis goreng ayam entah apa lancau. Kari ayam. Daging masak kicap. Aku pun sebut, "Rice, and this, this dan this" sambil unjuk lauk-lauk, dan menunjuk dalam gerainya yang dinaungi langit zink. "Oh, and this." sambil tunjuk balang air. Entah air apa taktau.


Amaran tsunami. Kalau gempa bumi, larilah selagi termampu. Pulau ni dan makan 2000 orang 5 tahun lepas. Itulah yang dikatakan oleh tiang tu kat aku.

Makan tengahari aku yang bernilai 90 Baht di sebuah gerai. Segan aku nak snap gambar gerai dia. Buruk satu hal. Gangster ala-ala usha orang sambil cungkil gigi pun ramai.


Nah. 90 Baht. Aku dah expect kemahalan makan kt sini dari apa yang aku baca dari travelers' blog. Selesai je, aku mula berjalan-jalan cari tempat untuk menginap. Bung House, Hussin House, K House, banyak la house sana sini. Semua dengan bangga memaparkan kertas A4 dengan empat huruf roman. FULL. Ces.

Dengan mengandaikan aku pasti akan dapat penginapan juga semahal mana pun harganya, aku decide pegi tukar lagi duit. Bank pertama aku jumpa ialah Bank Of Ayodhia. Banyak bank kat sini. Semuanya sebesar dapur rumah kita je. Haha.

Melihat papan tukaran asing tu, nampk gak aku MYR yang berada d tangga terakhir senarai. 8.85. Tiu nia seng. Kanina. Parapunda. Tangunglah. Sapa suruh tak tukar dalam tren semalam tadi banyak-banyak. Tak yakin konon.

Sedang aku membelek kamera, tiba tiba aku ditegur seorang lelaki 40an badan kurus kulit gelap, seluar pendek, t shirt putih bertulis nama sebuah agensi travel yang memonopoli jaringan hotel dan bot di Phi Phi.

"Nu. Sign nu. Dia tak tau mai mana." katanya sambil tunjuk ke dalam kaunter. Aku terkejut. Dah 24 jam takde orang cakap Melayu dengan aku. Last sekali akak money changer dalam tren semalam. Dia buat assumption berdasarkan ringgit yang aku tukar la tu.

Rupa-rupanya ada slip resit yang aku perlu sign. Bodohnye kan. Memang la aku tak pernah tukar duit pun. Selama aku tukar 2 kali semalam, takde resit pun. Patutla aku dengar dia terjerit-jerit dalam bahasa Siam. Aku ingat dia bersembang ngan kawan sekerja dia.

"Malisha kat mana?" tanya brader tu. Malisha tu bunyi sebutan bagi Malaysia pada lidah rata-rata orang Thai. Manakala Malei pula bagi menyebut orang Islam dari Malaysia.

"KL." jawab aku. "Abang kerja sini kan?" aku sambung tanya. " Ya. Ya. " jawabnya. "OK bang, aku sampai sinitadi pukul 11.30. Tak ada booking. Ada tak tmpat aku nak tidur malam ni?" aku lekas ambil peluang.

"Ada! Ada! Mai, mai " katanya yang selesai tukar wang untuk siapa entah, sambil mengajak aku membelah hiruk pikuk pejalan kaki berkulit putih ke arah Phi Phi Pier balik.

Sampai depan Phi Phi Pier, iaitu simpang empat pertama bila kita melangkah masuk ke Ko Phi Phi, brader tu ajak aku jumpa sorang kerani perempuan Thai yang agak garang. Garang konon. Mentang la high season. Kena low season, makan sea weeds la kau.


Ini la dia travel agency tempat di mamat aku jumpa masa tukar duit tu.

Tempahan penginapan aku. Tu dia.. dangau buluh berkipas. 700 Baht semalam.


"Yang ini, ada lagi. Sana tepi bukit. 700 Baht. 70 ringgit. Satu malam " sambil menunjukkan gambar chalet-chalet kecil di pinggir bukit sebelah timur laut Loh Dalam Bay dekat-dekt dengan loji taik. Euu. Takpelah. Aku pun confirm sewa, bayar 700 Baht.

Lepastu brader tu sruh aku duduk jap, sambil dia cari budak dia yang nak disuruhnya bawak aku ke chalet tersebut. "Aaa... Indonesiaaa..." jerit sorang pekerja situ melihat rokok Dunhill 14 aku atas meja. "No. Malaysia. This is Malaysian cigarette. Ambik.. Ambik.. " ujar aku. " Oh.. Malaysia. Can I ... one..?" tanya dia. Oh tak paham Bahasa Melayu rupanya. Aku angguk.

Kemudian brader tadi datang balik dengan kelam kabut. "Dia bawak tourist sat. Hang tunggu sat.." katanya "Bang. Sat. Sat. Sat. Saya nak balik esok bot pukui 10.30 pagi. Petang ni nak pi Maya Bay. Buleh ka? Ada pakej dak?" aku tanya.

"Ha. Ada. Sambil bawak aku pegi booth betul-betul depan jeti dan menunjukkan kat salah satu pakej yng tertampl di dinding pameran. " Ini, pi 1.30 petang, balik sini 6.30 petang. 1 jam turun Maya Bay." promot nya dengan yakin. Aku pun tanya diajam pukul berapa. Jam masih 12.30 tengahari waktu Siam. " Ni nak letak bilik dulu." sambil tunjuk beg aku. " Ini? Ini ja? Lain-lain?" tanya dia. "Lain-lain tak ada. Ini je." jawab aku. "Bawak naik bot lah. Balik 6.30, baru pergi bilik.." cadangnya. " Huh? Baek!" aku menjawab.

Aku pun bayar kat agen tu untuk ke Phi Phi Leh. Pakej trip tu, dia akan bagi fin, snorkeling aparatus, air mineral free (macam air bateri pun ade botol dia), dan buah tembikai sedulang. Perjalanannya memula akan ke Monkey Beach, kemudian snorkeling Shark Coral, kemudian snorkeling kat Loh Samah Bay, kemudian turun 1 jam di Maya Bay, Phi Phi Leh, dan akhirnya menilhat sunset dari tengah laut. "Where from.." tanya tukang tulis resit tu sambil tersengih. "Malaysia" jawab aku. "Oh..terima kasih..i only know that" katanya. "Wow. Like I'm impressive so much?" jawab aku dalam hati sambil tersenyum.


Ini tiket pakej Half Day Tour bot panjang yang berharga 450 Baht.


Kemudian brader yang mula tadi, menunjukkan bar di sebelah booth tersebut. "Duduk dulu, sat ni panggei, order Coke. Order Coke na." jelasnya yang ingat aku tak paham ke takkan nak duduk kat bar tu free. Sah sah l nak kena order ayor. Coke tak coke, Teh Pulau Panjang yang aku order. Cashier bar senyum, bartender excited. Thats it. Sah sah dorang jarang buat Teh Pulau Panjang sini. Stupid tourist sini. This is the right place for the coktail to be enjoyed! 200 Baht. Murah, sedap, tinggi gelasnya.


Ini pulak bar tempat aku lepak sementara tunggu jam 1.30 petang.

Tu dia. Tengah-tengah hari dah cari jalan nak uplifting the jovial rhapsody.


Sedang aku berpoyo-poyoan menulis diari (henfon dah habis bateri) sambil merokok, ada lak pasangan muka Jepun dok sebelah aku. Sambil jeling-jeling aku menulis, merokok dan menyedut, mereka berbual sesama mereka. Aku menoleh. Angkat kening.

"Abang kerja offshore ke?" tanya dia. Ah! Budak sewarganegara rupanya. "Tak.. tak .. tak.. baju ni komplimentari je. Aku kerja gomen, syarikat ni selalu datang urusan ofis aku dia bagi free la." jawab aku. Dia senyum. "Lagipun barang-barang berjenama aku tak suka pakai. Depa bukan bayar kita bila kit peraga jenama depa. In fact, kita yang berhabis nak jadi model free buat apa?" jawab aku dengan keramahan dibawah pengaruh lite-lite. Dua-dua gelak besar.

"Abang datang dengan sapa lagi?" tanya dia. "Hmmm.. Sorang." aku jawab sambil melempar pandangan ke jeti. "Bagus la tu bang. Masa dia ni sibuk kerja dulu saya pun travel sorang-sorang. Dia ni stewardess baru berhenti." sambil tunjuk awek dia.

"Abang kat sini apa plan?" tanya dia lagi. "Ha, aku esok pagi balik Krabi. Lusa balik Hatyai, ambik keretapi, balik Ipoh. Petang ni aku nak pergi Maya Bay." jawab aku. "Keretapi? Best giler. Naik bas saya selalu jugak." jawab dia. "Slalu ke datang sini?" aku tanya lagi. Dengan nada bangga, dia menjawab "Masuk ni dah 4 kali bang. Diorang charge abang berapa ke Maya Bay pakej tu?" tanya dia lagi. "450" aku jawab. "Saya dah boleh dapat 300 je bang". Dah selalu datang. Dalam hati ku pun berkata : "4 kali dikira selalu ke? Kencing deras lah budak ni."

"Aku suka giler la dapat sembang bhasa ibunda kat Phi Phi ni. Haha." aku saja mewarnai suasana dengan rasa besar hati. "Memang la bang. Bahasa kita sendiri." jawab dia. "Engkau kenapa malam ni Cina makan besar, kau pulak ada kat sini." tanya aku merujuk malam ni CNY eve. Dia senyum agak lama.

"Aku tak raya Cina la." jawab dia. Aik. Tak mungkin Melayu sebab BM di masih ada flaw. "Hang ni Siam Malaysia kot." tanya aku. "Betul la bang. Abang je yang teka betul. Haha." jawanya sambil awek dia pun gelak sama. Ko ingat aku apa? "Patutlah hang dapat murah. Toksah cerita la bab hang dapat murah." laung aku dengan nada yang kuat macam kawasan tu kawan aku punya opah yang punya. Tapi sapa pun tak peduli.

Kami bersembang agak lama mengenai kerja sebelum brader Siam cakap Melayu tu panggil aku suruh ikut dia. Mamat tu siap gertak aku yang air akan masuk bot dan beg aku gerenti basah. Cam bagus je main gertak. Aku salam ngan mamat tadi, meminta izin blah. Nama dia pun aku tak tanya. Apa lagi contact number. Maaf, bagi aku, dalam kembara ini, apa yang aku jumpa, aku akan anggap sebagai hak pengembaraan kecuali foto-foto. Itu hak aku dan pembaca blog aku. Berkenalan atau berbualan hanyalah sesuatu yang aku jumpa dan alami sepanjang perjalanan aku. Hal tersebut habis di situ.



Manusia masuk bertalu-talu ke Ko Phi Phi. Sama ada dari Ko Lanta, Phuket atau Krabi.

No comments:

Post a Comment