Friday, January 11, 2013

Ko Phi Phi Trip 2013 - Itinerari

Tahun ni genap 10 tahun servis lah kita. Maknanya, kita dapat 25 hari cuti lah. Haibattt! Untuk yang demikian, satu perancangan Cuti-Cuti Thailand telah saya rencanakan. Rencana apa? National Geography? Hahaha.

Memandangkan 24.01.2012 yakni hari Khamis adalah cuti umum Maulidur Rasul dan Ahad 27.01.2012 adalah cuti umum Thaipusam dengan gantian hari Isnin 28.01.2012, dengan hanya mengambil cuti 1 hari pada hari Jumaat 25.01.2012, saya akan bercuti selama 5 hari. Haibattt!

Maka dirancangkanlah untuk itu, sebuah percutian haibatt ke Krabi lagi. Krabi lagi? Ya, Krabi lagi. Dah terang-terang aku tulis Krabi lagi. Tanya lagi?

Berikut adalah itititititittitititnenenenerararaarinya :

Rabu 23.01.2012 (Waktu Malaysia)
10.00 pm - Naik bas ke Hatyai

Khamis 24.01.2012 (Waktu Thailand)
07.00 am - Sampai Hatyai
09.00 am - Naik bas Phuket tapi turun Krabi
02.00 pm - Sampai Krabi, terus ke Jeti
02.30 pm - Naik feri ke Ko Phi Phi
04.00 pm - Sampai Tong Sai Bay di Ko Phi Phi, daftar masuk penginapan
05.00 pm - Jalan ke View Point dan bergambar sebelum pulang ke penginapan.
09.00 pm - Menikmati makan malam di gerai orang Islam.
09.30 pm - Menikmati angin malam di Tong Sai Bay.
11.30 pm - Pulang ke penginapan.

Jumaat 25.01.2012 (Waktu Thailand)
08.00 am - Mandi laut di Loh Dalam Bay
11.00 am - Makan tengahari di gerai orang Islam.
11.30 am - Balik ke penginapan mandi untuk ke masjid.
12.00 pm - Solat Jumaat di Masjid Ko Phi Phi.
01.30 pm - Trip ke Maya Bay, Ko Phi Phi Leh.
07.00 pm - Pulang ke penginapan.
08.00 pm - Menikmati makan malam di gerai orang Islam.
09.00 pm - Menikmati kehidupan malam di Tong Sai Bay.
11.30 pm - Balik ke penginapan.

Sabtu 26.01.2012 (Waktu Thailand)
09.00 am - Daftar keluar dari penginapan dan sarapan.
10.30 am - Bertolak dengan feri ke Krabi.
12.00 pm - Sampai Krabi.
01.00 pm - Bertolak dengan bas ke Hatyai
06.00 pm - Sampai Hatyai
08.00 pm - Bertolak ke Kuala Lumpur

Ahad 27.01.2012 (Waktu Malaysia)
05.00 am - Tiba di Kuala Lumpur


Ko Phi Phi - Tong Sai Bay (Kiri) dan Loh Dalam Bay (Kanan)

Thursday, January 10, 2013

Johor Pernah Dihentam Ribut Tropika Luarbiasa

Sibuk pasal Sonamu. Tapi pernahkah kita ingat tentang Vamei?  Nak diceritakan, Ribut Tropika Vamei pernah menghentam Johor , Singapura dan Sumatera pada tahun 2001.

Taufan yang bermula pada 18 Disember 2001 ini bergerak cukup perlahan sehingga menghilang pada 1 Januari 2002.

Taufan ini dikategorikan sebagai taufan pelik kerana lahir berhampiran garisan Khatulistiwa. Mengikut kiraan  teori Coriolis, kawasan 0 hingga 10 darjah dari Khatulistiwa adalah bebas dari formasi taufan.

Entah bagaimana kelam kabutnya masyarakat Twitter sekiranya pada zaman tersebut sudah ada Twitter. Tentu berlebihannya tiada tara. Beribu kali ganda dari kisah Sonamu.

Hahaha.


Wednesday, January 9, 2013

Indonesia Tiru Konsep Terowong SMART

Keren coy! Ternyata mercusuar dasar bumi Kuala Lumpur, (kok mercusuar tapi di dalem tanah) SMART Tunnel, sudah dilirik untuk dicontek sang gubenur, Pak Jokowi buat Jakarta.

Terowong SMART menjadi ilham untuk Jokowi tampil memberi idea berhubung kaedah penyelesaian masalah banjir di Jakarta yang disebabkan oleh larian air muka akibat banjir di kawasan hulu terutamanya dari Bogor.

Terobosan terbaru yang dirancang Pak Jokowi ini merupakan terowongan berdiameter 16 meter dan akan dibangun dari Jalan MT Haryono hingga Pluit dan diprediksi memakan dana Rp 16 triliun.

Nilai ini bersamaan dengan RM 5 billion dengan jangka masa menyiapkannya membawa kepada 5 tahun namun sebagai wilayah berpendapatan paling kaya di Indonesia, tidak menjadi masalah untuk Jakarta yang memperoleh kutipan cukai tahunan kira-kira RM 5 billion setahun.


Ini Dia Konsep Terowongan Raksasa yang 'Ditiru' Jokowi

Zulfi Suhendra - detikfinance
Kamis, 27/12/2012 15:13 WIB


Jakarta - Ide membangun terowongan raksasa yang digagas Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) sebenarnya pernah digagas pada jaman Gubernur DKI Sutiyoso. Proyek ini juga dinilai meniru dari proyek terowongan serupa di Kuala Lumpur, Malaysia yang disebut Stormwater Management and Road Tunnel (SMART).

“Kita pernah bahas itu, yang kita tiru adalah Malaysia. Namun terkendala masalah teknis dan ekonomis karena mahal pada saat itu,” ungkap Menteri Pekerjaan Umum (PU), Djoko Kirmanto saat ditemui di kantornya, Kamis (27/12/12).

Tuesday, January 8, 2013

Ringgit Naik, Rupiah Turun, Hello Indonesia!

Dulu, dua tahun lepas, nilai tukaran Ringgit ke Rupiah lebih rendah dari hari ini. Menampakkan apakah perlu saya merancang semula percutian dari Thailand ke Indonesia? 

Dulu, dua tahun lepas, RM1200 yang ditukar, cuma dapat Rp 3.2 juta. Sekarang, RM1200 yang ditukar, boleh mendapat Rp 3.8 juta ! Itu perbezaan sebanyak Rp 600,000 !

Apa yang boleh diperolehi dengan Rp 600,000 itu?

1. Penginapan 3 malam di hotel, atau,

2. 12 helai baju, atau,

3. 4 pasang kasut, atau,

4. 7 helai seluar jeans, atau,

5. 5 kali urut badan, haipp, atau,

5. 200 botol Teh Botol !

Wah! Sekarang sedang berlangsung promosi Air Asia ke Jakarta dan Bandung dengan tambang pergi balik RM218. Malangnya, gaji belum sampai lagi. 

Maka sesiapa yang ingin nilai untuk wang anda, pergilah melancong ke Indonesia. Pedulikan ancaman, hadapi tantangan! Majulah Malaysia untuk Indonesia. Tetibe. Hehe.


Iklan ini kalau disedari Air Asia, sila bayar!

Monday, January 7, 2013

Ribut Sonamu Dan Sikap Anak Bangsaku

Ya Tuhan. Kau ampunilah budak-budak negara ni yang dah la malas nak Google, malas nak cari fakta, kuat pulak sifat menyebar berita palsu. Dah la menyebar berita palsu, ditokok tambah pulak dengan macam-macam hal yang kalau di dengar, menakutkan juga. Bukan takutkan ribut tu. Tapi takutkan pada masa depan negara ni bila diisi oleh golongan yang tahap berfikir mereka setakat itu.

"Ribut yang membawa angin 65 km/j akan melanda pantai timur. Semoga kita berjaga-jaga"

Ya Allah dik oi, 65 km/j kalau ko nak kecoh, orang Filipina dengar sah gelak sampai terguling. Ribut petang-petang yang menumbangkan pokok di merata celah negara ni pun dekat 85 km/j yer. 

Kalau kat Filipina, memang la dorang patut takut. Taufan dan Ribut Tropika dorang mencecah 120 km/j. 65 km/j tu, menurut carta angin, hanya akan menggoncang dahan pokok. Nak menerbangkan bumbung zink pun belum tentu. Kecuali ko susun tak berpaku. 

Masalah sungguh bila tak pandai geografi, tapi pandai pulak pakai Twitter.

Riwayat hidup sesuatu taufan adalah seperti berikut Gangguan Tropika - Ribut Tropika - Taufan - Ribut Tropika - Depresi Tropika . Semasa dalam kategori Taufan inilah ia boleh menjadi Taufan Super bergantung kepada kelas mana ia menguat.

Tapi apa yang dinamakan Sonamu ini, telahpun menjadi Depresi Tropika. Tetapi kekalutan anak bangsa kita yang malas nak dihuraikan pengetahuan mereka ini, bagaikan sedang menghadapi Taufan Super!! Mereka tidak dapat membezakan Taufan, Ribut Tropika dan Depresi Tropika. Cukup Kasihan.

Apa yang dikhuatirkan ialah, pada masa ini sedang berlaku Gangguan Tropika di Selatan Filipina. Gangguan ini dikhuatiri akan melahirkan kitaran Taufan yang baru, dengan gerakan pada laluan yang sama dengan Sonamu.

Jika Sonamu melemah saat menghampiri Semenanjung, adakah taufan yang bakal dilahirkan dalam seminggu dua ini akan berjaya sampai ke Semenanjung?



Apa yang aku boleh cakap ialah.. BERLEBIHAN lah korang!