Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 1431


Terharu, sayu dan kosong. Menakutkan juga feeling yang dirasakan bila hari terakhir Ramadhan ni, aku masih lagi di di Putrajaya. Kerja. Terasa macam sitempang dalam dongengan Pied Piper. Ketinggalan dan ditinggalkan. Kekosongan dan dikosongkan.

Tapi tak mengapa. Petang ni tetap planning untuk berbuka puasa kali terakhir bersama keluarga di Ipoh bakal diteruskan.

Malam tadi aku cadang nak pergi jalan TAR. Penghujungnya aku menurap jalan kat dalam mimpi. Sejuk sungguh Putrajaya sampai badan aku tak tertahan untuk berhibernasi. Lalu musnahlah harapan untuk berjumpa sesiapa yang aku ingin jumpa bagi mengutuskan salam lebaran kali terakhir buat tahun ini.

Sayu.. hati ini makin sayu. Jap pasang rokok. Hoiii. Belum syawal. Letak balik rokok. Terlupa pulak. Ada sehari lagi puasa yer.

Puncha aku tak ambik cuti tahun ini ialah kerana aku telah membeli tiket Air Asia dengan banyak sekali :

Kuching, Sept - Bandung, Okt - Hatyai, Nov - Sabah, Jan - Phuket, Feb - Jakarta, Mac .. dan sesungguhnya ke situlah cuti-cuti aku akan dihabiskan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, kepada semua teman, sahabat handai jauh dan dekat, renggang dan rapat dan semoga lebaran esok membawa seribu makna dalam hidup kita.

Salam Aidilfitri 1431.

Tuesday, September 7, 2010

Apa Ada Dengan Segelintir?

Gelintir? Apa itu gelintir? Mengikut Melayu Kedah, gelintir itu umpama perbuatan menguli seketul kecil tahi hidung yang dikorek keluar sebelum dijentik jauh-jauh.

Panas? Siapa yang kasi panas? Ya. Segelintir di Indonesia. Yang mempertikaikan kerja orang negara lain tanpa menunggu apa-apa laporan susulan atas nama demokrasi melulu. Demokrasi bukan bermakna untuk melanggar (tabrak) undang-undang.

Kalau di Malaysia, mungkin ler ada barang 0.1% yang benci Indonesia dengan penuh semangat. OK. Itu bermakna ada 29,000 orang. tapi kalau 0.1% di Indonesia, jumlahnya dah 246,000. Hasil natijahnya bagi sebuah negara bebas tunjuk perasaan seperti Indonesia, kita harus sedia maklum.

Jadi tak perlulah Malaysia kita ini menari-nari dengan gendang 'sembahyang' demokrasi amalan segelintir di sana yang dibuat secara berlebih-lebihan.

Sebabnya sangat jelas, banyak lagi urusan yang tergugat dengan kerja minoriti kecil ini.

Mas Budhie pemandu teksi tetap aku di Bandung, mas mas empunya toko eceran (borong) di Bandung dan Tanah Abang, teman-temanku di Jakarta, Bandung dan Surabaya, malah di Medan, Rantauprapat dan Pontianak, mau diapaan sama hubungan kami?

Api yang membakar ladang mungkin disebabkan puntung rokok. Yang menjadi mangsa ialah empunya ladang tumbuhan yang hidup rukun berganding tanah.

Ini kerana para pengandu domba sedia menjadi angin yang meniup api.