Wednesday, June 22, 2011

Sehari Sebelum Hari Jadi

Aku ade la buat kajian, kajian aku menyebut dua hari yang membuatkan gangguan emosi kepada manusia akan berlaku pada :

i) malam raya
ii) malam hari jadi..

Meh kita tengok status FB salah seorang yang menyambut hari jadinya sama tarikh dengan aku, status ditulis pada 22.06.2011, 6:22 PM :

aku dh hilang sabar kpd penghutang aku yg dh xreti nk byr hutang...ckp 3 hari nk pnjm tp dh 3 bln xbyr 1 sen pn lg..aku dh xharap lg dh..jap lg aku akn expose sume ttg die...tunggu......


Yang ini pulak, kawan aku yang menyambut hari jadi pada hari ini, 22.06.2011. Kita lihat postingnya padawaktu yang sama sehari sebelum hari jadinya.


Muhammad Hymie
.:: Nervous plak tetiba...Adeh....Risau pown ada...urmmm.. ::.
Yesterday at 5:56pm ·

Tul tak? Tak caya gak? Satu lagi contoh ialah tengok kat aku ni ha. Tak ke sewel sket buat posting gini? Huhuhu. Gangguan emosi ke ni? Tak la. Ini gangguan saraf otak. Huhu.

Miss Perak 1962

Inilah pondan-pondan terawal di Ipoh. Mereka sungguh tak pecah lobang. Mereka seperti perempuan. Oh, memang perempuan rupanya. Pada tahun 1962, telah diadakan pertandingan Miss Perak di pawagam Lido. Pertandingan ratu kebaya ini mendapat sambutan hangat termasuk dari bukan Melayu. Kecantikan mereka hari ini belum berganti hatta dengan pertandingan pondan Miss peringkat negeri. Untuk itu itu sempena ulangtahun ke 50 pertandingan ini tahun depan, satu pertandingan Miss pondan akan diadakan. Sila hubungi Kak Vee dan anda pasti kena maki, sebab saya kencing sajer.

Tuesday, June 21, 2011

Kehadapan Duit Yang Ku Rindui

Sedih tol. Dalam idup aku, sekali je aku pernah pegang duit ni. Tu pun masa tahun 1995. Aku baru abis Form 5, abang aku kirim duit, suruh aku manage renovation rumah mak bapak aku kat Ipoh.

Aku ingat lagi, masa kat hardware, bini Tan siap ada pengimbas ultra-violet untuk check duit aku tu betul ke tidak. Motif syak wasangka dengan aku?

Duit tu keras, kalau pegang terasa kasar dan tulisannya terasa timbul. Takkan la palsu?

Paling sedih, lepas beli barang kat hardware dia, balance yang aku dapat cuma beberapa keping duit seringgit dan sepuluh ringgit. Selepas itu, not RM500 tak lagi aku temui dalam idup aku.

Malangnya, pada tahun 1997, duit yang comel lagi indah ini telah ditiadakan bersama-sama duit RM1000. Nak tau sebab apa, tanya Nallakaruppan, kawan Anwar Ibrahim.

Maka tak merasalah generasi seterusnya untuk memiliki not kertas yang bernilai lebih besar dari gaji sesetengah orang pada waktu itu.



Yang di bawah ni pula, kawan dia yang dah turut pupus. Kenapa pupus? Tanya Nallakaruppan kawan Anwar Ibrahim. Bayangkan anda yang gaji RM1000 sebulan dapat sekeping duit ni setiap bulan. Dan bayangkan pulak mereka yang bergaji bawah RM1000 waktu itu yang menyedari, ada wang kertas yang lebih besar nilainya dari gaji mereka, di pasaran semasa.

Hari Jadi Dah Dekat!!

Hari jadi dah dekat, jadi patik dengan sengkeknya, hanya mampu menjamu ayam kentaki sahaja. Maka dengan itu, apa kata patik call KFC Catering untuk majlis makan-makan? Jadi silalah ke majlis hari jadi patik di:

Hotel Kumala,
Jalan Asia Afrika,
Bandung, Jawa Barat,
Indonesia.



p/s : kelautt ~

Monday, June 20, 2011

Orang Tua Juga Terpedaya Dengan Mockumentary?

Wahaha. Gelak dulu boleh kan? OK, baru boleh cerita. Al-kisah sahibul hikayat, ada la dua orang kawan aku ni. Umurnya dah 43 dan 42. Masa aku kecik-kecik dulu, diorang la hebat. Istilah "kamu budak lagi, kamu tahu apa?" selalu setepek kena kat muka aku dari mulut-mulut diorang.

Tapi, setelah berkurun berlalu, balasan untuk mereka pun sampai. Nak gelak tapi kesian, nak diam macam merelakan berleluasanya kebodohan dalam masyarakat.

Kisahnya, satu petang, M bukan nama sebenar dan N bukan nama sebenar sedang berbual dengan penuh serius. Yang aku dengar, mati, kesian, menakutkan dan berbagai lagi terma seram. Kedua-duanya saling cuba merungkai misteri. Misteri apakah?

Penunggu Istana? Hahaha. Itu rupanya yang diorang bincangkan dengan serius. Nyaris bertekak diorang dengan aku sebab mempertahankan 'kebenaran' kisah dalam Penunggu Istana tu.

Nampaknya, perlukah aku sebut, "Kamu dah tua, kamu tahu apa?" kepada mereka pulak?"

Lalu aku pun menceritakan bagaimana 'mockumentary' The Blair Witch Project terbitan tahun 1999 telah berjaya mengutip US$250 juta dengan modal US$200,000. Memang waktu itu aku mati-mati percaya dengan apa yang terpapar dalam The Blair Witch Project. Mujurlah waktu tu umur aku baru awal 20an. Bukannya awal 40an. Hahahaha.

The Blair Witch Project lebih real kerana pelakonnya tidak mengetahui bahawa mereka sedang diperbodohkan untuk dijadikan sebuah filem, manakala pelakon-pelakon Penunggu Istana pula memang telah mengetahui mereka sedang berlakon.

Malangnya, M dan N tetap tak percaya penerangan aku. Hahaha. Marah pun ada, lawak pun ader, kesian pun ader..

Sunday, June 19, 2011

Berkelah Bersama Kawan-kawan Seteret

Bila balik hometown, ada jer aktiviti yang tidak-tidak, disepakati dan dipersetujui sebulat suara bagi mengisi masa. Antaranya, berkelah. Saya sangat suka pergi berkelah. Kalau boleh, saya nak tidur je tempat perkelahan itu. (tangan didada mata keatas)

Tambah lagi apabila ada aktiviti makan. Berkelah dah tentu lah ader makan. Ajer nyer biut benor teman ni yer.

Sebab bila kita mandi sungai, perut kita lapar. Orang makan kuaci pun kita rasa sedap sesangat. Apatah lagi makan sosej dan ayam yang di bakar...

Macam ni???

Kembang tekak kita. Bila di kenang, advance lagi kehidupan orang asli di seberang sungai sana. Ayam kat dapur dorang pun masuk micro-wave lah sekarang. Ni apahal pakai dawai reban ayam ni.

Jadi, kadang-kadang, beraktiviti bersama mereka yang seteret ini amat memotong stim kan.

Paling sempoi ialah, dorang datang sini, bakar ayam, makan, kemas-kemas, balik. Alangkah bestnya perkelahan 45 minit ini. Masuk ayor sekor-sekor.