Tuesday, November 6, 2012

Nyaris Nyaris Nyaris

Lokasi kenyarisan

Malam tadi kami bertolak dari Kota Bahru lebih kurang jam 8.30 malam. Hujan renyai. Kemudian kami singgah di D'Yana lepas pekan Kuala Krai arah ke KL. Sang pemandu tiba-tiba mintak tolong. Katanya, dia dah terkebil-kebil mengantuk. Itu sangat bahaya.

Memandangkan dia memandu dari KL ke Kota Bahru pagi tadi sepanjang jalan. Aku pun offer untuk tolong. Perjalanan diteruskan jam 10.15 malam. Ujan renyai-renyai sampai Gua Musang. Menyeramkan.

Berbagai kelibat bayang2 aku nampak kat belakang. Ah. Itu lampu kereta di hujung jalan bahagian belakang yang dok ikut dari jauh. Kurang jelas sebab cermin belakang berkabus dan berair. Tak ada viper belakang pulak tu. 

Kata si pemandu, tolong bawak sampai Gua Musang. Tapi dia dah sedap tidur, aku teruskan. Aku pakai highbeam sepanjang jalan. Aku rendahkan bila muncul kereta dari depan, kemudian aku tinggikan semula lampu.

Memandu di jalan yang kita tak pernah pandu, di tengah malam, ketika hujan renyai, berkabus, berliku-liku, itu adalah cabaran terhebat bagi aku. 

Semuanya okei. Pemanduan maksimum cuma cecah 100 km/j sahaja. Itupun Kuala Krai ke Gua Musang yang berjarak kira-kira 120km. Minimum membawa ke 30 km/j bila membuntuti treler yang mendaki bukit.

Pemanduan aku tiba di kawasan yang digeruni pengguna jalan KL - Kelantan yakni Bukit Tujuh, jam 12.50 tengah malam. Aliran kenderaan ke arah Kelantan melebihi aliran ke arah KL. Kata sorang lagi kawan yang dah tertidur kat sebelah, dalam pukul 1 kang, banyak le bas-bas dari KL menghala ke Kelantan yang bertolak 9 malam 10 malam dari KL.

Memang betul. Kemajuan industri bas-bas membuatkan bas semakin power. Semakin galak memotong lori. Mata aku menumpu tajam ke jalanraya. Malam yang pekat dalam hutan banat itu mencabar pemanduan aku.

Kemuncak kecut perut aku ialah di sebuah kawasan turun bukit yang di depannya mendaki semula dan belok ke kiri dan terlindung hutan belantara. 

Sebaik aku turun untuk mendaki semula ke arah kiri, terpampang empat biji lampu memenuhi jalan menghala ke aku. Ya Allah! Jaraknya sangat hampir, kira-kira 30 meter. Sepasang lampu yang berada di lorong aku memancar high beamnya berkali-kali. ( Cantik nya muka drebar tu.) Nampaknya dia terkucil melihat aku muncul di depannya. Ternyata sebiji bas 2 tingkat sedang konfidennya memotong sebuah lori di kawasan tak boleh memotong dan kini berada di dapan mata aku!!!

Aku brek! Dan aku menduga, lori tu pun brek sama! Membuatkan bas double deck itu berjaya memintas lori itu betul betul depan but kereta aku, kira-kira 4 meter sahaja! Mujur tak ada kereta kat belakang aku. 

Aku beristighfar banyak-banyak. Tapi tak lepas jugak maki hamun aku kat driver bas tu.  Dua ekor lagi dalam kereta terlalu sedap tidur dek buaian jalan berliku dan sejuk aircond tetap tak sedar. 

Kecut perut yang aku kongsi sendirian sehingga aku menyerahkan semula stereng kepada si drebar di pekan Bentong selepas memandu 4 jam sejauh 310km bertemankan dua orang yang tidur mati. Mujur tak mati terus.

1.  Kepada pemandu bas 2 tingkat yang power sangat tu, tolonglah, jangan memotong sesuka hati di area Bukit Tujuh, Lipis. Nak memotong pun, pastikanlah ko boleh nampak kereta mendatang dari jarak 100 m atau lebih. Bukan ko nampak kosong 30 meter, ko bantai potong! 
2. Kepada JKR Lipis, tolong la korang bersihkan semak samun tepi jalan tu sampai boleh nampak kelibat kenderaan dari arah bertentangan kat area tu. Tau la kat bawah tu tengah dok buat jalan cross yang baru. Tapi sementara tu, buat la apa yang patut.