Saturday, March 15, 2014

6 mati akibat dadah, Future Music Festival di Bukit Jalil dibatalkan

Dahsyat yer party goer di Malaysia ni. Sama dahsyat dengan parti-parti politik non-usable yang ado. Adapun 5 kematian dicatatkan dipercayai akibat pengaruh dadah, acara parti muda-mudi dengan muzik moden yang ditandangi DJ terkenal ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena di kalangan anak muda di negara ini. Wah ayat kau.

Namun hal ini cukup menyedihkan. Tak mampu di kata apa lagi dah.


Enam maut, tiga kritikal - ' overdose ' dadah di parti muzik Future Music Festival, Bukit Jalil


Beredar di Facebook  paket sejenis dadah yang didakwa punca.

Satu lagi tragedi yang menjadi berita apabila 6 maut manakala 3 kritikal setelah mengambil dadah berlebihan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam persembahan pengadun muzik terkenal Armin Van Buuren dalam Future Music Festival Asia.

Terdapat khabar angin yang menyatakan ia disebabkan oleh sejenis dadah yang dijual dalam paket merah jambu di luar stadium dalam bentuk kapsul yang dipercayai berisi methanpetamin atau syabu.

Enam mangsa maut dalam kejadian ini ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, and Nor Faizza Mohd Wazir, 27. -  IPOH MALAY 



FMFA cancelled, five dead of suspected drug overdose
Cynthia Ng| Updated: March 15, 2014

KUALA LUMPUR: The Future Music Festival has been cancelled following the death of five people suspected of drug overdose.

Four others are currently in critical condition and have been sent to Universiti Malaya Medical Centre (UUMC) Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM) due to methamphetamine overdose. 

"The five deceased include three Malays, one Chinese and one Indian. One died on the spot, one on the way to hospital while three others died at the hospital. They are between the ages of 21 to 28," said Kuala Lumpur police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh. 
Meanwhile, the four hospitalised are two locals and two Singaporeans, between the ages of 19 to 27.

Police believe that the drugs were purchased prior to entering the event held at the Bukit Jalil National Stadium.

Throughout the two days of the festival, police also arrested 22 others in possession of narcotics.

"The Cheras police headquarters narcotics team arrested three foreigners in possession of three Ecstasy pills on the first day of the festival. Twelve foreigners and seven locals were arrested a day later for possession of drugs," said Mohmad Salleh.

FMFA 2014 organiser Live Scape Sdn Bhd, in a statement, said that it underwent regular meetings with all agencies involved in the festival including the Royal Malaysia Police, The Fire and Rescue Department of Malaysia, Bukit Jalil National Stadium, Millennium Patriot Security, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) and certified on-site medical doctor and paramedics. 

"In the interest of public safery we have heeded the authority's advice to not proceed with Day-3 of FMFA. This is also to help in the on-going investigation," said the organiser. 

They added that details of a refund will be announced within a week. Ticket buyers are urged to log on towww.futuremusicfestival.asiafor refund details.

FMFA 2014 is reputed to be Southeast Asia's biggest electronic dance music (EDM) festival featuring world number one DJ Armin Van Buuren and a host of other internationally acclaimed artists such as Grammy winners Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis and many others.

Monday, March 10, 2014

Mengapa Kehilangan MH370 8 Mac 2014 Cukup Misteri? #PrayForMH370 #DoakanMH370



Kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370 Malaysia Airlines tujuan Beijing bermula dengan terputusnya hubungan dengan menara kawalan selepas 49 minit berlepas dari KLIA. Ia disahkan hilang pada jam 2:41 pagi. Penerbangan bernombor MH370 itu adalah hubungan MAS ke Beijing setiap hari berlepas jam 12:35 malam.

Persoalan hilangnya di laut cetek amat mencetus hairan. Selepas 66 jam, pesawat belum ditemui. 

Kedalaman laut di kawasan itu tidak lebih 200 meter. Ia boleh dikesan oleh sonar nelayan biasa sahaja.

Mengapa sains dan teknologi yang kita kenali cukup moden hari ini tidak mampu menjelaskan apa-apa?

Berbeza dengan kes Adam Air pada 1.1.2007 di Laut Sulawesi sedalam 2000 meter dan Air France di Lautan Atlantik yang belum dipetakan di Brazil pada 1.6.2010 yang berkedalaman 4000 meter.

Lautan cetek ini mempunyai banyak pelantar minyak  dan penuh dengan nelayan mencari makan termasuk pemancing-pemancing dan maklumat dari mereka ini sudah tentulah jelas sudah lama memberi bukti kerana ia berlaku pada ketika penikmat langit malam belum mahu tidur. 

Jika ia meletup di udara, tentu sahaja banyak mata yang menjadi saksi. Segala peraturan protokol sebagainya telah dipatuhi dalam pengendalian penyelenggaraan pesawat.

Jika ia upaya pengganas dengan dua pasport yang sudah terbatal berwajah bukan Asia, perisikan Amerika Syarikat menjelaskan itu belum boleh dijadikan alasan mengingati pemerdagangan orang dan imigran gelap menggunakan kaedah ini selama ini. 

Namun saya lebih terfikir kebarangkalian jika ia pasport curi yang dibeli oleh ratusan backpackers yang tersadai di pulau-pulau tumpuan di Thailand untuk keluar.

Jika Teresa Kok merasakan dia boleh mengatakan ini perbuatan pengganas Muslim Xinjiang, bagaimana pula pendapat mengatakan ia perbuatan satu-satunya rakyat Taiwan yang menaiki pesawat tersebut yang mensabotaj bagi merosakkan hubungan Malaysia dengan China setelah pengetahuan kita menjurus pengaruh Taiwan dalam PRU13 ke atas DAP gagal menukar kerajaan negara ini.

Itulah sewenangnya hak kepada sesiapa yang mahu mengeluarkan teori seperti yang cuba dinikmati beliau. Tetapi caranya tidak benar dan paling penting, tiada hak untuk membuat kenyataan seperti itu tanpa beserta bukti.

Teori tanpa praktikal serta bukti tidak diperlukan buat masa ini. Lawak jenaka juga tidak perlu disuguh ke dunia internet. 

Jika ia benar melakukan pusingan untuk kembali ke KLIA, nampaknya ada nelayan yang terlihat pesawat tebang rendah. Mungkin di hutan Pahang? Tetapi jika di darat, kotak hitam sudah lama dapat dikesan melalui gelombang yang di keluarkannya.

Atau ia cuba berhubung dengan ATC Lapangan Terbang Kuala Terengganu tetapi tidak mendapat balasan?  Lihatlah jika semua teori mahu dikedepankan.

Berhujung dari itu,  apakah wajar kenyataan tanpa asas terutamanya berkaitan politik dikeluarkan dengan mengaitkan dengan itu dan ini terutamanya dari individu politik pada ketika tiada bukti apa-apa yang boleh membantu tuduhan mereka.

Lagi pula kini sedang terdapat pendapat yang berbeza berjumlah lebih 2 billion jika dicampur jumlah penduduk negara yang warganya terbabit dalam insiden ini.

Jika billionan teori marhaen perlu di sebar di media sosial, adakah itu membantu kebenaran sebenar terungkap?

Ada yang sensitif terlompat melihat anak salah asuhan mempersendakan insiden ini dengan nada yang tidak sensitif.  

Tetapi adakah kita tidak terbabit dengan berbagai jenaka celupar offline yang sudah terdapat dalam komunikasi masyarakat luar sana  yang langsung tidak sensitif berhubung insiden ini. "Pilot patah balik wallet tertinggal" etc. Hanya sekiranya tersiar di media sosial, bererti seseorang yang membuat kenyataan itu sedia menempah kecaman teruk. Atau sekadar hiburan sekelompok yang syok sendiri mencari nama seperti budak baru nak up?

Rumit masalah ini belum tahu akibat kelembapan operasi atau terlindung mata. Maka seharusnya kita perhatikan proses siasatan ini dengan tidak menjadi unggas yang mengganggu proses.

Kini sains dan teknologi hanya boleh menyiasat pada bukti. Mereka belum mampu mencari bukti itu. Pohonlah pada Ilahi.