Thursday, August 12, 2010

Pesan Chor : Cer Tengok Negare Dari Luor

Teman haram ler tahu pasei tiket Air Asia tu, idak le makin dekat nak terobang makin mahei. Biler teman cek kapeterobang yang teman berabih dua ratoih tige puloh untuk ke Bandung tu, buleh pulak jadi lagi morah. Udah seratoih enam puloh satu. Tak ke tebakor jiwerage?

Teman bharap benor ader ler yang ndak joen teman terobang ke sane. Beli ler. Makan bedue di Chillis KLCC pon kekadang berabih banyak itu juge. Bekire benor komer yer?

Ajenyer yer ler kalo di kate dek orang yang kome ni banyak komplen itu ini tapi haram tahu pasei betape sengsare orang di negara luor non. Bile kluo rope ni, habeh kuat, ade ler rasa syuko tu siket.

Ini idak. Itu tak betoi. Ini tak cukop. Akei lapanbleh guni, idop nak senang segale bende. Demer diluor nun banyak bende yang komer buleh blajo.

Cecuti le keluor. Baru ade rase sayang negare. Ini cecuti mlesia je, rakyat dalam tempurong, apah tak hei.

Wednesday, August 11, 2010

Mahu Dihormati Tanpa Menghormati? Pigi Mati!

KES 1

"Untung dik, kau kerja kerajaan. Akak ni kerja dengan Cina, pagi tadi jer ofismate akak dok offer cheese cake kat akak. Lepastu akak cakap la akak puasa. Then dia kata, Oh. OK. Kemudia dia makan cheese-cake tu tepi akak. Kurang ajar tau."


KES 2

"You mau kerja sini, bukan. Ini despatch spare-part you tau. Mau kerja mesti ikut kita punya time. Lunch 1 jam. Jumaat sembahyang tak boleh pigi. "

Kesimpulannya

Bagaimanakah orang-orang Cina di negara ini sanggup menyebut mereka di diskriminasi, tidak dihormati dan tidak diberi tempat SEDANGKAN, pada tata kelakuan mereka, tiada rasa untuk menghormati kepercayaan orang lain, autokratik, totalitarian dan bersifat mengeji dalam menindas? Akhirnya, orang Islam di Malaysia akan berubah dari bersifat mengalah, kepada bersifat membalas dendam untuk bertukar kepada sifat tidak akan menghormati langsung. Jangan bercakap mengenai mutual respect sedangkan kita sendiri tidak ada rasa hormat terhadap orang lain. Jangan menuntut kesaksamaan jika kita sendiri bersifat menindas.

Tuesday, August 10, 2010

Blog Telah Bertukar Alamat


Diumumkan, secara rasminya, blog ini telah bertukar URL dari http://encikdark.blogspot.com kepada http://fasleigh.blogspot.com sebarang surat menyurat, paut memaut, tinjau meninjau, bolehlah ditujukan ke alamat baru ini. Tujuan pertukaran ini adalah sebahagian dari transformasi ekonomi yang menjurus ke aras aspirasi melaksanakan usaha ke arah negara berpendapatan tinggi bersesuaian dengan Model Baru Ekonomi. Apa jugak lah yang aku tambah nak kasi panjang ayat-ayat ni kan? Sekian terima kasih. Kasih siapa yang mau diterima ni. Siapa-siapa saja.

Monday, August 9, 2010

Sepetang Di Bukit Ampang


Hari Sabtu yang mendung, aku pun bangun dengan suasana relaksasi yang tinggi. Sebab berjauhan dengan rumah sendiri yang menjadi punca hujung minggu yang kusut. Jadi aku ke dareah padat tempat aku dilahirkan di KL ini 7 tahun lalu. Ampang.


Lalu aku pun membawa hayunan langkah aku untuk masuk ke kereta dan memandu ke Bukit Ampang. Cuaca berjerebu dan mendung.


Sekali sekala mentari seakan-akan mahu menunjuk dirinya tetapi segan silu. Mamat ni juga yang tanpa segan silu menunjukkan dirinya kepada matahari. Eh, apa aku tulis ni..


Kemudian, aku ke gerai di bucu depan jalan menuruni bukit ke Ampang Saujana. Eh. Papan tanda apa ni. Belum pernah ku lihat di mana-mana ya.


Kemudian aku pun order kopok lekor singgit.



Disusuli nasi lemak sebungkus dengan dihiasi gambar pemain Switzerland. Kan bagus kalau si pemain tu datang makan kat sini. Haha. Baru dia tau langit tinggi rendah.


Dan juga air jambu. Harganya, Ka-Ching. Semuanya RM3.00 bang.


Keenakan sambalnya yang pedas manis penuh perisa itu membuatkan aku makan 3 bungkus. Tu pasal muatan aku meningkat. Hantar PUSPAKOM badan ni sah kena saman.


Akhirnya mentari menunjukkan diri dalam kemalu-maluan. Ada kemaluan juga matahari kan. Bolehlah menjerit menyanyi lagu "Senja Di Kuala Lumpur" nyanyian Broery Marantika jika anda merasakan perbuatan anda itu tidak bertentangan dengan papan amaran tadi.


Dan yang tiada kemaluan cuma peniaga ini yang selamba mak enon, bukan sahaja parking di atas garisan kuning, malahan, berdagang lagi.