Friday, January 4, 2013

10 Pesta Bunga Api Malam Tahun Baru 2013 Terbaik Dunia

Berikut adalah kedudukan 10 pesta bunga api terbaik seluruh dunia yang dikeluarkan oleh blog ini. Hebat tak memberi ranking bagai? Haruslah!

Di tangga ke 10 ialah New York City dengan persembahan bunga api ala kadarnya. Kurang menarik jika dibandingkan dengan duit yang ada pada mereka. Mungkin habis buat membaik pulih kesan Taufan Sandy.

 Di tangga ke 9 pula ialah Moscow yang turut mempersembahkan bunga api ala kadarnya dengan pesona kepelbagaian yang kurang menarik. Mungkin tiada penaja.

Di tempat ke 8 pula ialah Kuala Lumpur, dengan pesta bunga api yang merata-rata tetapi ulasan ini hanya berkait dengan pesta di KLCC. Keteraburan letusan dan ketidakseragaman ketinggian letusan membuatkan pertunjukan di Kuala Lumpur kurang menarik.

Di tempat ke 7 pula ialah Auckland, kota pertama yang merayakan tahun baru. Gabungan warna warni menjadi penarik utama walaupun letusan dan ketinggian letupan kurang seragam dan tidak synchronize dengan apa-apa tema mahupun muzik.

Ditempat ke 6 pula ialah Hong Kong yang mengadakan pesta bunga api yang tidak kurang hebatnya walaupun kebanyakannya terdiri dari bunga api jimat belanja. Namun pembabitan bangunan-bangunan berhampiran dalam pertunjukkan ini menaikkan tarafnya.

Di tempat ke 5 pula ialah Singapura dengan pengkhususan di Marina Bay Sands. Pertunjukan bunga apinya biasa-biasa sahaja namun oleh kerana ia bercorak dua lapisan, satu di tanah dan satu di dek atas bangunan tersebut, ia menjadikan pemandangannya cukup unik.

Di tempat ke 4 ialah Sydney yang mengatur pertunjukkan  tidak kurang hebatnya dengan lima tempat peluncuran bunga api di Sydney Harbour.  Keseragaman letusan dapat dicapai dan ini memberikan pemandangan yang sangat mengasyikkan.

Di tempat ke 3 pula ialah Dubai dengan menjadikan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa sebagai subjek. Tetapi ia gagal untuk menempa tempat terbaik kerana lihatlah ketidak seragaman percikan apinya dan kacau bilau bunga api dari tanah , langsung tidak memberikan satu pemandangan yang spektakular berentak sekata.

Di tempat ke 2 ialah London yang sentiasa berjaya memainkan bunga api dengan bijak dan cemerlang. Tiada cacat cela pada pertunjukan bunga api di London kerana segalanya mulus, seragam dan ketinggian letusan yang sekata. Mainan bunga api dari Eyes of London turut menambah nilainya.

Tempat pertama jatuh kepada Taipei dengan mainan letusan yang berentak, seragam dan adakalanya dengan sekuens yang menakjubkan  tanpa cacat cela. Taipei 101 menjadi subjek dengan keistimewaan pelantar-pelantar bangunannya, ia berjaya mendapatkan posisi terbaik dan terbanyak untuk letusan-letusan yang mengiringi bangunan. Walaupun London lebih menceriakan, namun keterasingan pelancar bunga api pada bangunan ini yang menghasilkan letusan mengikut perancangan membuatkan Taipei menduduki tempat pertama.

Anda tak percaya? Belek sendiri di Youtube.

NYE 2013 : Bukit Bintang? Bukit Binatang?

 Entah masa bila lah kan, sambutan tahun baru diserikan dengan spray buih ni. Lama-kelamaan, menjadi jelak melihat sambutan tahun baru menjadi lesen untuk beruk-beruk Malaya bersikap biadap tanpa sempadan. Menyembur spray buih sesuka hati. Aku pun kena jugak tempias kat Dataran Merdeka. Dalam ramai-ramai manusia bersesak tu, aku pandang malaun tu, dengan muka evil, aku tunding ke muka dia sambil menjerit " LU KALAU SUKA SANGAT, LU SPRAY JE MUKA LU!". Rakan-rakannya buat-buat tak nampak si malaun ni kena soud sambil si malaun ni buat muka sengih kerang busuk. Lalu terhentilah tabiat dia spray sesuka hati. Tetapi apa berlaku di Bukit Bintang? Bukit Bintang ke Bukit Binatang? Mari kita lihat :

Bukan main ko suka spray kereta orang kan. Mentang bapak kau tak mampu nak beli kereta besor.

Sesuka hati spray macam ni tak dikira biadap?  Walaupun ko tiup muka orang dengan hembusan angin je. Itu kan biadap? 

Sampai Bangla pun berani nak mendajal kereta orang?

Belum dikira seekor binatang yang sesuka hati memanjat kereta orang.

Lalu berlompat atas bumbung sampai kemik.

Kemudian dengan megahnya mempertontonkan sifat kebinatangannya. Semoga dia mati dilanggar bas RapidKL.

Puas hatikah mendajal orang sedemikian rupa? Menunjukkan Dajjal semakin hampir tiba? Tahun baru, azam baru, segalanya tak guna kalau minit-minit pertama je dah memperlihatkan sifat kebinatangan yang sebenar.

Thursday, January 3, 2013

Ipoh Kini Diliputi Google Traffic


Terima kasih kepada Google Inc. kerana telah memanjangkan layanan Google Traffic ke Ipoh.  Daripada layanan Google Maps yang memudahkan, muncul pula layanan Google Traffic yang menyenangkan.

Membanggakan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara  buat masa ini yang Google Trafficnya melangkaui luar dari ibu kota. Layanan Google Traffic ini juga telah dipanjangkan untuk Pulau Pinang dan Melaka selain Ipoh.

Semoga perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada warga bandaraya Ipoh. Namun, jika tak reti baca peta, kesangkakan itu tidak boleh sesekali dibanggakan.


Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Buat pertama kali dalam 7 kali sambutan malam tahun baru, aku tidak menyambutnya di kelab malam. Aku sampai kat LRT Masjid Jamek jam 11.50 malam, bergerak ke Dataran Merdeka dan merakam suasana sambutan sehingga jam 12.30 malam dan kemudian bergerak ke suatu tempat. Tempat mana? Rahsiaaa.Yang penting, bukan ke kelab malam. Hehehe.

Sungaian manusia.. sebab kalau lautan, bangunan2 ni kene tolak rata la kan..?

Bunga api oleh penganjur.

Bunga api oleh pengajur.

Bunga api oleh penganjur.

Bunga api oleh entah siapa?

Arahnya berbeza.

Percikannya sampai ke bumi. Itu merbahaya. Mungkin bunga api DBKL.

Yang jelas lebih cantik dari yang tadi.

Menjelang 12.30, orang ramai berpusu-pusu meninggalkan Dataran Merdeka. Nak bermaksiat le tu.