Wednesday, February 17, 2010

Krabi 5 : Sepetang Di Pekan Krabi

Aku pun jalan arah pasar tu. Main road tengah pekan Krabi tu namanya Maharaj Road. Wau. Ada CIMB Thai situ. Hah.

CIMB Thai di tegah-tengah pekan Krabi.


Pekan Krabi pun bersih. Sebelum ni mati-mati aku ingat bandar tepi laut mesti kotor. Rupanya itu kat negaraku je. Dasar rakyatnya yang pengotor kot. Krabi bersih. Macam Hatyai gak. Penduduk Islam dia ramai gak. Merata-rata makcik-makcik dan akak-akak bertudung. Cuma gerai makan orang Islam dengan gerai makan Siam yang jual "pork satay" sebelah menyebelah je. No hal pun. Tiap-tiap malam ada pasar malam kat salah satu lorong melintang pekan ni. Ada pulak petang tu, budak-budak sekolah Siam buat show main instument tradisional. Ala-ala 'tolong kami bantu kami anak-anak yatim piatu' kot. Sebab siap ada bekas taruk duit depan tu.

Ini lah night market Krabi. Tiap-tiap malam.


Budak-budak sekolah sedang menyiapkan instument untuk basking @ night market. Katenye..


Pasar malam kat sini banyak jual souvenir. Sorry. Aku lebih suka beli souvenir untuk perut aku. Aku pun cari gerai yang ada akak bertudung. Tak pun yang ada gambar bulan bintang kat papan menu dia.

Aha. Jumpa. Aku terus ke sebuah gerai kat tepi pasar buah. Sambil aku tengok entah apa benda yang dikacau oleh akak bertudung tu dalam periuk dia, dia pun tanya aku dalam bahasa Siam. Thats it, aku dah agak dah. Sambil aku sengih, sambil aku tanya "Menu? Got menu?". "Hah?" dia spontan memberi reaksi. Mati la kau. Menu pun ko taktau binatang apa. Menu tu bukan ke satu bahasa global ke? Mampus macam ni. Aku pun tunjuk bihun dalam rak kaca dia, buat isyarat jari telunjuk, tunjuk meja tempat makan. Ok. Selesai 1 perkara.

Yang sampai, bihun sup dengan 4 biji bebola ayam. Thats it. Lain aku nak, lain aku dapat. Bedal je. Kemudian aku tunjuk air dalam balang, sambil tunjuk box ais. Pergh. Nampaknya lepas ni kena pakai bahasa isyarat. Itu yang paling bagus.

Si ibu sedang sibuk menjalankan perniagaan 'bakso Siam' nya.


Si anak bermain-main di gerai. Mesti dah sekolah budak ni. Sebab berjambul. Budak-budak sekolah rendah kat Thailand rambut semua sama fashion.


Inilah bihun sup yang aku dapat. Lain aku mintak, lain yang sampai. 40 Baht.


Lepas makan, memang akan timbul masalah bila bab nak bayar. Pembantu akak tu sebut dalam bahasa Siam. Yang aku dengar, sei. Sei kalau bahasa Kantonis tu empat. Empat apa? Empat baht? Empat puluh baht? Empat ratus baht? Empat ribu baht? Empat juta baht? Matilar kalau macamni.

Sambil akak tu ngan pembantu dia gelak-gelak sebab memikirkan kebingungan mereka dan aku, dia panggil laki dia, cakap Siam lebih kurang, sambil tunjuk aku. Laki dia pun sambil sengih tunjuk dengan jari isyarat empat. Hah. Kan betul. Empat. Kang aku bagi empat baht kang padn muka korang. Sasah 40 sen je. Aku pun bagi 2 keping duit hijau Siam. 40 baht. Laki dia pun senyum. Sambil angguk-angguk. Aku dah nekad. Lepas ni memang aku pakai bahasa isyarat je.

Aku terus jalan-jalan area tu. Depan sikit dari situ, aku nampak restoran ada lambang bulan bintang. Aku tertarik dengan menu dia. Rice with roasted duck! Wau. Dah 5 tahun aku tak makan itik. Aku pun panggil akak bertudung situ, tunjuk , banner gambar nasi itik gantung dia, buat isyarat 1, dan terus duduk. Hah. Betul la. Bahasa isyarat itu lebih bagus kat sini.

Nasi itik gantung yang saiz di pinggan telah diskalakan 75% dari saiz sebenar.. Belasah je.. 45 Baht.


Boys and girls, its basking time! Pandai budak-budak sekolah Siam cari duit.


Ha.. Nganga la ku sorang-sorang. Gatal nak travel sorang kan?


Hari pun dah malam. Tunggu apa lagi, balik hotel la. Badan pun dah penaaatttt....


Lepas tu aku terus balik ke bilik. Sambil aku dok menaip diari, aku tertidor. Kroih-kroih-kroih. Tidor mampos.

No comments:

Post a Comment